in

Pelaburan Emas Merugikan?


Orang kata, don’t put your all eggs in one basket. Erti kata dalam bahasa melayu ialah jangan letak semua telur yang ada dalam satu bakul.

Makna disebalik ayat itu pula, kalau korang ada duit pelbagaikan lah simpanan. Jangan melabur kat satu tempat, kerana dengan mempelbagaikan pelaburan.. kita dapat memaksimakan keuntungan daripada pelbagai sumber. Dalam masa yang sama juga, sebagai backup plan.. in case pelaburan A tak berhasil, pelaburan B ada. Pelaburan C rugi, pelaburan D yang untung kaw-kaw boleh cover kerugian. Faham tak?

Haa.. jadi, bila bercakap pasal mempelbagaikan pelaburan ni.. Ini lah yang aku cuba buat pada tahun 2013. Bilamana salah satu cabang pelaburan yang aku tertarik adalah dengan membuat simpanan pelaburan melalui emas.

Emas tu pulak bukan emas fizikal, tapi pelaburan emas maya melalui gold investment account.

Gold investment account tu apa? Baca ni haa.. aku dah pernah cerita ringkas dalam entri Harga emas jatuh? Apa perlu buat.

Dan, kalau dicongak kan pulak tempoh pelaburan tu.. dah menjangkau 5 tahun dah pun. 5 tahun ni bagi sesetengah orang dah kira long term investment, tapi bagi sesetengah orang yang dah lama dalam bidang pelaburan.. 5 tahun ni pulak kiranya tempoh untuk permulaan untuk pelaburan tu nak suam-suam kuku.

Dan aku.. jenis orang yang pertama tu haa. 5 tahun, bagi aku dah rasa macam lama. Tolong ubah mindset aku please. Hahaha.

Maka, bila dah merasakan simpanan dah terlalu lama.. dua tiga hari lepas aku tergatal tangan nak semak akaun pelaburan tersebut untuk melihat bagaimana prestasi pelaburan emas yang dah aku buat.

So, hasilnya macam mana? Untung ke rugi? Ramai orang kata harga emas selalu naik kan?

Yeay.. untung pelaburan aku tu weh. Alhamdulillah. Tapi untuk mereka yang berkata harga emas tu selalu naik.. No.. no.. no.

Tengok pada graf yang aku screenshot kat atas ni. Harga emas ada naik, ada turun. So, barang sesiapa yang kata harga emas selalu naik, itu tipu. Harga emas pun boleh drop.

Cumanya bila berkait dengan pelaburan emas yang dah aku buat.. kat mana kelebihannya melabur dalam emas?

Kelebihannya bilamana dari segi long term ia mampu menjana keuntungan kepada pelabur. Contoh aku sendiri: Anggaran harga emas pada masa aku beli (pada bulan April 2013) adalah sekitar RM137+ per gram, dan hari ini (bulan November 2018) bila aku jual balik.. harganya dah naik jadi sekitar RM164+ per gram.

Pom pang..pom pang.. tolak tambah bahagi darab.. keuntungan yang aku dapat anggaran dalam 19%.

19% je? Ok what daripada rugi.

Ye memang masih untung. Cuma nya untung 19% tu untuk tempoh 5 tahun la. Berbeza dengan simpanan dalam ASB ataupun Tabung Haji, melabur dalam Gold Investment Account.. tak ada bonus, tak ada dividen. Hohoho. Agak rugi masa disitu.

Maka, disebabkan hasilnya tak begitu memberangsangkan, dan perlu tunggu lama untuk dapat pulangan yang besar. Jadi, aku buat keputusan untuk tutup je akaun pelaburan emas ni. Cadangnya nak pindah ke pelaburan lain pulak.

So, bagi aku kalau sesiapa rasa nak untung berlipat kali ganda dengan pelaburan emas, jawapan aku.. boleh, bukan tak boleh. Cumanya kena sedikit bersabar la. Dah nama pun long term investment. Dan yang penting, kena take note jugak bila harga emas naik dan bila harganya akan turun.

Basic rules dia macam ni: Beli masa harga murah, jual masa harga mahal. Tak ada gunanya melabur lepas tu pejam mata macam yang aku dah pernah buat tu. Sama juga macam melabur saham. Cuma yang bagusnya kalau melabur saham pulak, ianya lebih berpotensi untuk gandakan keuntungan dengan lebih cepat – dengan syarat kena belajar dulu pasal pelaburan saham. Perlu ada ilmu pasal fundamental dan TA berkenaan kaunter saham mana yang menguntungkan. Takde la gamble je kan macam berjudi. Hehehe.

Disclaimer: Sekadar pengalaman nubis dalam pelaburan emas.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *