Kudos buat warga kerja MPKj yang terlibat dalam aduan aku semalam. Pagi buat aduan, pagi tu jugak selesai. Aku balik kerja.. terkejut. Gila punya effisyen. Dalam rekod online katanya masih dalam siasatan, tapi realitinya dah selesai tugas. Hahaha.
Terima kasih sangat-sangat la pada team MPKj ni. Kerana dengan bantuan mereka rumah aku jadi makin berseri. Kalau dulu pokok hiasan yang pihak pemaju tanam depan rumah ni membesar sampai dah menutup sebahagian pandangan rumah aku.
Tapi sekarang.. clear dah.
Nak explain kat korang betapa semaknya pokok hiasan ni dulu sampaikan tiap-tiap hari aku kena sapu daun kering yang luruh depan rumah. Sapu pagi, petang penuh balik atas jalan. Kemudian, tambah lagi dengan adanya burung punai yang bersarang atas dahan pokok tu.. habis najis-najis dia jadi hiasan tambahan untuk kereta aku. Dah la kereta aku putih wei. Najis tu pulak warna ungu. Hahaha.
By the way, kalau korang duduk dalam negeri Selangor ni.. rasanya jika bercadang nak buat aduan yang sama kat kawasan rumah korang, boleh follow step aduan yang aku buat ni kot. Sebab apa yang aku perasan, dekat laman web rasmi ni cover banyak agensi dibawah kerajaan negeri.
- Log masuk ke selangor.spab.gov.my (Sistem Pengurusan Aduan)
- Daftar (kalau tak pernah ada akaun), manakala login (jika dah pernah ada akaun)
- Klik pada “Maklum Balas Baharu“, kemudian isi maklumat yang ingin diadu.
Nanti bila dah selesai akan ada rumusan serta boleh semak maklum balas yang dah dibuat. Mudah wei. Bukan setakat nak cantas-cantas pokok je boleh, nak minta potong terus pun tak ada masalah.
Macam kes aku, MPKj datang potong pakai skylift. Sebab pokok dah besar. Kemudian dahan-dahan yang dipotong tu diorang hancurkan siap-siap dalam wood chipper dan kemas terus bila dah selesai kerja. Huuu.. best. Dah la free panggil potong pokok tu.
Lepas ni tak perlu dah aku nak kena kerap sapu. Boleh buat kerja lain pulak. Heee.
bagusnya post ni. saya pun tertanya-tanya macam mana nak buat aduan kat local authority kat selangor ni. thanks y for sharing. sangat berguna
Terima kasih.. sangat membantu..
Terima kasih bg info. Baru selesai submit. Harap2 dpt respons yg segera dari Pihak Berkuasa Tempatan MPK, Selangor.
Thank you for posting this! It helps alot. Hopefully MBPJ will take action as soon as they can.
Thank you for posting this. It really helps. I wrote to MBMB, the columns to fill in are more or less the same.
nak tahu….yang ini kene bayar tak?
tak..free je
Salam, tq info, btw, Nak tanya kalau pokok mempelam yg tanam kat depan Rumah kalau nak minta potong boleh ?
Wsalam. Tak pasti. Boleh try submit request.
Kalau perak macam mana?
Kena rujuk pihak berkuasa kat sana
Saya dah banyak kali buat akaun tapi Tak dapat masuk kenapa ya?