Network Test Digi 4G LTE, Mantap!

Lebih daripada 5 tahun aku jadi pengguna tegar Digi, dan beberapa hari lepas aku merupakan salah seorang blogger yang bertuah kerana dijemput untuk menghadiri satu event mereka yang bertempat ibu pejabat Digi di Shah Alam.

Top Blogger Hafiz Rahim & Broframestone

Event tersebut yang bertujuan untuk memperkenalkan rangkaian atau produk terbaru mereka kepada pihak media, iaitu Digi 4G LTE.

Seperti yang kita sedia maklum, rangkaian 4G LTE merupakan satu rangkaian telekomunikasi internet berkelajuan tinggi. Di Malaysia, boleh dikatakan ianya masih baru dan peratus orang yang menggunakannya juga tidak ramai.

Mengimbas kembali pengalaman aku menggunakan rangkaian Digi sebelum ini, secara jujurnya boleh aku rumuskan bahawa aku amat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi ini.

Ini kerana sepanjang tempoh penggunaan aku (di Bandar Baru Bangi), Digi bukan sahaja memberikan pakej internet yang murah, malah sambungan internet yang aku gunakan setiap hari juga stabil dan konsisten (download speed BUKAN sekejap ada, sekejap tak ada). Senang kata, nak download file-file besar pun tak perlu risau connection akan terputus (5 Mbps).

Melalui produk terbaru mereka (4G LTE) pula, ianya juga dilihat memberi user experience yang sama. Ketika ujikaji dijalankan tempoh hari (melalui beberapa task yang diberikan), tiada masalah bagi aku sama ada untuk membuat video streaming, online gaming serta video call tanpa gangguan.

Digi 4G LTE video call_CEO Albern Murty

Pendek kata, kesemuanya berjalan dengan baik dan lancar, walaupun pada ketika itu aku berada didalam satu dewan yang penuh dengan orang ramai (anggaran dalam 70-80 orang, yang sedang berkongsi rangkaian yang sama).

Digi 4G LTE speed indoor

Dalam bangunan, ramai orang.. dapat 24 Mbps. Not bad lah kan. No wonder main game online boleh menang iPod shuffle (Top 3 high score). No lagging, no interruption. Hehehe.

Dan untuk makluman, sehingga kini 50% kawasan berpenduduk di Malaysia telah diliputi dengan rangkaian Digi 4G LTE yang mana hampir 80% daripadanya adalah bagi penduduk di kawasan Lembah Klang.

Difahamkan juga ketika sesi temu bual bersama CEO Digi, Albern Murty tempoh hari, bagi membolehkan lebih ramai pengguna menikmati rangkaian telekomunikasi berkelajuan tinggi, Digi sekarang dalam proses melengkapkan lagi 1500 tapak pemancar 4G LTE di seluruh Malaysia.

Digi 4G LTE

So, bagi korang yang ternanti-nanti kemunculan high speed internet dikawasan korang.. Mungkin anda boleh selalu jenguk-jenguk ke website Digi ya. Manalah tahu kan, hari ini ataupun esok lusa coverage Digi 4G LTE dah mula masuk kawasan korang. Laju woo.

Maklumat lanjut mengenai Digi 4G LTE, sila rujuk Digi.com.my.

p.s: Orang kata Digi masuk hutan tak ada line. Tapi hari tu masa aku masuk ceruk Hutan Gopeng, rilek je dapat full bar. Telco biru pula yang tak ada coverage. Hehehe.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 16 Comments

    Leave a Reply
    1. Aku salah sorng engineer digi yg terlibat utk projek LTE ni…fuhh boleh tersenyum lebar bila customer puas hati…LTE digi juga dah mula diperluaskan di Kota Bharu dan Kuantan jugak…

    2. Broadband Hijau kepunyaan Merah yang saya gunakan sekarang ni, asyik sangkut je….Kalau Digi dapat bagi servis yang lancar jakur Internetnya….ini sudah bagus. Harga yang dilihat pada laman webnya berpatutan juga.

    3. dulu saya guna maxis, skrg amik digi…digi cam lagi murah tapi part tak best is customer service die mmg out…maxis jugak terbaik service diorang huhu…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Mudahnya Buat Pregnancy Check Up Malam

    Nasi Dagang Bonda Ani