Baru-baru ini aku dan isteri memborong kipas dan lampu sempena hendak memasuki rumah baru. Pelbagai jenama berada dipasaran, ada jenama yang tidak pernah didengari hingga membuatkan aku agak keliru untuk pilih yang mana satu.
Namun setelah melakukan sedikit homework di laman web KeTTHA, terdapat beberapa garis panduan yang penting semasa membeli kedua-dua peralatan tersebut dan ianya akan aku kongsikan disini bagi membantu korang juga untuk berjimat semaksimum yang mungkin.
Well..Kalau ikutkan hati, semasa membeli mestilah kita mahukan yang terbaik dan juga murah. Betul tak? Al-maklumlah, dalam kes aku..kuantiti yang ingin dibeli agak banyak dibandingkan dengan pembelian biasa, jadi pengiraan perlu dibuat dengan teliti mengikut bajet yang ada.
Untuk pengetahuan bersama, terdapat beberapa jenis kipas dan keefisienan prestasinya (co-efficient of performance ) dinyatakan dalam min meterpadu/W seperti jadual dibawah:
Tempoh penggunaan kipas yang panjang (sehingga 12 jam sehari) akan dapat ditampung dengan menggantikan kipas lama dengan kipas yang baru memandangkan kipas lama adalah kurang efisien walaupun ianya kelihatan masih elok. Anggaran kos pembayaran elektrik bagi sebuah kipas 80W ialah lebih kurang RM7/bulan. Walaupun nampak remeh, pilihan yang tepat masih dapat mengurangkan penggunaan elektrik bulanan.
Untuk lampu pula, juga terdapat beberapa jenis lampu dan setiap satu daripadanya berbeza dari segi pencahayaan, tenaga dan kos pembayaran elektrik yang akan diguna pakai. Dan sudah semestinya, kos pengunaan elektrik bagi lampu ini boleh dikurangkan jika kita mengambil tahu beberapa perkara.
Merujuk kepada jadual di atas, contoh lampu 400W jika digunakan dalam 2-3 jam sehari bersamaan dengan RM13.80 sebulan.
Jenis-jenis lampu dipasaran:
- Lampu mentol – memberikan penjanaan haba yang banyak, cepat panas dan kecekapan sinarannya dalam linkungan 18W sahaja.
- Lampu kalimantang – berbentuk panjang, kurang menarik, mempunyai ballast dan menjana cahaya cerah pada kuasa 32W.
- Lampu kalimantang mampat (compact flourescent light @ CFL ) – pencahayaan cerah yang sama dengan 60W lampu kalimantang tetapi pada kuasa yang lebih rendah iaitu 11W. Lampu ini agak mahal tetapi jangka hayatnya 8 kali lebih lama daripada mentol biasa dan menggunakan hanya 20% tenaga elektrik bagi menghasilkan pencahayaan yang sepadan.
- Diod pemancar cahaya (LED) – Lampu yang rendah penggunaan tenaga. Jangka hayat yang lebih panjang, berdaya tahan, saiz lebih kecil dan mempunyai respon yang lebih cepat.
Jadi berdasarkan kriteria diatas, dapat dirumuskan bahawa.. walaupun lampu kalimantang kurang digunakan dirumah kerana reka bentuknya yang kurang menarik, tetapi ianya mengeluarkan 2 kali lebih cahaya daripada lampu mentol. Manakala lampu cekap tenaga jenis kalimantang mampat (CFL) pula harganya agak mahal tetapi ia dilihat lebih menjimatkan tenaga kerana penggunaan elektrik yang lebih rendah.
Well..Dalam entri sebelum ini aku ada juga menyatakan tentang kenaikan tarif elektrik, dimana bil RM77 sebulan keatas akan terjejas ekoran kenaikan tarif baru ini. Maka, diharap dengan panduan yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam merancang penjimatan.
Dan dalam pada itu juga, bagi yang berminat untuk menggunakan kuasa pasaran untuk penjanaan tenaga elektrik dan juga memperoleh pendapatan sampingan melalui sistem Tenaga Boleh Baharu, bolehlah rujuk artikel permohonan FiT atau kunjungi sahaja laman web SEDA Malaysia bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
rajin hang geledah web keTTha tu ye.
hahaha. aku main belasah je beli.hehe. tapi kat rumah aku ni masih pakai lampu kalimantang..
Berguna juga panduan ni,memang dari dulu main belasah je beli peralatan elektrik
apa yang penting barang elektrik yang dibeli mesti ada warranty.sebab aku pernah terkena kipas baru guna seminggu dah burn.nasib baik warranty ada.dapat claim.
kalau dkna, tak tengok yang mana paling jimat tapi tengok yang mana berkenan kat hati hahahahaa
semakin banyak pilihan untuk mentol yang cekap dan jimat tenaga, harga mahal sikit tapi kalau lebih tahan lama sepatutnya boleh lebih jimat bil elekrik.
nak kipas yang ligat macam gasing tapi murah belilah yang pakai regulator, kalau remote kena yang mahal sikit hehe
Salam. Nak tanya kipas Alpha ni mmg ok ke. Dah nak 2 tahun kan guna. Ada problem x? Sbb sy pun ingat nk beli kipas jenama Alpha ni.
So far nak kata tahan lama tu tak jugak. Ada je kipas alpha yang saya pasang dalam bilik dan jarang guna tiba-tiba rosak.