in ,

Patung Figurin BoBoiBoy Limited Edition Untuk Khair


Yesza.. Sempena dengan kempen kesetiaan 7Eleven, Khair dapat hadiah.

Hadiah berupa, koleksi model figurin 3D BoBoiBoy. Limited edition keluaran 7Eleven. Comel-comel hokay, ada 8 design kesemuanya. Aku tunjukkan pada Khair tempoh hari, suka sangatlah dia.

Figurin 3D BoBoiBoy

Kalau tidak, bila masuk 7Eleven je, terus guling-guling minta daddy belikan. Hahaha.

Khair dengan mainan BoBoiBoy

Antara watak-watak yang dijadikan model figurin 3D ini termasuklah BoBoiBoy Angin, Tanah, Petir, Yaya, Fang, Ochobot dan 2 watak terbaru kartun BoBoiBoy iaitu BoBoiBoy Api dan Air (belum ditayangkan di televisyen).

Model figurin 3D BoBoiBoy

Untuk pengetahuan korang, cara nak dapatkan model figurin ini mudah je sebenarnya. Apa yang perlu korang lakukan hanyalah dengan, singgah mana-mana kedai 7Eleven yang berdekatan dan berbelanja minimum RM6 dalam satu resit. Untuk setiap resit akan melayakkan korang menerima satu pelekat.

Kumpul 20 pelekat dan kemudiannya korang dah boleh tukarkan ia dengan 1 model figurin pilihan korang. Yeah. Senang kan.

Nota: 7Eleven tengah jalankan satu kontes mudah. Bagi sesiapa yang berpeluang menebus model figurin edisi terhad versi putih, korang akan berpeluang untuk memenangi 2 pas eksklusif untuk melawat Animonsta Studios dan menonton satu prebiu eksklusif BoBoiBoy The Movie dan juga episod unreleased BoBoiBoy beserta hamper eksklusif BoBoiBoy. Maklumat lanjut rujuk kontes BoBoiBoy 3D Figurin.

Kontes BoBoiBoy

Info mengenai 7Eleven

7Eleven ditubuhkan pada 4 June 1984, ia merupakan rangkaian terbesar kedai 24 jam di seluruh negara yang mempunyai lebih daripada 1774 cawangan di seluruh negara dan ia juga adalah ikon peruncit yang telah terkenal selama 30 tahun.

p/s: Figurin ni puzzle tau. Korang boleh cabut dan cantum-cantum kepala figurin tu.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Ikhwan Fahmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *