in

Ninetology U9X1 vs Sony Experia Z Ultra


Baru-baru ini aku ada mengambil bahagian didalam satu program yang dianjurkan oleh Ninetology Malaysia iaitu Tech Kaiju Project.

Projek ini yang membenarkan setiap peserta untuk membawa pulang dua model telefon pintar terbaru sebagai bahan untuk membuat ujikaji dan ulasan.

Bagi aku sendiri, aku telah memilih model telefon pintar Ninetology U9X1 dan juga Sony Experia Z Ultra.

Agak tidak adil untuk dibandingkan bagi kedua-dua model yang telah disebut kerana jurang perbezaannya terlalu tinggi. Walaubagaimanapun, jom kita lihat ulasan ringkas yang sempat aku coretkan.

Ninetology U9X1

Review_Ninetology U9X1
Pandangan hadapan
Review-Ninetology U9X1
Pandangan belakang

Sepintas lalu, dapat dilihat bentuk diantara model U9X1 ini dengan Samsung Nexus adalah hampir sama kerana bucunya yang membulat dan saiznya yang lebih kurang.

Walaupun telefon pintar model ini yang tidak senipis model lain yang berada dipasaran iaitu model U9X1 pada ketebalan 10mm, ianya dapat dirasakan telefon pintar ini tidaklah terlalu tebal dan ianya bersesuaian dengan saiz tangan dewasa.

Review Ninetology U9X1
Pandangan sisi

Skrin 4.8 inci Super AMOLED HD pula dilihat seiras teknologi yang digunakan oleh Samsung Galaxy S3 dimana ianya menggunakan capative touch screen.

Button home yang agak sedikit keras untuk ditekan, tetapi acceptable.

Didatangkan dengan dual-SIM slot yang kedudukannya bertindih diantara satu sama lain, membolehkan pengguna untuk mengguna dua nombor yang berlainan dalam satu telefon sahaja.

Kamera 13 Megapiksel yang diletakkan dibahagian belakang pula satu kelebihan bagi model ini dimana kualiti gambar yang diambil, agak cantik dan jelas.

Akhir sekali, telefon pintar Ninetology model U9X1 ini dipakejkan sekali bersama 1.2GHz quad-core MediaTek MT6589 processor, 1GB RAM dan juga 2,200 mAh kapasiti bateri yang mampu bertahan selama satu hari (dengan penggunaan internet yang average).

Spesifikasi:

  • 4.8″ Super AMOLED dengan paparan HD (1280 X 720)
  • 1.2 GHz quad core MediaTek processor
  • 16 GB internal memory (microSD slot muat sehingga 32 GB) + 1 GB RAM
  • Dikuasakan oleh Android 4.2 “Jelly Bean” OS
  • 13 megapiksel kamera belakang, 2 megapiksel kamera depan (720p)
  • Berketebalan 10 mm dan seberat 160 gram
  • Kapasiti bateri 2,200 mAh (Tempoh penggunaan 3G sehingga 8 jam)
  • Connectivity : Dual SIM, HSPA+, WiFi, Bluetooth 3.0, GPS
  • Terdapat dalam dua warna: Hitam dan merah
  • Harga: RM 1,099

Nota: Aksesori seperti back cover original, screen protector original dan earphone disertakan sekali didalam kotak.

Sony Experia Z Ultra

Review-Sony Experia Z Ultra
Pandangan hadapan
Review_Sony Experia Z Ultra
Pandangan belakang

Jika dilihat dari segi reka bentuk untuk model Experia Z Ultra, ianya sangat jelas bahawa saiz telefon pintar ini jauh lebih besar berbanding telefon pintar Ninetology U9X1.

Dengan skrin sebesar 6.4 inci Full HD TRILUMINOS® paparan TFT (1920 x 1080), rasanya dah cukup jelas bahawa model mana yang lebih mampu memberi kepuasan dalam menikmati kualiti gambar yang mengagumkan.

Review Sony Experia Z Ultra
Pandangan sisi

Disamping itu juga, beberapa kelebihan lain yang disertakan iaitu kalis air sedalam 1.5 meter dalam tempoh masa 30 minit dan juga kalis debu (pemukaan yang licin) merupakan killer features yang jarang didapati dimana-mana model telefon pintar yang lain.

Oh ya, tidak dilupakan juga kualiti bunyi yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pengeluar telefon pintar lain kerana kita sedia maklum akan kelebihan produk yang menggunakan jenama Sony.

Cuma bagi pengguna yang gemarkan mengambil gambar ketika waktu malam, terdapat kekurangan pada model ini kerana ia tidak didatangkan sekali dengan lampu flash yang mampu memberikan pencahayaan yang bagus kepada kualiti gambar.

Spesifikasi

  • 6.4″ Full HD TRILUMINOS® paparan TFT (1920 x 1080)(342 ppi)
  • 2.2 GHz quad core Snapdragon 800 processor
  • 16 GB storan dalaman (microSD muat sehingga 64 GB)+ 2 GB RAM
  • Dikuasakan oleh Android 4.2 “Jellybean” OS
  • 8 megapiksel “Exmor RS for mobile” kamera belakang (1080p video), 2 megapiksel kamera hadapan (1080p)
  • Ketebalan 6.5 mm dan berat 212 gram
  • Kapasiti bateri 3.000 mAH (Tempoh penggunaan 3G sehingga 16 jam)
  • Connectivity : Versi 4G LTE/HSPA+, WiFi, Bluetooth 4.0, DLNA connection, NFC
  • Terdapat dalam 3 warna iaitu hitam, putih dan ungu.

Kesimpulan

Jika ditanya secara peribadi, walaupun jika dilihat di atas kertas kemenangan akan berpihak kepada Sony Experia Z Ultra, tetapi bila memikirkan saiznya yang terlalu besar untuk dimuatkan kedalam poket, aku rasakan aku lebih rela memiliki Ninetology U9X1. Lagipun kamera belakang untuk model tersebut, didatangkan dengan lampu flash.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *