Pakai Digi Postpaid Family Untuk Lebih Jimat

Era digital ni, “perang data” diantara telco tak akan pernah suram. Selepas menggunakan Digi Postpaid 138 yang disekalikan bersama iPhone 7 selama 1 tahun lebih, kini aku beralih arah pula kepada Digi Postpaid Family. Dengan komitmen bulanan sebanyak RM150, keuntungan pada aku apabila selepas ini aku tak perlu lagi bayar 2 bil yang berasingan.

Cukup sekadar membayar RM150 setiap bulan yang akan cover untuk penggunaan internet 2 orang sekaligus, iaitu aku dan juga isteri aku.

Segalanya bermula selepas aku menerima SMS ini.. ayat “Sementara masih ada kontrak telefon” menarik minat aku.

Maksudnya disini, Digi Postpaid Family menyediakan 60GB data untuk pelan bulanan RM150.. kemudian data itu akan dibahagi kepada aku dan juga isteri ( tidak kisah sama ada pembahagian ditetapkan sebanyak 30:30 atau 40:20 atau apa sahaja, namun tetapan itu dikawal oleh aplikasi yang dipasang pada handphone main line sendiri).

Menggunakan Digi Postpaid Family ini juga, fungsi unlimited call masih lagi kekal (which is very good), namun penghantaran SMS dihadkan 300 saja (tapi kenapa perlu kisah pasal SMS kan.. zaman sekarang mana ada orang nak guna SMS lagi). Hahaha.

Menambah lagi keseronokan menggunakan pelan family ini, apabila aku diberi pilihan sama ada untuk upgrade weekend data kepada all day data.. yang mana melalui fungsi addon Gboost, aku hanya perlu bayar tambahan RM10 saja setiap bulan.

What is GBoost?
Just add on GBoost to your existing Digi Postpaid plan to upgrade your Weekend Internet to All-Day Internet and get extra 10GB Internet quota monthly for all usages, for only RM10 monthly.

Ini bermaksud, tambahan data daripada 60GB yang diperuntukkan pada awalnya kini meningkat kepada 70GB.

Well.. 70GB bagi aku dan wife dah kira cukup banyak dah tu. Penggunaan data Digi hanya lebih kepada penggunaan diluar rumah sebab didalam rumah, aku dah ada sambungan Unifi 50Mbps. Unlimited kuota lagi. So, dah banyak jimat.

Perbelanjaan sebelum
Bil aku: RM150
Bil wife: RM150
Bil Unifi: RM180

Perbelanjaan selepas
Bil aku + bil wife: RM150
Bil Unifi: RM180

Penjimatan sebanyak RM150. Zaman-zaman barang serba mahal ni, RM150 dah boleh cover banyak benda. Sebagai contoh, kalau beli makan pagi setiap hari ditempat kerja dengan harga RM5, maksudnya dengan RM150 dah boleh cover untuk sebulan. Heee.

p.s: TV? Layan HyppTV cukup dah. Itu pun dah banyak channel-channel menarik.


2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini