in ,

Oh!FreeFood Applikasi Untuk Berkongsi Atau Dapatkan Makanan Secara Percuma


Manusia ni memang kerap kali tewas dengan nafsu. Paling banyak, tewas dengan nafsu membeli la terutamanya bila dah masuk bulan Ramadan. Pergi bazar Ramadan nampak bermacam-macam makanan dijual, mula la masing-masing kecur air liur. Nak itu.. nak ini. Sedangkan bila dah berbuka nanti, minum air segelas.. nasi sepinggan. Terus bersandar kekenyangan. Akhirnya, makanan-makanan lain yang dibeli tak terusik.

Nak sambung makan buat sahur, kadang-kadang terlepas sahur. Akibatnya makanan tersebut basi macam tu je. Dan, malangnya rutin ini berterusan hari demi hari.

Aduhai.. kesian makanan-makanan tu. Bazir semacam tu je. Walhal, alangkah bagusnya kalau makanan tu dikongsikan pada yang berkeinginan.

Aku bagi contoh ye.. Jiran sebelah, kita kadang-kadang bukan tahu situasi dia kelam kabut dalam sesuatu hari tu untuk uruskan keluarga dia sampaikan juadah berbuka pun tak sempat nak beli. Kalau tak pun, aku bagi pulak contoh mereka yang bekerja di bandar-bandar besar.. tersangkut di dalam trafik sesak dah jadi rutin. Bilamana bilal di surau dah laungkan azan pun mereka masih dalam kereta, nak singgah bazar beli makanan memang tak sempat. Kesian kan. Telan air liur je balik rumah.

Ahaa.. Disebabkan situasi-situasi sebegini lah timbulnya idea untuk wujudkan aplikasi telefon pintar Oh!FreeFood. Applikasi ini bagi aku cukup friendly user, berfungsi untuk jadi platform untuk mereka yang termasak makanan lebih ke atau terbeli lebih ke untuk berkongsi pada mereka yang berkeinginan.

Penggunaan applikasi Oh!FreeFood ni mudah je. Kalau korang ada makanan lebih, korang snap gambar kemudian korang muat naik ke dalam applikasi.

Kemudian bila ada pengguna lain yang berkeinginan untuk makan makanan tu, mereka akan request.

Pilihan sama ada korang tetapkan supaya orang yang ambil makanan tu untuk pickup kat mana-mana yang bersesuaian, malah kalau korang ni jenis suri rumah dan tak ada transport. Letak je option pickup dekat rumah. Siapa nak, dia datang collect. Mudah!

Bagi aku idea Oh!FreeFood ni sangat bagus. Disamping ia menggalakkan orang ramai untuk berkongsi makanan yang berlebihan, ianya secara tak langsung mendidik orang ramai juga untuk jangan membazir. Well.. membazir kan amalan syaitan.

Applikasi Oh!FreeFood disediakan untuk iOS dan juga Android. So untuk mulakan hari korang untuk elakkan pembaziran, apa kata korang muat turun dan berkongsi makanan yang ada.

Nota: Perkongsian makanan tu jangan lah letak makanan yang korang dah jamah, seelok-eloknya kongsikan lah makan yang dalam keadaannya sempurna. Sebagai contoh, hari tu aku ada kongsi susu tepung Dumex Khair yang tak habis. Packaging tak buka lagi, daripada lama-kelamaan susu tu rosak macam tu je.. ada juga hamba Allah yang menerima. Alhamdulillah.

Untuk maklumat lanjut mengenai applikasi Oh!FreeFood ni, korang juga boleh layari laman web rasmi mereka di
www.ohfreefood.com


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *