in

PdPR? Nasib Baik Ada Pakej Celcom Internet Unlimited Murah


Akhirnya, aku nekad tutup Digi Khair. Kena cari tawaran internet yang lebih jimat dalam situasi PKP ni. Yelah dalam situasi sekarang yang menyebabkan anak-anak berkurung di rumah je dan terpaksa mengikuti PdPR, maka mak ayah kena bijak mengatur langkah untuk mencari pakej telco mana menawarkan data internet lebih sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan seminimum yang boleh.

Kelas online melalui Zoom, Google Classroom, Google Meet, email, WhatsApp, Telegram.. tambahan lagi anak-anak kerap menonton Youtube.. Pendek kata kalau nak mengharapkan pakej data internet yang mempunyai had bulanan, 1GB sebulan contohnya.. tak dapat bayangkan berapa kali mak ayah nak kena tambah nilai untuk penggunaan internet selama sebulan.

Fuhh.. berpeluh.

Nasib baiklah adanya Celcom XP Lite, iaitu pelan postpaid yang agak baru daripada Celcom. Dimana pelan ini ada menawarkan – Unlimited data untuk Youtube, Facebook, Instagram, WhatsApp dan WeChat. Cuma untuk melayakkan kita untuk mendapat tawaran ini adalah perlu menaiktaraf pakej XP Lite (size up) menjadi M Pass.

M Pass?.. Ya, ia bermaksud pakej XP Lite yang dikenakan caj tambahan RM10 menjadikan komitmen bulanan sebanyak RM38 sebulan. Murah kan? Bagi aku murah.

Disebabkan harganya yang tidak jauh beza dengan komitmen bulanan postpaid Digi Khair sekarang, maka tanpa teragak-agak aku terus saja port out nombor Khair ke Celcom XP Lite ini. Biarpun data internet dirumah sudah disokong oleh penggunaan Unifi 500Mbps tanpa had data, tapi aku masih berminat untuk mengambil pakej ini untuk dijadikan sebagai backup.

In case, bilamana dah tamatnya tempoh perlaksanaan PKP ini nanti.. aku dah tak perlu risau lagi untuk topup data internet Khair sekiranya berada diluar rumah. Hohoho.

Bijak kan daddy dia? Komitmen bulanan tak ada perubahan, tapi dalam masa yang sama dapat unlimited data untuk aplikasi kegemaran anak-anak? Unlimited call tu pula? Anggap saja sebagai bonus. Ya lah, zaman sekarang ni bukan orang rajin call sangat pun kan. Kalau boleh buat call tanpa ada caj-caj tambahan, apa salahnya kan. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Hee.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *