in

PC Upgrade SSD Samsung 970 Evo NVME M.2 1TB


Akhirnya, dapat tambah SSD lagi satu. Sebelum ni custom PC aku dah pakai SSD 512GB daripada ADATA. Tapi sebab macam cepat je storage dah guna separuh.. terus cari SSD lagi satu. Kali ni beli yang 1TB terus. Hahaha

SSD pilihan kali ni adalah Samsung 970 Evo NVME M.2. So far bila baca dalam group PC gaming, ramai yang suggest pakai SSD ni. Sebabnya brand Samsung ni reliable.

Cumanya kalau sebut Samsung, aku dah agak sedikit was-was jugak sebenarnya. Sebab dah ada bad experience dengan monitor LED Samsung aku baru-baru ni, tak pasal-pasal ada problem intermitent white screen.

Husnuzon.. maybe monitor je problem kot. Sebab kalau untuk SSD ramai je puji melambung brand ni. So pejam mata, beli je la satu. Beli pun kat Shopee je. Beli hari ni, esok sampai. Dan hari yang sampai tu jugak, aku roger Shah untuk pasangkan SSD ni kat custom pc aku. Hehehe.

Mujur Shah leh kawtim buat terus. Kemudian untuk memudahkan kerja, aku cakap jugak kat Shah.. Windows 10 kasi pindah je masuk SSD Samsung baru ni. Clean installation. Tak payah nak clone-clone bagai.. sebab aku malas nak ada isu akan datang. Manakala untuk SSD lama.. aku format dan pasang sendiri je untuk dijadikan sebagai secondary drive as backup file (follow tutorial Youtube je).

So bila dah siap install Windows 10 ke SSD baru ni, selesai lah cerita bab “upgrade” storage PC aku ni.

p.s: Bila tengok Shah pasang SSD NVME baru ke pc aku ni, nampak senang je. Next time kalau rasa nak “upgrade” lagi sekali, aku rasa nak buat sendiri je la. Kalau tak jadi baru hantar pada Shah. Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *