in

Panda.. Kami Datang!


Tu dia.. Bloggers Day Kelab Blogger Ben Ashaari, anjuran Zoo Negara. Ramai tak?

Bloggers Day Zoo Negara Kelab Blogger Ben Ashaari

Okay. Takmau cerita panjang-panjang. Aku tau semua yang masuk ke sini excited nak tengok gambar panda, bukan nak tengok gambar aku. Huh.

Panda Zoo Negara

Panda ni.. namanya Fu Wa, panda jantan. Baru je jadi ayah 8 hari yang lepas (18hb Ogos 2015).

Pasangan dia.. tak ada dalam gambar. Dikuarantinkan, atas alasan menjaga privacy. Supaya dia dan anak dia dapat rehat yang secukupnya. Al-maklumlah.. tengah berpantang.

Langkah kanan KBBA di Giant Panda Conservation Centre

Hafiz Rahim_Hafiza_Khair

Ketika kunjungan kami semua ke sini, hari tersebut jatuh pada ulang tahun hari lahir Fu Wa yang ke-9.

Makna kata, blogger yang hadir ketika ini bertuah kerana dapat melihat scene yang amat “rare”, dimana ulang tahun hari lahir Fu Wa disambut bersama-sama kami semua beserta hidangan hari jadi yang istimewa.

Buluh gred A dan juga “kek ais” sayur-sayuran.

Panda Malaysia

Panda Zoo Malaysia

Haa.. Nampak tak?

Fu Wa ni luaran je nampak comel. Tapi, masa makan.. Ya Allah, tak tertib. Makan gelojoh, habis bersepah-sepah atas tanah. Huh.

Aku faham kenapa dia jadi macam ni, sebabnya pasangan dia tak ada sekali untuk celebrate birthday, maka emosi dia down.

Fu Wa Panda Zoo Negara

Kecewa. Hehehe.

Site visit Zoo Negara

Selain daripada kunjungan kami ke Giant Panda Conservation Centre, kami juga dibawa mengelilingi Zoo Negara untuk melihat haiwan-haiwan lain yang terdapat di sana.

Hafiz Rahim_Zoo Negara

Daripada sekecil rama-rama sehinggalah sebesar-besar badak sumbu. Namakan saja, macam-macam haiwan ada.

Badak Sumbu Zoo Negara

Lebah Teamwork Kelab Blogger Ben Ashaari
Lebah Kelulut

Orang Utan Zoo Negara

Cimpanzi Zoo Negara
Ujang dan Qaseh peminat tegar cimpanzi ni.

Khair_Fiza_Zirafah

So far, kalau nak compare Zoo Negara dulu dan sekarang.. dah banyak perbezaannya. Kalau dulu nampak sedikit hambar tetapi sekarang dah lebih menarik. Banyak port-port cantik untuk ambil gambar, haiwan pun banyak.

Dan yang paling best, ada banyak tram kereta api baru disediakan. Kiranya jika ada pengunjung yang kakinya tak berapa kuat nak berjalan jauh, sesuai sangat sewa tram ni.

Nak pusing satu zoo jalan kaki pun boleh, tapi pastikan korang bersedia untuk jadi macam Khair. Hehehe.

Nota: Terima kasih kepada Kelab Blogger Ben Ashaari, Cosmoderm, Food Panda dan Zoo Negara kerana menaja aktiviti kali ini. Memang best dan happening especially bagi kanak-kanak. Diharapkan pada masa akan datang akan ada lagi aktiviti-aktiviti yang lebih menarik seperti ini, dan kalau ada jangan lupa ajak lagi ye. Hik hik hik.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
  1. So, ini merupakan hal yang lucu, dan semoga saja kehadiran panda di zoo negara ini akan dapat di lestarikan dan selalu mendapatkan kebebasan bermain bukan untuk sirkus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *