#PakCikMisteri – Orang Memberi, Kita Merasa

Nak buat amal bukan susah, tak perlu ada duit pun boleh je hulurkan bantuan. Janji niat itu ikhlas.
Betul tak?

Korang ingat lagi sejak kebelakangan ni ramai orang asyik sebut #PakCikMisteri.

Ala.. gambar viral di Facebook yang mana kalau dekat bazar Ramadhan, ada makanan free, korang boleh ambil je tanpa perlu bayar apa-apa.

Pakcik Misteri TM

Ataupun kalau korang masih tak ingat, tentang sebuah iklan di tv mengenai seorang pakcik berbaju melayu yang menghulurkan bantuan duit syiling kepada seorang gadis yang kehilangan wallet di tengah-tengah malam.

Ahaa.. itu sebenarnya kempen kebajikan yang dilancarkan oleh pihak TM, kempen #PakCikMisteri.

Bersempena dengan kempen yang dijalankan itu, kini pihak TM ingin memanjangkan hasrat mereka untuk membantu rumah-rumah kebajikan pula, dimana kali ini pihak TM ingin meminta kerjasama dan membuka peluang kepada anda untuk turut serta dalam kempen ini.

#PakCikMisteri – Tonton, Klik dan Derma

Caranya mudah saja, seperti yang aku nyatakan tadi.. tak perlu sumbang duit satu sen pun.

Cuma apa yang perlu korang buat adalah, dengan melayari laman web https://www.tm.com.my/pakcikmisteri, kemudian tonton video yang ditayangkan dan klik sebanyak mungkin mengikut arahan yang diberikan.

Kempen #PakCikMisteri TM

Kempen #PakCikMisteri TM 1

Kempen #PakCikMisteri TM 2

Kempen #PakCikMisteri TM 3

Setiap klik akan generate digital coin dimana digital coin tersebut akan ditukar dalam bentuk sumbangan yang akan disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan terpilih TM seperti Pertubuhan Wanita & Kesihatan (WAKE), Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah Pendang, Kedah dan Sabah Earthquake Relief Fund (Projek Komuniti Digital TM).

Haa.. Jadi betul tak aku cakap nak buat kebajikan tak susah? Peluh pun tak keluar sebenarnya.

Kempen #PakCikMisteri

Aku dah klik banyak kali dah, kejap-kejap lagi nak sambung klik lagi. Ingat, sedang kita seronok beraya, ada juga saudara seagama dengan kita yang dalam keadaan memerlukan.

Jadi, rasanya ini adalah peluang terbaik yang korang boleh ambil untuk tolong mereka. Tak susah pun.. klik.. klik.. dan klik je berpuluh kali, beratus kali malah beribu kali pun tak apa.

p.s: Nak minta sumbangan duit ringgit, mungkin susah orang nak hulurkan. Harap-harap dengan minta klik pun tak ada yang memberi alasan.

Note: Kalau sudi sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan di social media. Jangan lupa hashtag #‎TMRaya2015 #OrangMemberi‬ ‪#‎KitaMerasa‬ #PakCikMisteri ‪#‎AgakAgakBerapa‬

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 5 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Duit Raya JDR

    Ubat Ulser Untuk Kanak-Kanak