in

Pelayar Safari Dalam Kemaskini Terbaru iOS 11 Tidak Lagi Menyokong Artikel Yang Menggunakan Pautan Google AMP


Penggunaan fungsi Google AMP sememangnya bagus untuk meningkatkan kelajuan sesebuah blog. Namun disebalik kelebihan itu, paparan blog menjadi lebih ringkas dan hanya akan memaparkan benda-benda asas sahaja tanpa mengambil kira tentang rekaan-rekaan menarik yang telah ditetapkan.

Melalui kemaskini iOS 11 beta 7, mana-mana pengguna yang tidak gemarkan paparan Google AMP pada blog-blog kesayangan mereka sudah boleh menghela nafas lega apabila setiap pautan Google AMP yang dikongsikan melalui pelayar Safari akan diubah kembali kepada pautan asalnya.

Editor MacStories, Federico Viticci yang merupakan individu pertama menyedari perubahan itu berkongsi maklumat di akaun Twitter miliknya.

Secara umum, paparan AMP yang diwujudkan oleh Google ini sesuai untuk pembaca yang ingin mencari info dengan cepat. Akan tetapi bagi sesetengah penerbit ataupun pemilik blog, mereka ini lebih cenderung untuk tidak menggunakannya dengan alasan tertentu. – Seperti aku sendiri yang telah menyaktifkan fungsi Google AMP di blog Hafiz Rahim kerana aku lebih sukakan paparan versi mobil (lebih catchy) berbanding versi AMP (yang lebih skema).

Pada awal tahun ini, Google mengumumkan bahawa mana-mana laman web atau blog yang menggunakan Google AMP dapat dipaparkan dua kali lebih pantas berbanding sebelumnya. Namun sekiranya itu bukan kepentingan yang diperlukan untuk blog korang, mungkin perubahan yang bakal dilancarkan dalam iOS 11 ini nanti adalah satu lagi kemaskini yang dinanti-nantikan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *