in

Normal Servis Vios 260,000km


Baru perasan rupanya aku tak buat entri untuk servis vios mileage 250,000km. Last hari tu cuma sempat kongsi pengalaman major servis vios 240,000km je. Aiseh.. sorry guys. Actually aku sendiri pun lupa sebenarnya. Maybe busy sangat time tu.

Tapi tak apa.. memandangkan dah ingat ni, aku share dengan korang pengalaman servis vios mileage 260,000km pulak. Untuk servis kali ni aku buat dekat Toyota Service Center Bangi ni je, tak ada plan nak buat kat tempat lain pun sebab lagipun musim PKPB kan. Mana boleh pergi mana-mana. Rentas daerah je baru semalam dibenarkan. Hohoho

Servis mileage 260,000km ni dinotakan sebagai normal service sahaja. So korang leh take note bahawa SC akan buat penukaran minyak enjin, oil filter, gasket dan maxcheck advance. Optional pulak korang boleh add engine flush, untuk bersihkan enjin.

Macam aku buat servis kali ni disebabkan aku request taknak cuci kereta lepas servis, balancing dan alignment tayar vios aku pun tak buat sebab baru je tukar tayar baru. So masa menunggu akan jadi lebih singkat. Aku pergi hantar kereta masuk servis dalam jam 9.00 pagi macam tu, dan dalam 10.15 pagi dah siap semuanya.

Total damage untuk kos pulak, bagi aku harganya dalam standard range je. Aku dikenakan RM337.25. Kos ini termasuk labour charge, dan benda-benda yang aku sebut kat atas tadi tu lah (tak dilupakan juga window washer dan juga noviruclean – tak tahu ape benda ni, lupa lak tanya. Hahaha).

Jadi setakat tu je untuk servis kali ni. Kita tunggu lagi beberapa bulan untuk normal servis seterusnya pula. Adios.

p.s: Gambar vios tengah servis tak ada. Kat sini kalau nak tengok diorang buat kerja pun, dari CCTV je. Baik aku tengok Netflix daripada tengok CCTV. Hahaha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *