in ,

PappaRich Kini Hadir Dengan Servis Home Delivery


Kalau korang nak tahu, aku ni memang seorang penggemar mee. Tak kisah la mee tu jenis mee kuning ke, bihun ke, kuey teow ke.. yang penting, ianya dalam kategori “mee”.

Dalam banyak-banyak jenis mee pulak, antara menu mee yang menjadi kegemaran aku adalah Ipoh Koay Teow Soup With Steamed Chicken. Sebab, untuk menu ini aku rasa ia agak unik kerana dihidangkan sekali dengan ayam stim dengan kicap masin.

Pendek kata, kalau jejak je kaki ke restoran PappaRich, tak ada menu lain dah aku akan order. Menu wajib, Ipoh Koay Teow Soup With Steamed Chicken. He he he.

Kat area Kuala Lumpur contohnya, restoran PappaRich memang ada banyak cawangan. Antara cawangan yang aku suka pergi bila berjalan makan angin di bandaraya KL, adalah PappaRich The Gardens Mall @ Mid Valley. Cawangan PappaRich ini, seperti kebanyakan cawangan-cawangan yang lain, bersih dan dijaga rapi. Dari sudut kebersihan, memang aku bagi 5 bintang kat diorang. Ho ho ho.

Nak dijadikan cerita dalam entri ni, bukan aku nak promote sangat pasal PappaRich The Gardens Mall @ Mid Valley. Tapi sebenarnya, aku nak war-warkan pada korang bahawa PappaRich dah sediakan satu lagi servis baru yang lebih menarik. Yang mana buat masa sekarang, servis baru ini dilancarkan khusus kepada warga Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya saja.

Servis baru tersebut yang dipanggil, PappaRich Home Delivery (PappaDelivery).

Tahu tak maksud home delivery tu macam mana?

PappaRich Home Delivery tu maksudnya.. walaupun restoran PappaRich kat KL tu banyak, tapi kalau korang malas nak keluar rumah atau tak berkesempatan nak ke sana, dan dalam masa yang sama masih “teringin” nak makan menu-menu sedap PappaRich. So, runnner-runner PappaRich ini sedia berkhidmat untuk korang bagi menghantar pesanan makanan-makanan korang ke depan pintu rumah.

Haaa.. Mudah kan? Dah tentu la.

Biasa dengar fast food je buat servis gini, tapi kali ini PappaRich pula yang buat.

Okay. So, kalau korang dah tahu wujudnya servis sebegini, mesti korang nak tahu kawasan liputan diorang pulak kan?

Nak tahu kawasan mana diorang boleh hantar, mudah je. Apa yang korang boleh buat, just pergi je kat laman web Pappadelivery.my/coverage-area.

Disana disenaraikan kawasan-kawasan yang diliputi oleh servis penghantaran PappaRich Home Delivery dan antara lokasi-lokasi yang terpilih termasuklah Ampang, Bangsar, Bukit Jalil, Sungai Long dan lain-lain lagi.

Sebagai permulaan, untuk menikmati servis ini korang perlu mendaftar secara online di laman web Pappadelivery.my terlebih dahulu, yang mana selepas pendaftaran dilakukan.. ia akan membolehkan korang memilih antara 6 kategori menu yang ditawarkan, yakni; Rice (nasi), Western (masakan barat), Noodles (mi), Snacks (makanan ringan), Toast (Roti-roti bakar) dan juga Drinks (Minuman).

Menariknya lagi, PappaRich menjanjikan penghantaran tidak lebih 1 jam setengah untuk setiap tempahan yang dilakukan, malah sekiranya korang nak order in advance 7 hari sebelum pun boleh. Servis lain ada buat macam ni? Rasanya macam tak ada kan. Hohoho.

So, apa lagi. Korang yang mengidam ataupun memang diehard fan PappaRich, boleh start tempah mulai sekarang. Aku dimaklumkan bahawa tempahan minimum untuk PappaRich Home Delivery adalah sebanyak RM15, manakala kos penghantaran bermula serendah RM5.30 termasuk GST.

p.s: Kepada kawan-kawan aku di kawasan KL, kalau aku datang singgah rumah.. korang tak perlu nak masak-masak lagi dah. Order PappaRich pun cukup. Ha ha ha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

10 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Salina Johari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *