Masih ingatkah lagi korang pada entri INI? Entri yang mengolahkan serba sedikit tentang produk baru P1 iaitu P1 MiFi. Produk ini yang dikeluarkan oleh Pocket One Network (Malaysia) Sdn. Bhd (P1) berkonsepkan personal WiFi.
Definisi
WiFi : Network protokol yang membenarkan peranti disambungkan kepada internet tanpa perlu penyambungan kabel.
Personal Wifi : Network protokol peribadi yang hanya membenarkan pengguna berakses untuk disambungkan kepada internet tanpa penyambungan kabel.
*Bagi mendapatkan gambaran kasar bagaimana Personal WiFi ini berfungsi, sila baca entri yang terdahulu.
Ok, didalam entri review tambahan kali ini Hafiz ingin berkongsi satu lagi peranti yang lebih kurang sama konsepnya dengan peranti sebelum ini iaitu MX230.
Secara asasnya jika dibandingkan dengan peranti yang terdahulu, peranti MX230 ini merupakan peranti yang lebih up to date. Ini kerana terdapat beberapa naik taraf yang telah dilakukan, diantaranya ialah keupayaan peranti model baru ini untuk menyambungkan connectivity internet secara WiFi kepada 7 gadget berlainan dalam satu tempoh masa yang sama dan juga mampu bertahan selama 6 jam didalam aktif mode berbanding 4 jam pada model sebelumnya. Saiznya juga yang lebih catchy dan bergaya. Sesuai diletakkan dimana sahaja , tak kira dalam kedudukan berdiri ataupun dibaringkan.
Sesuai dengan kelebihannya yang mampu memberi kelajuan internet setanding fibre internet, ia didatangkan khas bersama pakejnya yang tersendiri. Bayaran bulanan sebanyak RM99 bagi kuota sebanyak 10Gb. Agak banyak bagi yang bukan heavy user. Even Hafiz sendiri pun kadang-kadang tak tercecah 10Gb.
Ok la tu kan. Nak kata mahal, taklah mahal mana pun. Speed pun almost the same dengan fibre internet, tak ada sambungan kabel. Pergi mana-mana letak dalam poket je. Kan senang.
p/s: Untuk next review Hafiz akan tunjuk result speedtest. Jeng jeng jeng. Tungguuu..
Sangat menarik, namun masih belum tertarik. Dah guna sebelum ni P1, cuma utk di rumah saja. Yg masalahnya koata tu terlalu sedikit 3Gb, skjp je dah habis dan slow bila nak tambah koata RM10, dlm 1 hari je habis, slow pulak. Itulah masalahnya. Skrg dah dipotong.
Kuota 3gb memang ckit..bro kena amik yang 10gb baru ok..lajuuuu
Betullah tu bro S2020. Tmbah 1G sekejap yg amat habisnya..huhuhu
Mungkin lain kali, nak guna kembali, jika Gb di tingkatkan lagi.
design yg lebih catchy dan tak terlalu bulkiness. Sekali pndg mgkin ingt handphone…kot
🙂
Yerp..design tak macam modem
Try test speedtest dekat lokasi rumah bro di Rawang.
Rawang tak sure ade ke tak..hehe
sayangnya line P1 kat kaw rumah tak power…kalau tak mesti dah subcribe
wah3…ada beza eh …? emm, saya nak guna yg saya pakai ni dulu, nanti ada ongkosnya, saya nak tukar ke p1 pulak..hihi
hmmm siyes nmpk menarik, belum pernah subscribe P1 ni lagi
macam menarik jer.
nanti review ya dia punya speed test.
speed test review baru je publish..hehe
saya suka tonton movie, kalau 10gb macam tak cukup lah dalam sebulan =D
Setakat ni, hanya P1 yg ambe mampu amik..kalau ada wang lebih, mmg nak sambar unifi..hehe
Ambe tunggu entri speedtest tu…jeng jeng jeng jugaklah…hehehe
unifi memang terbaik..tapi harganya yang tak baik..hahaha..review speedtest dah publish..tak sempat nak detailkan..sebab busy dengan kerja..haha
best ke pakai p1??
macam mane nak terminated…
best ni…