in

Nota Ramadhan


Simpan nota ini. Hadam sedalam-dalamnya. Perkongsian ini untuk rujukan diri sendiri dan juga rakan-rakan sekalian. Semoga dilimpahkan dengan keberkatan buat diri kita sepanjang Ramadhan yang akan datang. InshaAllah.

Nota Ramadhan 1:

Tak lama lagi rumah kita akan didatangi tetamu. Suaminya bernama Ramadhan, isterinya bernama Terawih, anaknya bernama Sahur, cucunya bernama Iftar, dan mereka membawa buah tangan istimewa bernama Lailatul Qadar.

Mereka akan menumpang di rumah kita selama sebulan sahaja maka layanlah mereka dengan baik-baik supaya kita mendapat ganjaran daripada-Nya. Selepas sebulan dia akan pergi meninggalkan kita.

Nota Ramadhan 2:

Nama saya SYA’BAN, saya ingin mengingatkan bahawa jiran saya RAMADHAN akan datang menemui anda tidak lama lagi, bersama isterinya REZEKI dan 2 orang anaknya, SAHUR & IFTAR.

Mereka ditemani 3 cucunya, RAHMAT, KEAMPUNAN & BARAKAH. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat AIDILFITRI airlines.

Hargai mereka dan anda mendapat KEMENANGAN, KEBERKATAN & BERSYUKUR.

Marhaban ya Ramadhan

Syarat Wajib Puasa :

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Sihat
  5. Bermukim (tidak musafir)
  6. Suci (dari Haid dan Nifas)

Syarat sah puasa :

  1. Islam
  2. Berakal & Mumayyiz
  3. Suci (dari Haid dan Nifas)
  4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-rukun puasa:

  1. Orang yang puasa
  2. Berniat
  3. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa

Perkara yang membatalkan puasa:

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
  • Muntah dengan sengaja
  • Keluar Haid dan Nifas
  • Gila
  • Murtad
  • Keluar mani dengan sengaja
  • Berstubuh di siang hari

Perkara sunat ketika puasa :-

  • Segera berbuka puasa
  • Berbuka dengan kurma/juadah manis
  • Baca doa
  • Melambatkan bersahur
  • Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
  • Sentiasa bersedekah
  • Jauhkan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
  • Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh

Makruh ketika puasa :-

  • Bersuntik
  • Berbekam
  • Berkumur-kumur
  • Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
  • Mandi yang berlebihan
  • Rasa makanan di hujung lidah

Golongan yang wajib Qada’ puasa :-

  • Orang sakit yang ada harapan untuk sembuh
  • Orang yang musafir (bukan kerana maksiat)
  • Orang yang kedatangan Haid dan Nifas
  • Orang yang meninggalkan niat puasa
  • Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
  • Orang yang pitam/mabuk
  • Orang yang sangat lapar dan dahaga

Mereka yang dikenakan membayar fidyah puasa :-

  1. Mereka yang tidak dapat meng-qada’kan puasa sehingga masuk Ramadhan kali kedua
    • Fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping meng-qada’ puasa) bagi setahun tertinggal.
    • Kalau tidak di Qada’ sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 Hari (tiada tambahan)
  2. Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh
  3. Orang yang terlalu tua dan tidak berdaya untuk berpuasa
  4. Orang yang ada Qada’ puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian
    • (Fidyahnya : dibuat oleh kerabat si mati/diambil daripada harta pusakanya)
  5. Perempuan yang mengandung/yang menyusukan anaknya perlu meng-qada’ puasa dan membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut memudaratkan pada dirinya dia hanya wajib meng-qada’ puasanya

Kifarat berstubuh di bulan Ramadhan:

Orang yang berstubuh pada siang hari bulan Ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu meng-qada’ puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat (denda) seperti :-

  • Memerdekakan seorang hamba mukmin L/P,
    Sekiranya tidak mampu
  • Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus,
    Kalau tidak berdaya
  • Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

Walau bagaimanapun, jika perstubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya/dipaksa ke atasnya, tidaklah wajib kifarat.

Tingkatkan puasa:-

  • Puasa umum – Sekadar menahan makan, minum dan keinginan berjimak
  • Puasa khusus – Memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara di atas
  • Puasa khusus Al-Khusus – Merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan zahir dan batin

Mereka yang di benarkan meninggalkan puasa :-

  1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
  2. Orang musafir
  3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah
  4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga
  5. Perempuan hamil/menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri/anak yang disusui itu.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Tq atas perkongsian, refresh kembali perkara perkara yg perlu semasa puasa ramadhan. Semoga di beri kekuatan dan kesihatan dalam menghadapi kewajipan ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *