Rata-rata dari kita pasti mempunyai lebih daripada 5 peralatan elektrik di rumah. Peti sejuk, penyaman udara, ketuhar, gelombang mikro, pemanas air, cerek elektrik, dapur, mesin basuh, kipas dan banyak lagi.
Maka apabila bertambahnya peralatan-peralatan tersebut, secara tidak langsung akan mengakibatkan bil elektrik bulanan melambung. Namun peralatan-peralatan tersebut amat penting dalam kehidupan seharian memandangkan ianya memudahkan pekerjaan seharian di rumah disamping menjimatkan banyak masa.
Selain daripada penambahan peralatan tersebut terdapat juga lain-lain faktor yang mengakibatkan peningkatan penggunaan elektrik. Antara sedar atau tidak, disini aku senaraikan beberapa daripadanya:
- Tempoh penggunaan elektrik bertambah.
- Penggunaan peralatan elektrik tambahan seperti lampu hiasan dan lain-lain semasa musim perayaan.
- Apabila bilangan ahli keluarga bertambah, maka penggantian peralatan elektrik lama berkuasa kecil dengan peralatan elektrik baru berkuasa besar turut menyumbang.
- Menggunakan peralatan elektrik yang kurang cekap yang menyebabkan tempoh penggunaan tenaga elektrik bertambah dan mengakibatkan pembaziran.
45% daripada jumlah keseluruhan penggunaan utama elektrik dirumah ialah di dapur. Jadual dibawah menunjukkan purata penggunaan elektrik bulanan bagi sebuah keluarga bagi 5 orang ahli di rumah kos rendah, sederhana dan banglo.
Namun seperti yang kita semua maklum tarif elektrik telah meningkat, maka terdapat penambahan dan kos penggunaan elektrik setiap rumah bagi setiap tahun.
Dan dah terlanjur aku bercakap mengenai penggunaan utama elektrik di dapur, disini aku sertakan beberapa tips penjimatan asas bagi beberapa peralatan didapur:
- Jangan letakkan peti sejuk ditempat yang terlalu panas dan sediakan ruang yang secukupnya untuk pengaliran udara.
- Pastikan juga terdapat ruang diantara makanan bagi membolehkan pengaliran udara didalam peti sejuk.
- Gunakan dapur gas bagi mendidihkan air kerana ini lebih murah dan efisyen. Pilih juga cerek elektrik yang bersesuaian dengan keperluan kerana lebih masa akan diambil untuk memanaskan air.
- Ketuhar gelombang mikro dapat menjimatkan 75% tenaga berbanding ketuhar elektrik biasa. Ianya juga mengambil masa yang lebih singkat dan penggunaan tenaga yang lebih rendah.
- Pilih hud dapur yang cekap tenaga kerana ia mampu menjimatkan pembayaran bil elektrik dan disarankan menggunakan motor berprestasi tinggi.
- Bagi mesin basuh pula jenis muatan atas didapati menggunakan tenaga yang kurang daripada mesin automatik jenis muatan depan dan cuci pakaian apabila muatan mesin telah penuh. Ini kerana tenaga yang sama digunakan untuk mesin separa penuh.
- Gunakan seterika ringan untuk tujuan menggosok kerana ia lebih cepat panas dan kurang menggunakan tenaga.
-Panduan daripada KeTTHA
Okay, cukup dulu tips penjimatan asas yang dapat aku kongsikan. Semoga apa yang tertulis dapat dimanfaatkan bersama bagi mengelakkan pembaziran disamping memelihara alam sekitar.
Nota: Untuk tips penjimatan maksimum, boleh rujuk kepada entri rumah cekap tenaga yang aku kongsikan baru-baru ini.
perkongsian yg sgt berguna abg HR 🙂
fuhh..sekali harung ni. haha..
Tips yangs sangat berguna untuk ibu rumah tangga sebagai pengurus segala keperluan dapur dan seisinya.