in

Papa Mama Dah Ambil Vaksin Covid-19


Alhamdulillah, papa dan mama aku dah dapat suntikan vaksin dos pertama masing-masing. Papa aku dapat vaksin Sinovac, mak aku pun dapat vaksin Sinovac. Terima suntikan pada hari yang berlainan walaupun aku daftar mereka pada hari yang sama. Tak tahu lah macam mana KKM buat pemilihan.

Lokasi suntikan jugak berbeza. Papa aku terima suntikan di Pusat Perubatan Kajang, manakala mama aku pulak kena pergi ke The MINES International Exhibition & Convention Centre. Tapi mujur dua-dua tempat ni tak lah jauh sangat dari rumah, dan apa-apa pun syukur dua-dua dah selesai suntikan dos pertama Hehehe.

Kesan sampingan lepas cucuk vaksin Covis-19 : Sinovac?

Selepas papa dan mama aku kena cucuk Sinovac ni, ada jugak aku tanya diorang.. ada rasa apa-apa kesan tak?

Berdasarkan respon diorang.. Alhamdulillah, so far boleh dikatakan suntikan vaksin Sinovac ni tak bagi apa-apa kesan sampingan pun.

Demam? Tak sangat. Macam papa aku.. keesokannya tu baru dia rasa macam nak demam. Tu pun lepas makan panadol 1-2 kali terus okay dah.

Mama aku pulak?

Hmm.. Kalau papa aku yang jenis sensitif apa-apa sakit tu pun boleh tak demam, lagi lah aku yakin tak akan demam. Bila aku tanya mama aku, katanya tak ada rasa apa sangat pun. Masa ambik vaksin pun dia siap kata cucuk jarum kecik je. Hahaha.

Rasa nak demam? Tak ada. Even dah beberapa hari selepas vaksin pun, elok je dia kat rumah macam biasa. Cuma, masa lepas cucuk vaksin tu katanya tengan lenguh sikit la. Tapi lenguh tu pun, bukan semata-mata vaksin.. memang tangan dia selalu lenguh kat situ. Hee.

So next dalam family aku siapa pulak nak kena vaksin? First Along aku, kemudian aku.. lepas tu baru adik aku. Macam tahu-tahu je susunan adik beradik kan. Adik aku tanya kenapa dia punya lambat.. aku jawab, adik-adik kena hormat kakak abang dulu. Hahaha.

p.s: Lagi 2 minggu je AstraZeneca nak masuk dalam badan aku. Lepas ni ada kuasa Spiderman.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *