in

Niat Puasa Bulan Ramadhan


Alhamdulillah, diberi peluang sekali lagi untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan pada tahun ini.

Esok, dimana semua umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa.

Seperti yang telah kita sedia maklum, ibadah puasa ini ada syarat-syarat sahnya. Dan yang paling penting dan wajib dilakukan adalah niat puasa itu sendiri.

Maka, sebagai ulangkaji sebelum kita memulakan ibadah puasa esok, sukacitanya aku disini ingin berkongsi ataupun refresh kembali 2 jenis niat yang boleh diguna pakai sepanjang bulan Ramadhan.

Pertama, niat puasa esok hari iaitu niat puasa sebelum waktu imsak untuk puasa keesokan harinya.

Dan yang kedua, niat puasa sebulan iaitu niat puasa untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Niat ini hanya terpakai jika kita lupa berniat untuk berpuasa untuk keesokan harinya.

Niat puasa Ramadhan

Jika ada rakan-rakan yang ragu-ragu ataupun terlupa tentang syarah sah puasa, bolehlah membuat rujukan www.islam.gov.my. Semoga ibadah kita diterima dan diberkati oleh-Nya. Insha-Allah.

p.s: Malam ini bermulanya solat Tarawih, jom kita ke masjid.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

9 Comments

Leave a Reply
  1. yang lancar-lancar puasanya, rajin beramal banyak berbsabar tahan amarah, biar jadi berkah dan hikmah di bulan suci ramadhan.!!

    Jangan lupa terawih.!! ^^

  2. niat pose ni ingat lagu raihan je lancar, banyak pahal depa kumpulan raihan ni memudahkan hal2 wajib dan basic harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *