Rasa beruntung bila aku berpeluang untuk turut serta membawa Khair menyertai parenting workshop Little Scientists di Putrajaya baru-baru ini.
Little Scientist iaitu satu program pembelajaran yang lebih kepada konsep pembelajaran sains dalam kehidupan seharian, mengajar anak-anak kecil dalam lingkungan 3-7 tahun untuk berfikir melalui imaginasi mereka sendiri akan apakah kemungkinan yang akan berlaku disebalik beberapa eksperimen yang ditunjukkan kepada mereka.
Sebagai contoh, seketul plastisin yang tenggelam didalam air akan mampu terapung sekiranya ia dibentukkan menjadi sebuah bot . Ataupun satu lagi contoh yang berlainan, apabila dua keping kad yang sama saiz tetapi berlainan warna diletakkan dalam kedudukan seperti gambar dibawah menunjukkan kad diatas lebih kecil berbanding kad dibawah.
Program Little Scientist ini pada awalnya diasaskan oleh Puan Ho Teh Eng iaitu seorang ibu kepada 2 orang anak dan merupakan bekas jurutera disebuah syarikat antarabangsa. Mempunyai kelulusan daripada Universiti Malaya didalam bidang kejuruteraan Kimia, beliau membawa cara pembelajaran yang santai dan mudah diterima oleh kanak-kanak ini kepada umum setelah melihat keberkesanan program ini terhadap anaknya sendiri.
Sehingga kini lebih 450 tadika disekitar lembah Klang telah melaksanakan program ini didalam pembelajaran tadika masing-masing, diantaranya ialah:
- Brainy Bunch Islamic Montessori
- Tadika Dzul Iman
- Al-Fatih Integrated Preschool
Perhatikan saja gelagat anak-anak yang sempat aku rakamkan, masing-masing teruja dengan proses pembelajaran baru yang diterima. Malahan bukan sahaja anak-anak, tetapi ada juga ibu bapa yang turut sama tumpang sekaki ketika eksperimen dijalankan.
Jadi, melalui pengamatan aku yang telah menghadiri program ini, dapat aku simpulkan bahawa program Little Scientists ini sememangnya bagus untuk pembelajaran anak-anak. Kerana pembelajaran secara hands-on bukan sahaja memberi ruang kepada anak-anak untuk bermain dan bereksperimentasi dengan cara yang bebas, malahan konsep program ini juga lebih rileks dan santai tanpa memberi tekanan yang berlebihan kepada anak-anak.
Oh ya.. Tidak dilupakan juga, program Little Scientists turut seiring dengan pembelajaran yang berkaitan dengan agama Islam. Malahan, mereka juga sering keudara didalam rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah.
Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini tentang program ini, boleh ikuti laman sosial mereka di:
- Web: www.LittleScientistS.com
- Blog: littlescientistsblog.blogspot.com
- FB: www.FB.com/theLittleScientistS
- Youtube: www.youtube.com/LittleScientistVideo
- Online shop: www.littlescientists.com/shop/
p/s: Sangat menarik. Kalau aku ada tadika sendiri, confirm aku guna program ni. Proses pembelajaran melalui eksperimen sains..bukan setakat kanak-kanak je suka, aku pun suka. Hehehe.
Eh diorg x panggil pon aku..
Untung laaa. #takhajaak
Saya melihat banyak kebaikan dalam program Little Scientists ini… Harap program ini dapat terus berkembang supaya kebanyakan Tadika, Tabika, Pra Sekolah dan PASTI dapat menggunakan pengisian program ini ke dalam silibus pembelajaran mereka… Supaya anak-anak kita dapat mempelajari Sains di peringkat pendidikan awal lagi…
Terima kasih di atas perkongsian info… 😉
boleh jadi ahli sainstis ni bile besar 🙂
budak-budak memang suka nih..
Bestnyaaa…. boleh masukkan anak kat tadika yang apply program ni bila balik msia nanti… 🙂
Jangan kata budak-budak, mak budak pun suka..menarik sangat..