Pelancaran Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum


Bertempat di Royale Chulan Damansara baru-baru ini, aku telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Nell Aesthetica Conception Age Lock Concentrated Serum yang membawa seorang artis ternama iaitu Rozita Che Wan, atau lebih dikenali sebagai Che Ta sebagai duta rasmi.

Cantik betul RCW

Majlis pelancaran serum halal ini yang bermula sekitar jam 3.00 petang di Royale Ballroom menerima kunjungan awal daripada tetamu-tetamu jemputan serta turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis yang rata-rata daripada mereka memakai pakaian yang bertemakan “Black & Gold“.

Aku sebagai salah seorang tetamu yang dijemput untuk menyaksikan majlis glam ini antara yang tidak melepaskan peluang untuk memperagakan “fashion instant” dimana sempat aku padankan kemeja hitam yang dibeli di Sogo beberapa hari lalu bersama seluar slack hitam bersama dan neck tie berwarna “light gold“.

Thank you sebab puji kacak. Hua hua hua

Duta produk yakni yakni Che Ta yang kelihatan anggun mengenakan busana emas berkilauan hadir kira-kira jam 3.15 petang bersama dengan pasangannya, Zain Saidin.

Majlis pelancaran dijalankan secara rasmi sejurus tibanya Che Ta bersama pengiring, yang kemudiannya menyaksikan para jemputan turut dihidangkan dengan beberapa buah lagu, nyanyian daripada beberapa orang artis ternama; dimana salah seorang daripada mereka adalah Mark Adam.

Majlis pelancaran ini diselangi dengan sesi beramah mesra dan soalan spontan daripada pangacara majlis yang sempoi dan lucu, Ayie atau lebih dikenali sebagai Mr.Stailista, dan turut diadakan adalah pertandingan cat walk kepada beberapa orang tetamu yang dipilih secara rawak untuk memenangi set hadiah istimewa daripada Nell Aesthetica.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nell Aesthetica, boleh rujuk laman sosial mereka di;



2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini