Holiday mood berkobar-kobar guys. Rasa excited pulak sebab ini merupakan kali pertama aku nak bawa Haziq ke Legoland. Tak tau macam mana respond dia bila tiba disana nanti. Harap-harap dia se-excited abangnya. Hahaha.
Disebabkan trip kali ini budget kitorang tak berapa nak kencang. So everything must be in order with the cheapest deal yet entertaining as we can. Tiket masuk ke Legoland? Kitorang dah beli annual pass masa ada year end promo hari tu. Manakala untuk tempat bermalam pula, kitorang cari homestay melalui Airbnb.
Well.. Sebenarnya kalau ikutkan pengalaman, ini adalah kali pertama jugak aku buat tempahan homestay melalui Airbnb. Risau? Memang risau. Tapi, bila dah bertanya pada 2-3 orang rakan tentang tips dan panduan menggunakan Airbnb.. Jadi, timbul rasa confident.
So far, so good.
Cuma bila dah kata first time menggunakan Airbnb, aku agak culture shock jugak pada mulanya. Yelah.. banyak gila kot homestay eksklusif yang harganya jauh lagi murah dan berbaloi berbanding dengan rate bilik standard yang ditawarkan oleh hotel.
Few things I want to share with you guys. Since this is my very first time aku tempah homestay melalui sistem Airbnb, below are some points to be noted.
- Untuk mendaftar akaun Airbnb, ianya adalah percuma. Siapa yang tak ada akaun, boleh terus daftar daripada link yang aku share ni -> Daftar akaun Airbnb
- Namun untuk membuat tempahan, pemilik akaun perlu membuat pengesahan identiti (kena isi detail dan scan kad pengenalan diri/lesen).
- Tempahan kali pertama akan membolehkan korang mendapat diskaun melalui travel kredit sebanyak RM105. Yang mana korang boleh gunakannya sekiranya tempahan melebihi harga RM290+.
- Dan kredit tu pulak ada expiry date. Meaning to say.. kalau dah ada travel kredit tu, jangan sengaja lambat-lambatkan untuk guna. Kalau dah expired, melepas. Hahaha.
Cara memilih homestay terbaik dan buat tempahan melalui Airbnb
Okay. Aku percaya kat dalam Google, dah bersepah orang buat panduan dan tips bagaimana nak tempah homestay menggunakan Airbnb kan. Tapi itu cara diorang, dan melalui entri ini pulak adalah cara aku. Either you like it and follow, or you dislike it and ignore. Hehehe.
Aku dah susun panduan pemilihan homestay murah mengikut nombor giliran, so korang boleh go through satu per satu.
1. Filter by location (tempat), date (tarikh) and price (harga)
Ini adalah saringan aku yang pertama. First thing first bila log masuk ke dalam Airbnb, aku akan filter tiga benda ini iaitu destinasi yang akan aku tuju, tarikh dan budget aku untuk bermalam.
Destinasi sebagai contoh; trip kali ni aku akan pergi ke Legoland, so aku akan filter “Johor“. Diikuti tarikh yang aku akan pergi dan budget aku tak lebih RM200/night.
Kenapa aku pilih Johor?
Sebab resultnya lebih pelbagai yang merangkumi seluruh Johor dan bukan sekadar satu tempat sahaja. Dan melalui hasil carian, akan membolehkan aku untuk pilih sama ada nak menginap di Johor Bahru ke, Nusajaya ke, Gelang Patah ke, ataupun kawasan-kawasan lain yang bergantung pada kriteria pemilihan aku yang seterusnya.
Then, untuk saringan ini juga.. secara automatik kita boleh nampak pilihan jenis kediaman sama ada ia menawarkan sewa untuk keseluruhan homestay ataupun sekadar sewa bilik.
2. Host beragama Islam
Ini salah satu jenis saringan yang agak leceh nak kena buat, bilamana homestay yang tersedia di dalam Airbnb tidak banyak dimiliki oleh host yang beragama Islam. Ada tu memang ada, tapi dalam 200-300 senarai.. tak sampai separuh.
So, macam mana aku filter? Aku pilih satu per satu berdasarkan nama dan gambar profile yang tertera di ruang iklan.
Disclaimer: Aku bukan mengamalkan diskriminasi terhadap perkauman ataupun agama, cuma aku was-was bila masuk bab kesucian untuk beribadat. Untuk menghilangkan rasa was-was tersebut, better aku cari host yang aku yakin. But, if you don’t have any problems with it, skip je part ni.
3. Cancellation Policy
Bila melibatkan wang dan urus niaga, cancellation policy memang kena alert. Dalam Airbnb sendiri ada few types of cancellation policy, dan policy tersebut adalah; Strict (ketat), Moderate (sederhana) dan Flexible.
I prefer to choose “Flexible” sebagai keutamaan ketika menyaring cancellation policy. Sebabnya?
Bila kita ambil flexible, kita ada option untuk dapat full refund sekiranya tempahan kita terpaksa dibatalkan atas masalah-masalah tertentu 24 jam sebelum check-in. So, takde lah duit burn gitu je kan. Ingat senang ke nak kumpul duit. Huh.
4. Ammenities (kemudahan)
Bergantung kepada host dan unit homestay itu sendiri, kemudahan yang ditawarkan adalah berbeza. Cuma, pada aku.. MUST HAVE THINGS dalam sesuatu unit homestay yang aku akan pilih adalah pendingin hawa (aircond).
Yalah, sebab anak-anak aku ada keturunan Harry Potter (konon.. hahaha), so bila tak ada aircond.. nanti diorang tak lena tidur. Terutamanya si Khair, for sure akan complain. Adoi.
p.s: Lagi best kalau owner homestay tu sediakan value added service, seperti free wifi. Jimat data weh kalau nak upload gambar bercuti banyak-banyak. Heee.
5. Reviews (ulasan)
Lepas dah puas hati dengan kemudahan yang ditawarkan, now we go further dengan saringan ulasan daripada pengunjung yang pernah berkunjung ke homestay itu pula.
Disini pentingnya untuk baca satu per satu ulasan yang ditinggalkan oleh pengunjung sebab kita nak dapatkan gambaran kasar tentang situasi yang bakal dihadapi sekiranya menempah homestay tersebut.
Sekiranya korang jenis yang inginkan kesempurnaan tentang sesuatu benda, star rating juga tersedia untuk membantu korang membuat pilihan.
Note: Star rating mantap, review pun mantap?.. Proceed!
6. Exact location
Optional filter. Macam kes aku yang tujuan utamanya ke Johor adalah kerana nak ke Legoland. Jadi, aku akan search dulu detail berkenaan kawasan homestay tersebut menggunakan Google Map.
Step 1 – Kenal pasti anggaran lokasi penginapan atau nama tempat penginapan.
Step 2 – Search direction daripada lokasi homestay ke lokasi yang dituju.
Dan.. tadaaa!
Bila dah dapat anggaran jarak homestay yang hanya 2 minit perjalanan menggunakan kereta, kira jackpot sangat la ni. Boleh jimat duit minyak, boleh jimat tenaga. Akan tetapi sekiranya tak dapat cari homestay yang dekat, within range 30 minutes drive pun masih lagi acceptable kan. Hehehe.
7. Fined tune price
Selepas melepasi 6 saringan yang diatas, tiba masanya untuk fined tune harga. Step ni agak leceh sebab kena manually bukak iklan satu per satu untuk tengok berapa jumlah harga (total price) yang ditawarkan untuk tarikh yang telah kita pilih.
Kalau ikut cara aku, aku open in new tab je kesemua iklan yang aku dah filter tu, kemudian short list kan ikut mana yang berkenan.
Walaupun tadi pada awalnya harga yang aku tetapkan tidak melebihi budget yang disediakan. Tapi, nak jimat punya pasal kan.. kalau dapat cheaper is better.
8. House rules
Yang ni aku akan tengok last sekali. Sebab bagi aku benda ni tak ada isu sangat. Cuma kena ambil tahu juga sebab ia adalah adalah terms yang ditetapkan oleh pemilik homestay, contoh; masa yang ditetapkan untuk check-in dan check-out.
Yang ni kena bear in mind la kan. Nak masuk duduk tempat.. orang sila ikut peraturan. Kalau tak nanti viral masuk socmed. Hehehe
Okay.
Jadi, korang dah baca penerangan panjang lebar aku mengenai panduan serta tips menempah homestay murah melalui Airbnb. Rasanya dah tak ada dah kot point yang aku tertinggal.
Cuma, pesanan terakhir daripada aku sebelum korang tempah.. rajin-rajinkan la tangan korang tu untuk tekan button contact host dulu.
Bukan apa.. Mengikut saranan daripada pihak Airbnb, korang introduce la sikit pasal diri korang. Lepas tu cerita sikit kenapa korang nak menginap disana dan tanya apa-apa yang patut sekiranya ada kekemusykilan.
Build rapport sebelum korang memulakan perjalanan. Bila dah ada keserasian dengan host, inshaAllah segala urusan percutian akan dipermudahkan nanti. Aminnn.
* Pembayaran tempahan
Proses terakhir untuk melakukan pembayaran tempahan adalah straight forward. Korang sama ada boleh guna kad kredit ataupun PayPal (sekiranya ada) untuk buat pembayaran.
Pilihan bayaran pula terbahagi kepada dua;
- Yang mana korang boleh bayar penuh tempahan tersebut sorang-sorang, ataupun
- Korang boleh split (kongsi) kos tempahan homestay tersebut kepada beberapa orang (option ini sesuai untuk mereka yang travel bersama rakan-rakan. Setiap orang akan terima link pembayaran dengan jumlah bayaran yang telah dibahagikan. Dan kena buat bayaran sendiri-sendiri sebelum tempoh tertentu).
Once pembayaran dibuat, resit dan butiran pengesahan akan dihantarkan kepada email korang. Yeah!
Rasa sangat mudah bila dah tau cara tempah homestay melalui Airbnb. Tak pening kepala. Tak serabut.
So, kepada korang yang nak pergi bercuti.. aku sangat sarankan untuk korang cuba guna Airbnb. Selain mudah kerana boleh digunakan secara percuma melalui web ataupun mobile apps. Banyak korang boleh jimat.
p.s: Alang-alang aku nak ke Johor.. ada ke yang nak kirim beli barang murah kat JPO? Kalau ada, boleh aku jadi personal shopper. Caj murah-murah je. Hahaha
Menarik. tqqq untuk perkongsian ni piss
Sama-sama. 🙂
Sekarang ni, saya pun lebih kerap tempah homestay guna airbnb, ada banyak yang murah dan cantik2
Servis yg host Airbnb pun kadangkala setanding atau lebih baik lagi daripada apa yg hotel tawarkan