in

Panggilan Telefon Misteri


Situasi pelik apabila menerima panggilan telefon daripada nombor sendiri.

Panggilan telefon misteri
Terpaksa blur-kan nombor, takut ada awek ganggu

Pada mulanya aku agak ragu-ragu untuk menjawab panggilan tersebut. Masuk kali kedua panggilan diterima, panggilan dijawab.

“Hello”

“Hello”

Ada orang lain disebalik panggilan tersebut.

…..

“Hello, good afternoon sir”

Aku menjawab, “Hello, yes good afternoon”

“I’m Nawat from Google Singapore blablabla” dan perbualan diteruskan sampai habis.

Alahai.. Suspen betul. Aku baru je ingatkan diri aku dari dimensi dunia lain yang cuba hubungi aku. Mana tahu diri aku dalam dunia matrix ada masalah dan tiba-tiba “aku” datang untuk minta bantuan. Tapi silap.. Rupa-rupanya online specialist Google yang menghubungi aku berkenaan dengan masalah Google Adword baru-baru ini (tak boleh nak reactivate). Hehehe.

Cuma, kiranya ini satu pengalaman baru bagi aku lah. Walaupun aku masih tertanya-tanya bagaimana Google membuat panggilan menerusi nombor telefon aku sendiri, aku agak respek dengan pihak Google.

Respon yang diberikan pantas dan mesra pelanggan. Aku email hari petang ni, esoknya terus dapat panggilan dan masalah selesai dalam masa tak sampai setengah jam. So, lepas ni dah boleh guna semula Google Adword (walaupun belum pernah guna sebelum ni). Hahaha.

p/s: Google Adword sayang aku ketat-ketat, tapi Google Adsense tak berapa nak sayang aku. 😛


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

17 Comments

Leave a Reply
  1. customer service company besar2 ni mcm Google.. Microsoft..atau sebagainya mmg mesra serta sanggup call kita asalkan kita tidak habis kredit untuk bgtau masalah yg dihadapi.

    Gua pun pernah dapat call dari Microsoft . siap diaorang remote control pc gua.. sbb ada isu series nomber.

    etrade.com pun pernah call…lepas apa yg Gua ceritakan dalam email..diaorang tak faham

Leave a Reply to ejam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *