in

Nuffnang vs ChurpChurp


Ramai yang dah sedia maklum tentang kewujudan Nuffnang serta ChurpChurp. Dari sudut pandangan umum, boleh dikatakan yang kedua-duanya merupakan platform pengiklanan online yang boleh mendatangkan income bagi sesiapa yang berdaftar dengannya.

Jika diikutkan masih terdapat beberapa lagi platform pengiklanan yang agak popular seperti ni iaitu Google Adsense, Advertorial dan Says.my. Cuma kali ni aku lebih berminat untuk bercerita tentang 2 platform yang disebut awal tadi.

Nuffnang dan ChurpChurp merupakan platform pengiklanan dibawah satu bumbung yang sama. Cuma cara mempromosikan iklan sahaja yang berlainan. Nuffnang hanya mempromosikan iklan-iklan mereka di blog-blog yang berdaftar dengan mereka.

Ini kerana iklan-iklan Nuffnang hanya dapat dilihat sekiranya blogger-blogger tersebut meletakkan running script yang disediakan oleh pihak Nuffnang ke dalam blog mereka. Cara pengiraan earning yang diterima pula terbahagi kepada 3 iaitu CPC (cost per click), CPM (cost per mille, average unique visitor sepanjang tempoh kempen pengiklanan) dan MCPM (Metered cost per mille, pengiklan membeli sejumlah unique visitor dan kempen iklan akan dipamerkan di blog yang terpilih sahaja)

Bagi ChurpChurp pula, pemilik akaun ChurpChurp tidak perlu mempunyai sebuah blog untuk mula menerima income kerana pengiraan earning hanya dikira melalui CPC (cost per click) daripada unique link yang diberi. Maksudnya unique link yang diberi itu, kita cuma perlu sebarkan kepada rakan-rakan sama ada melalui Twitter, Facebook, Email dll. Senang kan? Tak perlu untuk maintain trafik blog untuk jana duit.

Sebagai contoh, hanya dengan menggunakan Twitter sahaja kita boleh sebarkan link kepada ribuan kawan. Aku sendiri baru-baru ini telah mencuba mempromosikan iklan ChurpChurp dengan menggunakan Twitter.

Dengan follower seramai 1000 orang, earningnya boleh dikatakan laju berbanding Nuffnang. Dalam masa tidak sampai 1 bulan, jumlah earning ChurpChurp aku menghampiri earning Nuffnang yang dikumpul selama 1 tahun. Itu pun terpaksa maintain trafik blog.

Jadi secara peribadinya kalau sekarang orang tanya yang mana satu yang jadi pilihan, Aku akan pilih ChurpChurp. Korang pula macam mana?


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *