Pantang Nampak Cermin

Selain bergambar yang jadi hobi baru Khair, cermin pulak.. memang hobi sejak dulu lagi.

Tak kira, sama ada di rumah atau di pusat beli belah.. kalau dia nampak cermin, wajib pergi cermin diri sendiri.

Semalam.. di IKEA Cheras pun sama.

Cermin muka

Sambil senyum-senyum kerang busuk, berdiri depan cermin. Buat memek muka. Ada la dalam 1-2 minit sebelum sambung kembali tawaf IKEA.

Cermin diri sendiri

Haish.. tak tau la ikut perangai sape. Rasanya daddy kurang sikit bab cermin-cermin ni, ibu je yang kerap. Eh. Hehehe.

Dah penat pusing-pusing IKEA yang besar gedabak tu, bila nampak katil.. terus dia pergi naik berbaring.

Penat pusing IKEA Cheras

Nak recharge tenaga kot. Hahaha.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Bila Khair Nak Bergambar

    Khair Fobia