in ,

Lubuk Kupon Diskaun Online Shop


Cuba angkat tangan sikit, siapa yang suka shopping online tak kira lah produk apa sekali pun.. baju ke, makanan ke, tiket-tiket percutian ke, produk-produk kesihatan ke.. asalkan produk yang dijual secara atas talian. Siapa suka?

Aku pasti.. majoriti yang membaca blog aku, mesti ramai yang suka shopping online kan.

Aku jugak salah seorang daripada mereka yang sukakan shopping online. Nak kata wajib shopping online, tak juga. Tapi tengok keadaan. Kalau ada barangan keperluan ataupun benda-benda yang menarik dengan harga tawaran yang murah, baru aku beli.

Sebabnya aku suka shopping online, kerana ia memudahkan urusan. Disamping harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada membelinya di kedai fizikal, aku tak perlu bersusah payah nak start kereta untuk ke lokasi tempat barang tersebut dijual.

Jimat tenaga, jimat duit minyak.. dan kadang-kadang, siap penghantaran percuma lagi hingga sampai ke depan pintu rumah. Hehehe.

Nak dijadikan cerita.. Disebabkan aku suka sangat shopping online, baru-baru ini aku terjumpa satu website baru yang dapat membantu aku membeli belah secara online dengan lebih murah.

apa-itu-paylesser

Website tersebut yang dinamakan paylesser.com, merupakan sebuah website yang menawarkan kupon-kupon ataupun voucher-voucher diskaun kepada website-website online.

paylesser-com

Kupon-kupon atau voucher diskaun ini diberikan secara percuma ye. Tak perlu bayar apa-apa pun.

Apa yang perlu korang buat hanyalah dengan melayari laman web paylesser.com. Kemudian pilih kategori shopping mana yang korang inginkan, sebagai contoh korang boleh je pilih Lazada.

paylesser-lazada

Seterusnya, klik pada mana-mana tawaran diskaun mana yang korang nak.

top-coupon-paylesser
Antara kupon/voucher/promo pilihan ramai.

Untuk makluman, sekarang ni Lazada tengah ada Lazada Malaysia Mid-Autumn Day Sale 2016, aku lihat banyak betul diskaun best-best.

Akan tetapi, yang paling menarik perhatian aku adalah tawaran ni haa.. Diskaun lebih 70% untuk produk Mosquito Killer Lamp.

paylesser-led-mosquito-lamp

paylesser-mosquito-killer-lamp

Kalau beli kat luar harga RM199, manakala harga pembelian online melalui website Q0010 Malaysia, dapat kurang jadi RM70.

Tetapi, sekiranya korang beli melalui voucher paylessser.com.. terus harga jadi RM56. Peh.. mana nak dapat lagi beb. Banyak jimat tu, betul tak?

Untuk pengetahuan korang, paylesser.com merupakan laman aggregator kupon yang diusahakan oleh Shoogloo Digital Marketing Pvt. Ltd., laman ini menawarkan kupon-kupon serta voucher-voucher diskaun kepada lebih 20 buah negara termasuk Malaysia. Berpengkalan di Haryana, India, mereka merupakan laman aggregator kupon terbesar yang menawarkan diskaun-diskaun menarik kepada pengguna yang merangkumi pelbagai jenis kategori terdiri daripada barangan elektronik, fesyen, percutian, barangan kesihatan dan juga lain-lain.

Jadi, korang kalau sebelum tak tahu akan kewujudan paylesser.com, dahboleh bookmark siap-siap. Terutamanya kaki travel, ada juga diskaun untuk Agoda, Hotels.com dan juga AirAsiaGo.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply
  1. murahnya … banyak tu diskaun. naseb baik semalam tak pi shooping lagi,. kalau tak melepas le .. rugi bnyak nti . tenkiu abg pih bgtau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *