Hari minggu adalah hari yang dinanti-nantikan.
Peluang terbaik untuk aku meluangkan masa bersama isteri dan anak tersayang. Tak perlu bangun awal-awal pagi, tak perlu terkejar-kejar menempuh jalan yang sesak, dan tak perlu juga fikirkan urusan kerja yang tidak pernah habis.
Fuhh.. Nikmatnya hujung minggu..
Sabtu yang lalu, adalah hari dimana aku melakukan aktiviti santai bersama isteri dan juga Khair.
Berpiknik di Taman Tasik Cempaka, bersebelahan dengan kompleks PKNS Bangi.
Actually, taman ni tak jauh mana pun dari rumah aku.
Biasalah.. Sekali sekala. Apa salahnya spend quality time diluar rumah sambil menghirup udara segar di pagi yang nyaman. Jerebu kan dah lama menghilang. Hehehe.
Seawal jam 8.00 pagi kami ke sana, sambil berbekalkan set breakfast McDonald’s Weekend Indulgence (beli secara drive thru je.. senang, mudah).
Ada hotcakes, ada sausage, ada muffin, ada hashbrown, ada scrambled eggs dan yang paling best.. teh panas juga ada. Bagi kami set hidangan ini dah dikira lebih dari mencukupi untuk kami semua sama-sama menikmati pagi yang indah di taman.
Tak dilupakan juga bila ada aktiviti piknik, alas tempat duduk perlu dibawa. Kalau tak, kesian nanti puan isteri kena cuci baju kotor banyak-banyak.
Wah.. Santai. Feeling-feeling keluarga bahagia gitu (err.. memang bahagia pun.. hehehe).
Apa-apa pun, piknik kali ini satu pengalaman yang menyeronokkan. Next time kena repeat lagi, sebab ada orang tak puas. Bila diajak balik, dia cakap kat daddy..
Daddy.. Esok datang lagi..
Okay, baiklah wahai anak. Esok-esok kita datang lagi. Khair happy, kami semua happy. 🙂
Giveaway Tikar McD
By the way, aku ada extra Tikar McD yang ingin dikongsikan kepada pembaca-pembaca blog HafizRahim.com, dan ianya akan diberi secara PERCUMA kepada mereka yang bertuah.
Untuk memilikinya, apa yang perlu korang lakukan hanyalah dengan memberi jawapan kepada soalan dibawah:
Berikan satu sebab kenapa anda layak menerima Tikar McD ini?
Jawapan, sebolehnya aku nak yang kreatif-kreatif lah ye. Setakat jawab “Nak”, memang aku tak nak bagi. Paling kurang 10 patah perkataan. Hahaha. Cepat, cepat! Barang limited edition ni. Siapa cepat, dia dapat.
Nota tambahan:
Bermula pada 19hb March, krew Hot FM Zoomerz juga akan mengagihkan Tikar McD ini kepada pendengar-pendengar Hot FM di beberapa lokasi pilihan (diantara jam 8.40 pagi – 9.20 pagi), antaranya ialah:
- Metropolitan Park, Kepong – 19hb March 2016 (Sabtu)
- Taman Botani Negara, Shah Alam – 20hb March 2016 (Ahad)
- Botanical Garden, Penang – 26hb March 2016 (Sabtu)
- Taiping Lake Garden, Perak – 27hb March 2016 (Ahad)
- Taman Rekreasi Bukit Indah, Johor – 2hb April 2016 (Sabtu)
- Taman Titiwangsa, KL – 3hb April 2016 (Ahad)
Jadi, selain korang join giveaway aku dengan menjawab soalan yang aku berikan tadi, korang juga boleh serbu lokasi-lokasi diatas untuk mendapatkan lebih banyak Tikar McD. Hehehe.
Saya nak tikar tu sebab Hafiz guru saya. Eh. Hehe. Saya nak tikar tu sebab saya selalu berpiknik. Tapi xpernah ingat nak bawa tikar. Maka, jika dapat tikar ini, saya akan biar di dalam kereta dan gunakan ketika piknik. Tq.
Kenapa saya nak tikar McD? Sebab saya ada anak kecil, kalau nak beriadah di taman, anak-anak & ibu ayah boleh duduk santai kat tikar ni bila penat beriadah. Payah nak bentang suratkhabar bagai ni hehehe. Tikar McD juga selesa, ringan dan senang nak lipat dan tak ‘makan’ ruang kalau simpan dalam kereta. Pilihan warna dan corak pun simple dan cantik … pendek kata anak-anak mesti suka! 🙂
Nak join giveaway sebab kenapa saya layak dapat tikar McD tu sebab saya suka pergi berkelah dan saya perlukan tikar tu… Tikar tu juga nampak sangat cantik dan menarik jadi saya tak nak lepaskan peluang untuk mendapatkannya 😁😁😁
Lisa nak tikar McD !!! Hehe sebab selalu pergi tasik dengan family atau kengkawan. Release tension la katakan… kalau ada tikar McD yang boleh lipat macam beg lagi best..boleh duduk bawah pokok tak perlu leceh bwa tikar gedabag besar
Nak join gak ar dah lama tak join contest macam ni.
Nak tikar MCd tu sebab Jeles tengok hang dah pakai tikar Mcd dulu. haha. Tikar MCd simple dan mudah dibawa kemana2x dan boleh simpan kat kereta. Kot2x nanti kalau ada pergi destinasi tanpa plan macam nak pergi air terjun ke mandi laut senang la dah ada tikar ni boleh baring sat sambil tengok pemandangan laut dan sambil tu leh makan sekali atas tikar mcd ni. Takde lah kena makan kat atas jalan ke pandai ke. hehe.
Nak ! Mudah dibawa sana sini.. Tak perlu risau singgah mana-mana. Asal ada alas boleh bawa anak-anak riadah santai.
Hafizzzzz… Aku nak sebab nak bwk tikar tu g berkelah gak… Selama ni dok bwk tikar yg lipat2 tu tp bsr gak dan tak stylo… Tikar ni nmpk stylo beb… Klau ko x bg kat aku mmg aku merajuk dan tak nak kawan lagi dah… Jgn sbb tikar ni kite putus kawan okeh… Hahhaa
Saya rasa saya layak dapat tikar McD sebab saya boleh berkelah bersama keluarga di mana sahaja sambil baca blog hafizrahim.com dengan santainya 🙂
Saya nak tikar mcD yang cute-mute tu sebab mudah nak bawak pi travel mana mana. Sampai kat port yang sesuai, hampar tikar ni sambil duduk menikmati sundea strawberri, layan jugak ni.
Za nak tikar tu sebab mudah di bawa kemana, selamat, mudah dan size yang unik buat ianya mudah di simpan di dalam kereta untuk kegunaan harian seisi keluarga.
Tikar MCD tu penghubung kasih sayang yang erat nanti, itu sebab baca blog hafiz dah rasa macam tikar tu kena sampai dekat julia sebab nak hubungkan kasih sayang keluarga julia suatu hari nanti diatas tu nanti….yeyyy
Aku nak sebab nampak mudah untuk bawa kemana saja.. Tggl je dalam kereta, ruang pun banyak kosong lagi..
Salam…saya nak tikar tu pleassseeee…dah lama tak bawak anak2 g picnic since beranak anak kedua 2 tahun lepas…bila nampak tikar McD ni…excited plak nak lepak2 kat taman n bawak anak2…sure anak2 akan super duper excited. wah…dah terbayang lepak2 kat taman sambil menemani anak2 bermain di atas tikar McD yang sgt cantik tu.
Saya layak menerima Tikar McD ini kerana saya tidak mempunyai sebarang tikar untuk berkelah. Selama ni memang guna surat khabar je. Plus, tikar Mcd ni nampak sangat cantik dan mudah dibawa. Kalau dapat tikar McD ni baru la dapat berkelah dengan bergayanya lepas ni. Haha!
Aku nak tikar MCD sebab nanti aku nak pergi pandai senang nak makan bawak anak2 …, selain tu sebab aku jeles kau sorang je ada tikar ni…so secara tak langsung bila aku dah ada tikar ni hilang la perasaan jeles aku terhadap kau..,
YANG PENTING TIKAR ITU “EXCLUSIVE AND LIMITED EDTION FROM MCD”,”FLEXIBLE” , DAN MENARIK…SALAH SATU BARANG ASAS PENTING DALAM KERETA..KLU DAPAT..MEMANG “WOW”…UNTUNG DAN BERTUAH UNTUK SAYA DAN KELUARGA.
AZIZAH
aziekamarul82@gmail.com
Saya nakkkk sebab nnt ank sedara hero kesayangan saya mau duduk atas tikar tu sambil makan MCD happy meal. Lg satu Sebab dia suka kaler tikar tu. Terima kasih blogger kacak!!!
Saya nakkan tikar McD sebab sering beriadah bersama family yang tersayang. Dengan adanya tikar ni at least takdelah kitorang guna paper lagi..hihi…nak solat kat memanapun boleh. Anyway cute sgt tikar McD ni.tq
Kenapa saya nak tikar Mcd ini??
untuk menggantikan sleepingbag besar gedabak yang sentiasa duduk diam dalam bonet yang akan menjadi penyelamat sebagai tikar sekiranya terjadi plan mengejut dan terkejut untuk riadah/libur santai bersama family di sungai, di tepi pantai mahupun di padang.
kalau ada beg mcd ni, syukur sangat sebab jimat space dan senang diusung sana sini..lagi mudah kerja mak mak sebab anak anak boleh tlg pegangkan sambil hayun hayun kegembiraan..hehehe..
sekian.
-mrspuex-
Salam, saya nak tikar mcd ni sebab baru last week g piknik di putrajaya guna alas meja je…huhu… kalau ada tikar ni boleh lah berpiknik dengan bergayanya..:)
Knp sy layak dpt tikar McD ni??? Sbb sy fan no 1 McD. Hehehe.. kalo lepak kat McD tu kalo boleh nak lama2.. tapi kesian kt customer lain nak tempat duduk. So kalau dpt tikar ni boleh laa tapau j semua then lepak2 berjam2 kat tempat lain dgn suami n ank.. ank sy tu pulak suka sgt bergolek2.. sesuai sgt laa dgn tikar ni. Besar n lebar.. harap2 ada laa rezeki kami… 🙂
Nak tikar mcd tu sebab nak bawak mikhail picnic macam abg khair jugak ! Nak jugak..nak jugak.. Abg khair, pujuk la daddy 😝😝😝😝
Saya nak tikar mcd sebab pertamanya untuk buat koleksi peribadi, corak dan warna yang menarik membuatkan saya teruja jika diberi sebagai hadiah. Ia menjadi barang yang sentimental buat saya…..errmmmm
Saya nak tikar McD sebab selalu bawak anak ke taman. Selalu smpai di taman kerusi-kerusi yg disediakan mesti penuh dan tiada kosong. Jadi sesuai la jika ada tikar boleh saya duduk bersantai sambil memerhati anak bermain. Tambahan pula saya kini sedang memgandung.
satu sebab kenapa SAYA layak menerima Tikar McD ini kerana menikmati hidangan McD di atas tikar McD seperti memberi satu aura yang Ummphh..I’m Lovin’ it!!
Saya nak juga tikar McD sebab tikar boleh lipat sebegini boleh ditinggalkan dalam kereta, bila perlu hanya bentang sahaja.
Kalau ada anak kecil lagilah boleh dipelbagaikan tikar McD ini dari kegunaan santai hinggalah kegunaan “kecemasan”.
Lepak-lepak di laman rumah dengan beralaskan tikar McD ini juga boleh menjadikan mood anak-anak kembali ceria selepas seminggu kena pergi taska dan bila balik rumah dah lewat petang tak boleh nak lepak di luar rumah sangat.
Saya layak menerima tikar McD ini kerana saya, suami dan anak-anak merupakan penggemar makanan McDonald’s, Dengan berjayanya mendapatkan tikar McD ini akan memudahkan untuk saya dan keluarga kecil saya merasai sendiri pengalaman berkelah dimana jua tempat beriadah, seperti pengalaman aktiviti santai hujung minggu yang telah dikongsikan HafizRahim.com bersama tikar McD
Berikan satu sebab kenapa anda layak menerima Tikar McD ini?
Saya layak sebab saya selalu makan di luar kawasan rumah. Taman, hutan, tempat riadah dan kadang-kadang tepi jalan pun ye. Jadi kalau ada tikar tu, boleh la saya alas punggung kasi tak kotor. 🙂
Saya layak menerima Tikar McD ini sebab boleh bersantai bersama dengan keluaraga mengunakan tikar Mcd ini tanpa rasa takut pasir, becak, semut dan sebagainya.
Berikan satu sebab kenapa anda layak menerima Tikar McD ini?
Saya layak menerima Tikar McD ini kerana saya yakin Tikar McD ni akan jadi hadiah dari Hafiz Rahim.com buat saya yang bakal berkahwin tahun ini. Mungkin Tikar McD ni akan saya bawa untuk pergi berbulan madu bersama bakal suami saya. In shaa Allah.
Saya yakin saya dpt tikar mcd ini kerana mudah kalau saya nak beriadah bersama keluarga dan menunggu isteri saya bersalin anak pertama.
rajin plak depa bagi tikar plak sekarang eh?
haha
Hafiz…wahai Hafiz..ok ok akak nak sangat tikar tu sebab dah terberkenan bila tgk hafiz satu family duk mengadap makanan kat ats tu..bila thk jer tikar tu dah terbayang akk dapat tikar free dari Hafiz..Bagi laa kat akk satu Pih…banyak tuuu …lagipon tak baik hampakan akak..kan akak pm ko kat facebook Instagram dan whatsapp plak bagi jawapan ni..nak tikar pehlisssss…Panjang dah karang ni..Kalau tak dapat jugak alamaknya sedeyy 99 hari laaaa…Huaaaammm
Nak…ala kenapa baru terjumpa blog ni..huhuhu sedey…😢 memang mencari2 tikar picnic ni..tp baru terjumpa blog hafiz ni..ade lagi tak? Hakak nk boleh? Bulan march masih dalam pantang x byk beronline sgt..tak tau pun pasal promotion ni