Pemenang Central Region Shell FuelSave Challenge 2014

Fuhh.. Sebak dan of course, rasa happy sangat-sangat. First time dapat menang contest.

Shell FuelSave Challenge 2014-central region
Sebelum challenge bermula..

Actually, tak pernah aku mimpi pun untuk dapat rezeki macam semewah macam ni. Hadiah duit RM2,000. Banyak tu.

Kebiasaanya kalau aku dapat menang apa-apa contest sebelum ini pun hanya setakat no.2 atau 3, itu pun dah terasa syukur sangat.

Bangga rasanya.. contest yang rata-rata semua orang dah tahu bahawa contest ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Hingga sekarang aku masih tak percaya aku menang.

Winner Shell FuelSave Challenge 2014 Central region
Yeay.. Menang!

Aku, pemenang central region bagi Shell FuelSave Challenge 2014, yang mengenepikan saingan daripada 9 pencabar lain. Hohoho.

Serius, tadi bila diorang announce aku jadi juara, rasa macam nak nangis pun ada. Tapi nasib baik dapat tahan. Kalau tak, hilang macho.

Insha Allah, next round pada bulan Oktober nanti aku akan dibawa ke acara yang lebih meriah iaitu Grand Finale Shell FuelSave Challenge 2014. Disitu nanti aku bersama 3 orang pemenang region yang lain (southern, northern dan eastern) masing-masing akan berentap untuk cuba merajh gelaran juara yang bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.

Shell FuelSave Challenge cert
Mission accomplished!

Alhamdulillah.

p/s: Esok lusa kalau ternampak wajah aku dalam akhbar, mohon upload di Facebook dan tag ye. Nak buat kenangan. Aku jarang beli paper. Hehehe

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 14 Comments

    Leave a Reply
    1. Tahniah bro..Rm2 ribu…banyak tu..dan yang bestnya, ada peluang nak menang Rm20 ribu pulak lepas ni..semoga berjaya di misi seterusnya!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Magic Fest Putrajaya Program Mencabar Minda

    Breakfast Cara Barat