Pelik Tapi Benar.. Anak Makan Pemadam

Dulu masa berumur 2 tahun, dia makan deodorant. Kali ni umur 5 tahun, dia makan pemadam pulak.

Pelik, tapi benar. Hahaha.

Masa mula-mula dapat tahu bila teacher inform Khair makan pemadam terkejut juga, tapi tak lama lepas tu timbul rasa lucu pulak.

Daddy tanya,

Abang Khair makan pemadam besar mana? Besar ni ke besar ni (sambil tunjuk isyarat tangan)

Spontan dia jawab,

Daddy sudah la tanya. Saya penat dah cakap. Cakap banyak-banyak sakit kepala saya nanti.

Amboi.. dah buat salah bila tanya dia pusing jawab benda lain pulak kan. Ibu yang duduk sebelah dengar dia jawab macam tu, tutup muka pusing ke arah lain.. sebab tak tahan nak tergelak dengar jawapan dia. Hahaha

Adoyai anak.. kenapa la berkenan sangat nak makan pemadam. Rasanya kat rumah cukup lagi kot makanan daddy beli tiap-tiap hari. Tapi.. pemadam juga jadi pilihan. 😅😅

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 3 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ini Sebabnya Kenapa Anak Selalu Nak Berdukung

    Cara Untuk Inspect Element Pada iPhone