Parking Kereta Di Legoland.. Zone 1 Atau Zone 2?


Tak lama dah nak terjah Legoland buat kali ke-3, so planning nak ke sana tu memang aku dah siapkan awal-awal supaya percutian berjalan dengan lancar. First thing first, sebelum bergerak ke sana nak kena tahu park kereta di mana.

Ya.. aku tahu ini dah kali ke-3 aku pergi sana. Tapi sebelum ini kalau aku pergi Legoland, aku terus terjah parking lot hotel Legoland Resort, RM50 per entry (which is quite expensive).

Kenapa aku park kat sana? Sebabnya ia hanya beberapa tapak saja dengan pintu gerbang taman tema Legoland. Well.. dah dekat macam tu takkan nak bagi rate murah kan. Huhuhu.

Tapi memandangkan trip aku ke sana kali ini aku menggunakan annual pass, maka aku ada kelebihan lain pula instead of kena cari yang “dekat” tapi aku dapat akses “parking percuma”.

Yerp.. ia jadi semacam rugi apabila dah ada akses parking percuma tapi masih berdegil nak pergi bayar parking mahal-mahal. Betul tak?

By the way, kalau korang tanya macam mana aku dapat akses parking percuma, sebabnya.. annual pass holder memang entitle untuk dapat akses tersebut. Normal rate RM10 per entry (tahun 2014 punya parking rate adalah RM7 per entry, dah naik harga weh).

Cumanya, lot parking percuma yang dimaksudkan tak adalah best macam parking hotel Legoland Resort. Ianya terletak di open space, dan mereka yang menggunakan parking lot ini perlu memilih sama ada untuk park kereta di Zone 1 ataupun Zone 2.

Well.. Kat mana sebenarnya parking Zone 1 dan Zone 2?

Ahaa.. soalan ini dah berlegar-legar dalam kepala aku banyak kali sebelum ini dan bertambah sukar untuk mengetahuinya apabila lalam laman web rasmi Legoland tidak menyediakan perincian mengenainya.

Dan oleh kerana wujudnya rasa ingin tahu yang tinggi dalam diri aku, pendekatan untuk mengajukan soalan ini pada pihak Legoland di Facebook telah digunakan, yang mana jawapan yang aku terima adalah seperti berikut.

Sorry, broken english.

Melalui info diatas, kita dapat tahu bahawa Zone 1 dan Zone 2 adalah sebelah menyebelah. Cumanya, bila hanya dinyatakan secara umum “side by side”.. aku tak berapa nak pasti yang mana satu lebih dekat.

Mungkin Zone 1 lebih dekat.. Ataupun boleh jadi juga Zone 2 lebih dekat.. Hmmm..

Disebabkan jawapan yang aku terima masih sama-samar, pencarian info mengenai parking tak berhenti setakat itu saja. Soalan dipanjangkan pula ke group WhatsApp.

“Korg.. G Legoland hr tu parking zone 1 ke zone 2 yg dekat?” Soal aku..

Suprisingly, korang nak tau tak jawapan apa yang aku dapat?

Parking dalam Mall of Medini lagi dekat. Walaupun kalau ikut skema jawapan memang tak relate langsung jawapan yang diberikan. Tapi at least aku tahu ada option lain yang lebih bagus jika dibandingkan parking percuma yang aku dapat di Zone 1 dan Zone 2. Hehehe.

Berdasarkan info yang kawan aku bagitahu tu, parking fee di Mall of Medini pun tak adalah  mahal sangat. Maksima RM4 per entry (which is masih masuk akal) dan yang paling penting ayat ni.. “Macam serupa park dekat hotel“.

This photo of Mall of Medini is courtesy of TripAdvisor
This photo of Mall of Medini is courtesy of TripAdvisor

p.s: Kesimpulannya, for sure pilihan untuk park kereta di Mall of Medini adalah pilihan yang lebih baik. Ini kerana walaupun pengunjung yang menggunakan annual pass masih lagi dikenakan bayaran, tapi jaraknya yang dekat memainkan peranan penting dalam membuat keputusan. Disamping harganya juga yang berkali ganda lebih murah berbanding rate parking di hotel Legoland Resort, lebih jimat perbelanjaan, lebih jimat tenaga. Heee.



5 KOMEN

  1. Kakya park kat mall medini gak masa g aritu.. malas nak pusing2 cari parking zone 2 hahaha.. terus jer menapak paking kat medini.. ok jer menapak kat situ blh la cuci2 mata jenguk2 Al Ikhsan dulu hahaha..

  2. Belum ada rezeki lagi nak pergi legoland. Anak2 selalu juga bertanya bila nak pergi sana. Tapi kalau dengan anak2 kecil, budak lelaki yg lasak2, ibunya yang sarat mengandung pula, adoyai. Kena tunggu masa yang ngam dulu. Apapun bagus juga baca sebab lain kali bila nak pergi, dah tahu dah pasal parking2

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini