Nak jaga hubungan suami isteri, bukanlah satu perkara yang mudah. Macam-macam perkara yang perlu dijaga.
Daripada sebesar-besar satu perkara seperti makan dan minum suami isteri, sehinggalah sekecil-kecil bau-bauan didalam rumah, setiap daripada satunya mampu menggugat kesejahteraan rumah tangga.
Sebagai contoh, rumah yang tidak dijaga dengan rapi ataupun lebih mudah untuk aku katakan, rumah yang berbau kepam, hapak ataupun diselubungi bau-bauan yang tidak menyenangkan, sudah semestinya keadaan ini akan mempengaruhi mood pasangan suami isteri, betul tak?
Secara jujurnya bagi aku, aku lebih sukakan suasana rumah yang bersih dan wangi.
Bersih, kerana ia dapat membantu menghindarkan kita daripada masalah kesihatan. Manakala wangi pula, supaya kita berada dalam keadaan yang selesa terutamanya apabila penat pulang daripada bekerja.
Tetapi, bila disebut tentang kebersihan rumah.. jujur aku katakan, rumah aku memang tiada masalah kebersihan, kerana isteri aku memang rajin mengemas dan pembersih orangnya.
Cuma, kadang kala masalah yang berlaku hanyalah bau hapak saja. Al-maklumlah, keadaan rumah tertutup, udara tak boleh nak bergerak keluar masuk. Jarang sekali untuk aku dedahkan pintu seluasnya-luasnya (berhati-hati, in case ada orang memerhati keadaan dalam rumah), kecuali bila ada saudara mara yang datang berkunjung saja (ini bukan salah isteri aku).
Jadi, apakah jalan penyelesaian aku untuk mengatasi masalah bau hapak dirumah?
Mudah saja, aku gunakan Ambi Pur Moodtherapy Collection, yakni produk terbaru keluaran P&G dimana ia terdiri daripada 3 pilihan mood, iaitu Love’s Bouquet, Relax & Unwind dan Splash of Revival.
Love’s Bouquet – memberikan suasana mood romantik
Relax & Unwind – memberikan suasana yang tenang ibarat menikmati secawan teh herba
Splash of Revival – memberikan suasana yang nyaman seperti berada didalam hutan hijau.
Untuk makluman, produk ini baru saja dilancarkan oleh P&G di Sunway Piramid pada 26hb Mei yang lalu bersama-sama rakan usaha sama kempen iaitu Harith Iskandar dan juga isterinya, Dr. Jezamine Lim. Dan, harga bagi setiap item Ambi Pur Moodtherapy Collection adalah seperti berikut:
- Febreze Fabric Freshener (RM11.90)
- Ambi Pur Air Effects (RM19.90)
- Ambi Pur Set & Refresh (RM18.50)
- Ambi Pur Gel Fresh (RM9.90)
p.s: Sebarang maklumat lanjut serta update terkini mengenai Ambi Pur, sila layari laman Facebook mereka di Facebook.com/AmbiPurMY.
Ani suka bau Love’s Bouquet! Wangi kena dengan jiwa hehe
Sama lah kita. Tak puas hidu bau wangi. hahaha