Habis episod dapat kunci rumah dan tukar tarif elektrik rumah. So lepas ni aku akan banyak bercerita tentang proses setup rumah aku jadi homestay pulak. Bermula dengan kitchen cabinet la of course hohoho.
Benda major macam ni wajib kena settle dulu sebab nak buat kitchen cabinet bukan ambil masa yang singkat. Tapi berminggu, malah boleh jadi berbulan kalau terkena dengan kontraktor yang kurang efisyen.
Survey untuk kitchen cabinet ni aku dah buat berbulan-bulan lamanya sebelum dapat kunci.. survey yang dibuat sama ada melalui Whatsapp group, jiran-jiran, tak pun survey daripada review dan feedback daripada blog-blog yang banyak kat Google tu.
Selepas review punya review, aku narrow down kan pilihan kontraktor yang ada.. at last aku dan wife bersetuju untuk proceed dengan Abang Din daripada ADDEEN PERABOT ENTERPRISE (sebab harga dia paling murah untuk material yang kitorang nak).
Untuk rumah kitorang kat Canopy Hill ni.. Material kitchen cabinet yang kitorang pilih adalah block board dengan finishing fomeca warna hitam berkilat dan table top pakai quartz stone warna putih celoreng kelabu. Manakala untuk ukuran panjang kitchen cabinet sekitar 8 kaki, sekali dengan ruangan kosong untuk letak peti sejuk.
Frankly speaking, design kitchen cabinet rumah kitorang ni bukan buat sendiri pun.. kitorang just bagi kat Abang Din pelan layout rumah.. lepas tu diorang propose nak buat macam mana, then kitorang just setuju dan adjust sikit-sikit daripada gambar design yang Abang Din tunjuk. Hehehe.
Selepas dah finalize design, sebut harga yang aku dapat daripada Abang Din hanyalah RM8,000 sahaja untuk keseluruhan kitchen kabinet (tak termasuk perkakasan kitchen hood, dapur dan sinki).
Kitchen hood, dapur dan sinki.. Ketiga-tiga item ni aku beli sendiri je kat luar sama ada shopee ataupun direct kedai. Sebab nak cari yang matching dengan warna dan tema rumah. Lepas beli tu aku just bagi kat Abang Din untuk pasangkan pada kitchen cabinet.
Selepas kitorang bersetuju dengan sebut harga yang diberikan.. maka kitorang pun ke bengkel ADDEEN PERABOT ENTERPRISE ni kat Kajang Utama untuk bayar deposit. Deposit separuh, baki separuh lagi bayar bila siap.
Dah nama pun bengkel kan.. korang jangan expect lawa macam showroom kedai kabinet. Kat bengkel Abang Din penuh dengan barang-barang kerja kayu je haa.. Hahaha.
Kalau korang datang dan masuk bengkel ni tanpa pakai facemask, confirm rasa nak tersedak batuk punya sebab ada banyak habuk-habuk halus kayu berterbangan. Hohoho
Deposit dah dibayar, maka bermulalah kerja-kerja diorang untuk menyiapkan kitchen cabinet rumah aku. Aku tak tahu macam mana dia nak buat.. yang aku diberitahu, lepas je bayar deposit.. diorang akan proceed dengan order kayu, material fomeca semua bagai.. bila material dah sampai baru dioang boleh start potong-potong.
Untuk urusan ni, aku ambil pendekatan untuk tak peduli sangat. Sebab bagi aku, itu dah jadi kerja dia. So biar je la dia settle. Pandai-pandai dia urus, yang aku tau aku nak kitchen cabinet rumah aku siap je. Hahaha.
Long story cut short.. dalam 2 minggu lebih je kitchen cabinet aku dah siap. Bagi aku, progress untuk siap dalam 2 minggu ni dah dikira cepat. Sampaikan bila dia tanya bila dia boleh datang pasang, aku terpaksa bagitahu Abang Din untuk lewatkan sikit tarikh nak datang pasang tu sebab aku payah nak dapat cuti (dan ketiga-tiga barang yang aku perlu sediakan tu; kitchen hood, dapur dan sinki.. belum beli cukup sebenarnya). Hahaha.
Lepas dah ada ketiga-tiga barang tersebut, aku deal dengan Abang Din untuk tetapkan pada tarikh yang sesuai untuk dia datang pasang. Kemudian kerja-kerja pemasangan pun bermula.
Actually, nak pasang kitchen cabinet ni Abang Din bagitahu aku, ia hanya akan siap dalam tempoh 2 hari jugak. Sebabnya first day dia pasang frame kabinet, second day baru selesaikan yang detail dan finishing.
So untuk first day aku ambil cuti sebab nak tengok cara dia buat kerja + ada jugak technician nak datang pasang aircond.
Dan untuk hari kedua pulak aku just serahkan je kad akses dan kunci rumah pada Abang Din untuk dia datang bila-bila masa untuk selesaikan finishing kitchen cabinet tu.
Untuk kes kitchen kabinet rumah aku, hari kedua pemasangan tu bukan keesokan harinya. Sebab masa hari pertama pemasangan tu ada few adjustment yang aku minta Abang Din buat kat bahagian rak pinggan.
So beberapa hari selepas dapat confirmation daripada aku barulah dia datang pasang balik dan siapkan keseluruhan kitchen cabinet aku. Gambar progress untuk hari kedua takde since aku tak ada kat sana untuk ambil gambar. Ada gambar kitchen cabinet yang dah siap je. Hohoho
Personally bagi aku, berurusan dengan ADDEEN PERABOT ENTERPRISE ni sangat smooth dan tak pening kepala. Walaupun daripada sebut harga yang dah dipersetujui awal-awal tu untuk design kitchen cabinet sekian-sekian, tapi masa tengah buat aku mintak modify (adjust untuk buat lubang untuk akses ke floor trap) dan masa pemasangan pun ada perubahan kecil.. Abang Din ni jenis tak berkira dan okay je untuk adjust.
Dan satu lagi perkara yang patut dipuji, proses pembayaran dengan ADDEEN PERABOT ENTERPRISE ni tak strict sangat. Macam kitorang.. lepas kitchen cabinet dah siap, aku cakap nak bayar baki pada hari aku ambil kunci rumah aku balik nanti. Abang Din ni pun ok je.. takde nak kejar macam ahlong. Hehehe