in ,

Pemanduan Mesra Alam Bersama Honda Hybrid


Jika kita berbicara tentang kereta, terdapat pelbagai jenama yang boleh disenaraikan melalui pasaran Malaysia. Tetapi cuba pula kita berbicara tentang kereta Hybrid yang mempunyai pelbagai variasi dan kelihatan sporty?

Oh yess..sudah tentu ramai yang sudah dapat meneka jenama apa yang dimaksudkan bukan?

Honda!

Ye, tepat sekali. Kebelakangan ini kereta berjenama Honda ini sering mendapat liputan media yang meluas apabila dikaitkan dengan kereta Hybrid.

Sabtu lepas, Hafiz diantara blogger yang bertuah untuk turut serta didalam kempen “The Great Honda Hybrid Discovery“.

Honda Malaysia

Kempen ini yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang keberkesanan sistem hybrid dan juga memberi peluang kepada pengguna kereta untuk merasai sendiri pengalaman memandu kereta mesra alam ini selama 3 hari 2 malam secara percuma.

Seriously percuma?

The Great Honda Hybrid Discovery

Honda Hybrid

Ye, betul. Terdapat 4 model yang ditawarkan iaitu CR-Z, Jazz, Insight dan juga Civic, dimana Hafiz bersama rakan blogger, Mr.Jocko juga telah terpilih sebagai blogger yang akan memandu pulang Honda Jazz Hybrid.

Honda Jazz_Hybrid

Well..Walaupun agak kecewa sebenarnya kerana tidak berpeluang untuk memandu pulang Honda CR-Z, kami berbesar hati untuk mencuba Honda Jazz Hybrid ini dek kerana keterujaan untuk mencuba sistem enjinnya yang lebih mesra alam.

Dari segi luaran, Honda Jazz Hybrid ini cukup dikenali dengan gaya moden dan berjiwa remaja kerana dari segi reka bentuknya yang sama seperti model Honda Jazz yang terdahulu. Cuma yang membezakan kedua-duanya ialah dua nadi yang menggerakkan jentera Honda ini.

  1. Continuous Variable Transmission (CVT) – Yang memberi keseimbangan dari segi kuasa dan juga penggunaan minyak melalui penggunaan gear ratio yang bersesuaian dengan torque yang dihasilkan.
  2. Eco mode – Penjimatan minyak secara optimum sama ada menggunakan enjin sepenuhnya ataupun dengan bantuan electric motor.

Cantik? Memang cantik dan eye-catchy. Lebih-lebih lagi ianya sepadan sekiranya digandingkan dengan pemandu yang kacak lagi muda seperti Hafiz.

Sedikit info dan pengalaman sepanjang pemanduan menggunakan kereta berenjinkan mesra alam ini.

  • Bunyi enjin yang sangat perlahan dan smooth apabila dihidupkan, bagi yang mula-mula mencuba kereta ini mungkin akan terkeliru sama ada enjin sudah dihidupkan ataupun tidak.
  • Terdapat fungsi enjin auto-stop apabila kereta berjalan dalam keadaan perlahan dan juga apabila brek ditekan. Ini membenarkan electric motor berfungsi sebagai pengganti enjin. Kelebihannya adalah dari segi penjimatan petrol.
  • High speed cruising yang agak stabil dikala speedometer mencecah 180km/j.
  • Daya pecutan yang lancar dan tidak tersangkut-sangkut.
Honda Jazz_interior
Ruangan dalaman bahagian hadapan

Secara keseluruhannya boleh dikatakan inovasi Honda dalam penjagaan alam sekitar mempunyai kelasnya yang tersendiri. Bayangkan sahaja sekiranya semua orang memandu kereta Honda Hybrid, pasti masalah pencemaran udara dapat dikurangkan. Good Job Honda.

So, bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba sendiri pengalaman memandu Honda Hybrid ini selama 3 hari 2 malam, pendaftaran boleh dibuat melalui laman web mereka di hybrid.honda.com.my ataupun jika ada diantara anda yang mempunyai masa terluang..sudi-sudikanlah berkunjung ke roadshow mereka.

Wooppss..sebelum terlupa. Semasa mengunjungi roadshow Honda di Setia City Park tempoh hari, Hafiz berkesempatan memandu uji Honda CR-Z. Apa yang boleh dikatakan? Wow..Marvellous! Shift kepada sport mode..tekan pedal minyak dan Vrooom..kereta meluncur laju ditengah jalan. Stabil dan selesa.

hafizrahim_honda crz

Disamping itu, pelbagai aktiviti sampingan disediakan oleh pihak Honda. Termasuklah konsert, pameran-pameran dan juga booth-booth jualan. Seronok, memang seronok.

event Honda

Honda roadshow_game
Acara permainan cukur belon

Maklumat lanjut boleh didapati melalui Facebook di Fanpage Honda Malaysia.

p/s: Nanti nak register nama lagi sekali untuk bawa balik Honda CR-Z pula.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

13 Comments

Leave a Reply
  1. memang best kalau dapat ni, tapi rasanya masih ramai lagi yang takut untuk menggunakan kenderaan hybrid. macam member aku dari jepun ni, duk pangkah je kenderaan hybrid ni. :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *