in ,

Nutrition Pro Kedai Protein & Supplement Bodybuilding Paling Murah Di Malaysia – Pengalaman Aku Kali Pertama Ke Sana

DCIM\100GOPRO\GOPR0160.JPG

Sejak setahun dua ini populariti untuk golongan lelaki men-sado-kan diri semakin meningkat naik. Kalau dulu kelibat abang-abang sado sukar untuk dijumpai dan kewujudan gym pun boleh dikira dengan jari biarpun di kawasan-kawasan bandar, tapi sekarang bilangan kedai-kedai yang menjual supplement body building dan gym juga bertambah dengan mendadak bagi memenuhi permintaan orang ramai yang ingin memenuhi hajat mereka untuk berbadan sado.

Didalam Malaysia contohnya, terdapat beberapa nama besar yang menjadi pengedar kepada produk-produk supplement body building ini, dan diantara nama popular yang sering menjadi sebutan adalah Nutrition Pro, WDC Nutrition, EJI Nutrition, GNC, Musclemania dan ProteinLab. Cumanya, bagi aku baru nak berjinak-jinak dengan dunia gym ni.. kedai yang pernah aku masuk adalah Nutrition Pro. Sebab pernah beberapa kali aku Google di internet, hasil carian kedai protein murah menyarankan aku untuk ke Nutrition Pro.

Tapi memang tak sia-sia aku ke Nutrition Pro. Banyak aku belajar pasal supplement ni. Lepas tu harga protein memang so far paling murah kalau nak bandingkan dengan kedai lain, even dengan Lazada pun still kebanyakannya lebih murah. Sebab tu lah rajin tangan ni nak menaip artikel ni hasil dari kunjungan pertama aku ke sana.


Terlalu banyak pilihan produk – Kalau tak biasa boleh jadi pening.

Seriously.. Mula-mula bila aku masuk dalam kedai, rasa pening juga bila tengok produk yang dijual terlalu banyak. Ada mass gainer, ada whey, ada BCAA, glutamine, creatine, pre-workout, dll.. (fuh, gila panjang list kalau nak taip semua) dan jujur aku katakan dalam kesemua produk-produk tersebut, satu apa pun aku tak tahu tentang kegunaan setiap produk. Nasib baik ada En. Khairul (Supplement Consultant) di Nutrition Pro yang sudi terangkan fungsi produk tersebut setiap satu. Hampir 1 jam jugak la sembang dengan dia sebab nak fahamkan betul-betul fungsinya. Jadi, rumusan fungsi setiap jenis produk aku kongsikan dibawah.

Produk-produk supplement bodybuilding dan kegunaannya

Ini apa yang aku dah faham hasil dari penerangan di Nutrition Pro. Paling basic, ada 5 kategori produk utama yang kebanyakan bodybuilder akan beli.

  1. Protein Supplement – Bertindak sebagai building blocks untuk bina muscle dengan cepat (ada 2 kategori, whey dan mass). Kandungan BCAA di dalam protein akan membantu untuk percepat proses recovery (hilangkan rasa sakit lepas main gym).
    • Whey Protein – Sesuai untuk korang yang cepat naik berat badan dan cepat buncit apabila terlebih makan. Whey juga sesuai untuk mengurangkan berat badan kerana ia dapat meningkatkan metabolisma badan dan juga mengurangkan rasa lapar. Pada masa yang sama otot juga akan terbentuk kerana kandungan whey memang dibuat untuk push penghasilan otot dengan lebih pantas.
    • Mass gainer – Dikhususkan bagi korang yang berbadan kurus dan sukar untuk naik berat badan walaupun setiap hari makan dengan kuantiti yang banyak. Kandungan protein dan clean carb yang tinggi akan paksa badan korang untuk grow. Tapi bukan jadi gemuk tau, jadi fit. Naik muscle dan bertambah saiz frame korang.
  2. Creatine – Menggalakkan pertumbuhan otot dan mengekalkan tenaga di dalam otot (strength & performance). Ia juga berfungsi melambatkan pengumpulan asid laktik di dalam otot yang menyebabkan kelesuan.
  3. Glutamine – Mengelakkan muscle breakdown terutamanya semasa proses ‘cutting’ (fasa bakar lemak). Ia juga amat penting untuk sistem imunisasi kita. Kadar glutamine akan menurun mendadak selepas intense workout. Ia mengambil sehingga 6-7 hari untuk kembali normal. Sebab itu sangat penting untuk ambil supplement glutamine.
  4. Pre-workout – Tambah tenaga, stamina dan kekuatan. Ia juga dapat menaikkan semangat dan mood hasil dari 3 happy hormone iaitu, endorphine, serotonin dan dopamine. Ia juga akan meningkatkan penghasilan adrenaline yang memaksa kita untuk bergerak (fight or flight response). Jadi tak ada lagi rasa malas untuk workout. Energy & stamina juga berganda.
  5. Fat burner – Tingkatkan metabolisma badan, memaksa badan untuk menguraikan sel lemak semasa aktiviti lasak. Ia juga akan meningkatkan tenaga supaya boleh bersenam lebih lama. Fat burner yang baik juga mesti boleh kurangkan selera makan.

