Panggilan Video Melalui Aplikasi Instagram

Aplikasi Instagram kini menjadi semakin menarik dengan kehadiran fungsi panggilan video. Tanpa memerlukan nombor telefon, anda boleh menghubungi individu yang menggunakan aplikasi ini hanya dengan sambungan internet.

Untuk menggunakan fungsi ini, aplikasi anda haruslah dikemaskini kepada versi terkini yang mana akan diperkenalkan secara berperingkat. Kemudian setelah mempunyai fungsi tersebut, anda hanya perlu membuka tap pada profil sebarang rakan-rakan anda, memilih “Send Message” dan seterusnya menekan ikon panggilan video di penjuru atas-kanan.

Fungsi baru Instagram ini juga boleh dikecilkan (mode Picture-in-Picture) bagi memberi ruang untuk anda menatal gambar rakan-rakan anda yang lain ketika panggilan video dibuat. Dan dalam masa yang sama juga ia menyokong panggilan video yang boleh dihubungkan kepada empat orang dalam satu masa.

Seperti aplikasi sosial media yang lain, sekiranya anda di-block oleh seseorang, fungsi ini tidak lagi boleh digunakan. Yay or nay?

p.s: Jangan lupa follow instagram Hafiz Rahim – @hafizmdrahim


3 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini