Okay.. Tak nak cerita panjang-panjang. So, straight to the point je.
KLIA2, selain fungsinya sebagai hub penerbangan antarabangsa yang menggantikan LCCT bagi penerbangan tambang rendah, bagi aku ianya tidak ubah seperti sebuah pusat membeli belah yang eksklusif.
Dengan luas keseluruhan tapak lapangan terbang yang bersaiz 257,000 meter persegi ini, aku anggarkan hampir ¼ daripadanya digunakan untuk membangunkan Gateway@KLIA2. Lihat saja lakaran grafik dibawah.
Bersempena dengan cuti umum yang lalu, aku berkesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta untuk menjejakkan kaki kesana.
Dengan bayaran tol kurang daripada RM5 (satu hala), perjalanan dari rumah aku di Bandar Baru Bangi menuju ke KLIA2 hanya mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja jika melalui lebuhraya Utara-Selatan.
Sesampainya disana, KLIA2 dilihat berdiri kukuh menyambut ketibaan kami. Dengan tersedianya lot parkir yang berbumbung, malah yang lebih menarik jika anda merupakan pemandu kereta model hybrid, ia dilihat turut menyediakan parkir khas bagi memberi kesenangan dan keselesaan yang berganda kepada pengunjung.
Suasana dalaman KLIA2 pula tidak ubah seperti berada didalam mana-mana pusat membeli belah eksklusif. Deretan kedai-kedai berjenama yang tersusun rapi diikuti dengan restoran-restoran yang agak terkenal menghiasi setiap penjuru bangunan. Sempat juga aku rakamkan beberapa keping gambar yang boleh dijadikan bahan tatapan semua.
Perhatian: Klik kanan > “Open in new tab” untuk besarkan gambar.
Wah.. Dalam hati aku terdetik, alangkah seronoknya jika aku dapat bekerja disini. Disamping dapat merasai sendiri pengalaman bekerja didalam lapangan terbang yang berkonsepkan airport-within-a-mall, dapat juga aku melihat ragam pelancong yang datang dari pelbagai pelusuk negara.
Peringatan
Seronok, seronok juga. Tapi ada satu part yang perlu anda berhati-hati jika bertandang ke KLIA2 iaitu..
Diatas ialah kadar bayaran parking yang dikenakan keatas aku selama 2 jam 7 minit berada disana (minit ke-7 sudah dikira jam yang ke-3). Untuk pengetahuan bersama, kadar bayaran parking disana adalah mengikut jam dimana kadar maksima harian ialah RM48 sehari. Jadi, jangan terkejut ya apabila anda terpaksa mengeluarkan beberapa keping wang merah selepas beberapa jam disana. Hehehe.
p/s: KLIA2 banyak port makan-makan. Best woo.
aiishhhh… ramai yang dah ke sana.. aku je belum lagi.. hehehehe
Jom berjemaah g sana.
tunggu nak naik kapal terbng baru aku sampai sana rasanya.. he he..
Hurmm….. memang besar jugak kan…. tapi apsal tak tempek gambar FA COMPANY AA tu….. hiks
Gambar FA hanya untuk tatapan peribadi bro. Hehehe
Mcm menarik gak konsep airpot+mall ni… yg dtg awal xde la boring… tp silap2 boleh terlepas flight wooo….
Kalau ada wayang lagi best bro. Terus lepas tu jadi port lepak aku. Hehehe
mau cobain argh kesana hehehe
fuhh..aku tak gi lagi klia 2 nih. haha..
Harga parking boleh tahan tu… Tapi memang jauh lagi best dari LCCT yang panas dan sesak.
Waa..mahal betul bayaran parking..nasib baik bro mention kat sini..kalau tak, pegi sana nanti asyik seronok jalan2 kat dalam mall sampai tak sedar yang bayaran parking makin meningkat..
ERL dah ada kesana ke belum bro? kalau nak kesana naik ERL je lah. tak perlu bayar parking yang mahal tu
wah wah macam best je. kalau ada nak naik flight kat sana baru pergi kot. Saje-saje jalan, memang tak lah.
Kos parking tu yang paling menarik!
terbaik lahh… sambil tunggu seseorang sampai ke KLIA2, boleh g shoping dulu 😀