Maka disini aku menyarankan korang yang berkeinginan untuk mencari kedai protein murah ataupun produk-produk supplement yang lain, carilah di Nutrition Pro sebabnya macam aku dah bagitahu tadi la. Aku sendiri dah pernah pergi ke salah sebuah cawangan mereka di Kepong dan actually aku kesana sebab tergerak hati nak belajar dan cuba sikit-sikit nak naikkan muscle. Hehehe

Macam mana aku boleh tergerak hati nak ke Nutrition Pro?

Memang aku tak pernah terfikir pun sebenarnya nak jejak kaki ke sana. Tapi, bila dengar kawan-kawan office asyik bercerita yang mana bila diorang aktif dengan gym ni bukan sekadar untuk sadokan badan.. tapi juga untuk menjadikan badan lebih bertenaga dan elakkan mudah jatuh sakit.

Siapa yang tak nak kan?

Dan lagi kawan aku ada bagitahu juga, kalau sebelum ini dah seharian bekerja kat office mengadap PC dan asyik mengadu asyik sakit pinggang. Tapi bila lepas pergi gym dan amalkan pengambilan supplement protein, otot belakang badan pun dah jadi lebih kuat. Sekaligus menghilangkan masalah sakit pinggang walaupun buat kerja lama kat office. Hohoho

Tapi whey protein dari USA ni Halal ke?

Oh ya, disebabkan masyarakat kita memandang berat isu halal sesuatu produk dan kebanyakan daripada produk yang dijual di Nutrition Pro ini adalah produk yang diimport sepenuhnya daripada luar negara, pernah tergerak hati aku untuk bertanyakan kepada En. Khairul di Nutrition Pro sama ada produk-produk yang dijual mempunyai perakuan halal ataupun tidak?

Jawapan yang diterima adalah, majoriti produk yang dijual di cawangan mereka adalah diimport daripada USA. Di sana juga isu halal sangat dititikberat. Kebanyakan produk dihasilkan di kilang yang telah dapat sijil halal. Malah jika ada yang masih ragu-ragu dengan jawapan tersebut, En. Khairul juga memaklumkan bahawa majoriti produk yang dijual adalah berdasarkan plant-based. So tiada isu halal atau tidak. Tetapi En. Khairul ada beritahu saya, ada juga produk yang dibuat dari animal base, tapi dah diasingkan dan kalau customer Muslim datang ke kedai, mereka akan maklumkan hal ini.


Contoh, belah kiri tu Whey protein dari MMX yang dibuat dari sumber susu dan tumbuhan. Belah kanan whey protein jenama API yang dibuat dari sumber susu dan daging lembu.

Tapi perlu ke korang ambil supplement bina badan?

Ini antara persoalan yang banyak terlintas difikiran ramai yang kebanyakannya belum pernah mengenali supplement-supplement ini.. termasuklah aku. Aku pun pada mulanya rasa semacam tak perlu. Tapi disebabkan kenalan blog dan juga kawan office banyak kali bercerita tentang perubahan mereka, dan aku sendiri nampak “result” badan mereka semakin sado, jadi aku pun paksa lah diri sendiri untuk berkunjung ke Nutrition Pro ini.

Aku pernah bertanyakan pada En.Khairul, boleh tak kalau tak ambil “benda-benda” sebegini kalau nak jadi sado?

Jawapan daripadanya ialah…

Boleh, cumanya setiap supplement ni dah dibuat kajian oleh ribuan syarikat diluar sana. Malah, dah berpuluh tahun juga produk-produk sebegini dikaji dan ditambah baik untuk memberikan kesan maksimum dan pada masa yang sama supaya selamat digunakan orang ramai.

Bahan-bahan yang terkandung di dalam supplement ini berfungsi untuk memaksimakan potensi badan, sebagai contoh protein yang tinggi akan meningkatkan metabolisma badan dan dapat membakar lemak lebih cepat. Selain itu, kandungan protein yang tinggi berfungsi sebagai bahan asas untuk pembinaan sel otot baru. Bahan-bahan dalam supplement protein diformulasikan untuk meningkatkan kadar sintesis sel otot.

BCAA yang terkandung di dalam supplement protein pula akan mempercepatkan proses recovery otot supaya sakit atau lenguh-lenguh selepas bersukan cepat hilang dan individu boleh meneruskan aktiviti keesokan harinya tanpa sebarang masalah dan mengoptimasikan proses sintesis otot.

Aku juga dimaklumkan bahawa ramai pelanggan Nutrition Pro yang memberi maklum balas dimana sebelum mereka menggunakan produk ini.. selepas ke gym, mereka perlu berehat sehingga 3-4 hari untuk menghilang sakit-sakit badan. Jadi proses untuk membakar lemak menjadi sedikit perlahan kerana kekerapan mereka ke gym lebih rendah.. mungkin seminggu sekali.

Manakala, creatine pula berfungsi untuk mengekalkan ATP didalam otot, yang mana ia adalah merupakan sumber tenaga untuk otot kekal bekerja. Creatine juga dapat melambatkan pengumpulan asid laktik di dalam otot yang akan menyebabkan fatigue.

Jadi setiap bahan ini sudah dikaji dan dirumus khas untuk mengatasi setiap masalah dan maksimakan fungsi dalam badan. Diibaratkan seperti korang kalau nak masak kari, masuk ayam dengan rempah kari pun dah boleh jadi kan? Tapi, kalau nak lagi sedap kena tambah, garam, daun kari, santan, gula, daun kari, dan bermacam-macam bahan lagi.

Sama juga seperti di dalam kes ini, jikalau korang tak ambil apa-apa supplement, berat badan masih lagi boleh menurun dan menjadi sado. Cumanya proses itu berbeza dari segi tempoh sama ada ianya boleh berlaku dengan cepat ataupun lambat, dan kualiti otot yang terhasil juga akan berbeza.

Nak tengok real transformation?

Nah cuba tengok abang-abang ni. Dulu diorang pun macam kita jugak. Gemuk, badan kecik je. Otot pun macam malu-malu nak keluar. Tapi hasil kerja keras, diet, training, dan penggunaan supplement yang betul dapat hasil macam ni. So tak mustahil kita pun boleh jadi macam ni juga satu masa nanti. Untuk dapat hasil paling pantas dan selamat memang perlu guna supplement yang betul.

Contoh real transformation yang pernah direkodkan oleh Nutrition Pro adalah seperti dibawah.

Wan Doyok, Atlit Nutrition Pro
Abee Low, Atlit Nutrition Pro
Munat Dagg, Atlet Nutrition Pro
Shah, Atlit Nutrition Pro

Peringatan!

Kalau korang tersalah beli supplement.. bahaya tau.

Supplement ini harganya agak sedikit mahal kerana kebanyakannya diimport terus dari USA. Tapi korang perlu berjaga-jaga kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab diluar sana yang menjual “fake supplement“. Daripada apa yang pernah dikongsikan oleh ramai pelanggan Nutrition Pro, mereka pernah berkongsi cerita dimana mereka pernah terbeli produk tiruan dek kerana terpengaruh dengan harganya yang sangat murah.

Akibatnya, bukan sekadar ianya tak berkesan. Malah juga membazirkan duit. Malah produk-produk tiruan ini juga dari segi klinikal adalah merbahaya kerana mengandungi bahan-bahan yang kita tidak tahu asal-usulnya. Hmm.. Niat asal nak jadi sihat dan sado, tapi bukan jadi makin sihat dan kuat, yang dapat penyakit pula nanti.

Untuk barang di Nutrition Pro, aku difahamkan memang kesemua produk yang dijual adalah original kerana aku telah melihat sendiri “packing list” yang diterima daripada supplier di USA. Dan jenama-janama seperti Muscle Metabolix, Optimum Nutrition, MuscleTech, Dymatize dan banyak lagi jenama popular sememangnya Nutrition Pro dibekalkan direct darip USA. So, isu fake product memang tidak timbul di sini.

Jadi, siapa yang “WAJIB” datang ke Nutrition Pro?

Okay, ada 5 kategori pelanggan yang wajib datang ke Nutrition Pro ini, dan mereka adalah:

  1. Korang yang terlalu kurus, tapi berkeinginan untuk besarkan badan supaya lebih kuat, bertenaga dan nampak lebih smart dan confident.
  2. Korang yang ada masalah kegemukan, dan berkeinginan untuk kuruskan badan dan ingin tukarkan lemak kepada muscle.
  3. Korang yang aktif bersukan seperti berbasikal, bermain bola, ragbi, dan sukan-sukan lain, dan korang perlukan strength, stamina juga high recovery rate untuk perform dalam sukan korang.
  4. Korang yang terlalu pasif dan sukar untuk mula bersenam. Sering merasa tak bersemangat bila nak mula bersenam. Dan disini, Nutrition Pro mempunyai 1 rahsia untuk korang mengatasi masalah ini dengan mudah.
  5. Korang yang berkeinginan untuk membina badan sama ada secara suka-suka ataupun secara profesional. Kesemua produk yang diperlukan ada disini.

Jadi sebelum ke Nutrition Pro, korang perlu jelas dengan matlamat korang terlebih dahulu. Adakan korang nak kurus, nak sado atau sekadar nak tingkatkan performance sukan korang? Ini kerana ianya untuk memudahkan mereka di Nutrition Pro untuk memberi saranan tentang produk-produk apa yang terbaik untuk korang.

Kenapa korang WAJIB datang sekarang?

Salah satu punca kenapa ramai orang kita GAGAL atau susah nak berjaya dalam apa jua yang kita ceburi ialah kerana SIFAT BERTANGGUH!

Sama lah seperti..

Nak buat bisnes, alasan.. nanti kena tunggu bila ada masa lebih.

Nak study, alasan.. mengantuk.

Nak buat kerja, alasan.. buka FB dulu.

Nak turun berat badan, alasan.. esok baru nak mula bersenam.

Nak itu.. nak ini.. Tapi realitinya, semua kena tunggu nanti…

Jadi, kalau korang serius berkeinginan untuk ubah bentuk badan korang, nak kurus, nak sado ataupun nak fit. Special untuk pembaca blog aku, dimana Nutrition Pro berbesar hati untuk bagi RM20 cash voucher untuk korang bagi pembelian di cawangan-cawangan mereka. Cumanya, cash voucher ini terhad la.

Aku boleh letak terus voucher ni dalam blog. Cuma aku tak tahu promonya sampai bila. Bilamana mereka kata promo dah habis, aku akan padam terus voucher ni.

So cepat-cepat la korang pergi ke Nutrition Pro ya. Nak dapatkan harga diskaun, buka entri ni dan tunjuk kepada cashier untuk redeem voucher.

Jadi untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai promo-promo yang sedang dijalankan, korang boleh ikuti laman sosial mereka di www.facebook.com/nutritionpro.my ataupun layari laman web mereka di www.nutritionpro.com.my untuk pembelian secara online.

By the way, dalam banyak-banyak produk. Yang menarik perhatian aku ialah MMX metabolix mass. Sebabnya ia mengandungi 65g protein per servings, 5g creatine, 8g glutamine, 14g BCAA, Testosterone support dan Waxy Maize (Free sugar carb). Aku juga difahamkan kadar serapan Metabolic mass dengan nutrisinya kedalam badan agak laju tanpa menyebabkan masalah perut buncit. So why not aku cuba nanti kan. Ada pelanggan yang dah guna siap naik 8kg dalam tempoh sebulan setengah. Siap ada money back guarantee kalau tak puas hati.

Nah tengok sendiri comparison chart yang En. Khairul tunjuk kat aku.

Ok guys. Sampai sini dulu cerita aku ke Nutrition Pro. Korang pun jangan malu-malu. Pergi je dan tanya je apa-apa soalan. Diorang mesti jawab punya. Good luck guys. Selamat berubah ke sado!!!


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

11 Comments

Leave a Reply
  1. haritu ada try pakai Dymatize Elite Whey. Beli dari Nutrition Pro la. Baru seminggu mula main gym. Kita tengok nanti macamna pergi dia. haha. Tq share pasal supplement ni. banyak belajar benda baru.

  2. saya pelanggan tetap Nutrition Pro ni..kedai byk pilihan..produk memng terbaek..skrg guna Mass Muscle Metabolix..sedappp giler hawauuu..magicnye perut x naik mcm mass len..

  3. wah mmx compare dgn protein lain dia paling bagus ea…..hebat😅……model2 dia Pon blh tahan yg top2 kat Malaysia…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *