Perang harga dan berebut pelanggan diantara syarikat-syarikat telekomunikasi ibarat tiada penghujungnya.
Hampir setiap bulan akan wujud pakej-pakej menarik yang menguntungkan pengguna tidak kira sama ada bagi mereka yang melanggan pelan prabayar ataupun pasca bayar.
Terkini, syarikat telekomunikasi Digi, menawarkan pakej terbaru mereka iaitu Digi Postpaid 110.
Pakej ini yang menawarkan kuota data 25 Gigabyte dengan kuota Internet 4G tanpa had pada hujung minggu, dilihat satu lagi pelan yang memberi kebebasan kepada pengguna untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu risau akan kuota bulanan yang cepat kehabisan.
Sebelum ini Digi hadir dengan pelan 20 Gigabyte dengan kuota 4G LTE setiaP hujung minggu sebanyak 4 Gigabyte.
Adakah dengan kewujudan pelan baru ini Digi mampu menarik lebih ramai pengguna untuk berdaftar dengan mereka? Ataupun akan wujud pakej-pakej yang lebih menarik daripada pesaing mereka? Sama-sama kita nantikan.
Rujukan lanjut, digi.com.my
wah untungnya.. murah gak sebab unlimited..
jenuh nak kejar ni. nasib baik harga dia seratus lebih. bajet lari.. xle2.. hahahaha
bagus, bila banyak saingan ni yang akan untuk nanti jugak kite sebagai pengguna.
wahhh nak kena bertukar ke kuning gakk ni
Bukan pengguna tegar yg perlukan unlimited on weekends. Tapi menarik jugaa DIGI.