in

Order Makanan Secara Online Dengan Shogun2U


Dulu punya cerita, kalau nak makan malam kena start kereta pergi cari kedai makan.

Kalau dah lewat malam ataupun malas nak keluar, kemungkinan untuk aku makan fast food sangat tinggi.

Berbeza dengan sekarang, banyak kemudahan dah mula wujud di Bandar Baru Bangi.

Salah satunya, food delivery.

Dekat rumah aku ada satu kedai makan yang buat servis macam ni, nama kedainya Pak Ngah Seafood. Mereka menyediakan servis penghantaran makanan ke rumah yang berdekatan dengan kedainya tanpa caj tambahan. Call je tokey, bagitahu bila nak.. Kejap lagi sampai lah depan rumah. Dari segi rasa makanan, not bad. Al-maklumlah.. kedai orang Kelantan. Diorang kan pandai memasak.

Dan semalam, aku dapat tahu lagi satu restoran (Kejap, restoran ke company? rasanya company kot) yang menyediakan servis food delivery yang sama. Cuma berbezanya, pilihan menu yang lebih eksklusif seperti Chinese Food, Japanese Food, Western Food dan bermacam-macam lagi.

Namanya, Shogun2U.

Shogun2U

Yang menariknya.. Berbanding kedai Pak Ngah Seafood, Shogun2U menerima pesanan melalui website shogun2u.com. Sama seperti penghantaran makanan fast food, apa yang korang kena buat adalah dengan mengisi saja butir-butir peribadi dan buat tempahan makanan.

Pilihan pembayaran pun ada dua, satu Cash on Delivery dan satu lagi melalui MolPay (Aku, dah tentu aku lebih sukakan Cash on Delivery. Sebabnya, lebih selamat. In case kalau diorang lambat hantar lebih daripada sejam, memang aku malas nak layan dah. Hahaha.)

Hafiz Rahim_Shogun2U

Pertama kali cuba, Chic Chop with BBQ Sauce set. Quite nice jugaklah, ayam banyak. Sos sedap. Sayur Fresh. Cuma wife je tak berapa berkenan, sebab nasi nya guna beras jenis macam pulut sikit-sikit (Dapat kat aku licin je).

Shogun2U_Chic Chop with BBQ Sauce set

Order set, dapat sekali dengan air dan kek + beli satu set percuma satu set (sebabnya, sekarang tengah promo Tahun Baru Cina. Mana-mana Japanese Food atau Chinese Food, order satu dapat satu lagi percuma).

Shogun2U Bandar Baru Bangi
Air Tebu.. Ada seketul batang tebu kat dalam.
Chocolate Cake
Black Forrest Cake

Overall experience, agak puas hati dengan servis yang diberikan. Sesuai dengan keadaan aku yang semenjak dua menjak ni agak malas nak keluar makan malam, memang berbaloi guna servis Shogun2U. Delivery on time. Dan yang paling penting, makan yang sampai suam-suam lagi dalam packaging. Macam baru lepas masak.

Foodporn

So, sesiapa nak cuba, memang aku recommend korang untuk cuba.

Nota: Delivery bukan sekadar dikawasan sekitar Bandar Baru Bangi, tempat lain ada juga. Boleh semak dulu servis penghantaran dikawasan korang dengan merujuk kepada laman web shogun2u.com.

p.s: Kan bagus kalau tiap-tiap kedai ada buat servis penghantaran macam ni, jimat tenaga, jimat duit minyak kereta aku. Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *