in

Neffos N1, Telefon Pintar Dengan Sokongan Dwi-Kamera Belakang


Sebelum menggunakan Sony M5 Dual dan juga iPhone 7, aku pernah menggunakan Neffos C5, sebuah telefon pintar berspesifikasi mid range tetapi dijual dengan harga mampu milik.

So far dari segi build quality, boleh dikatakan telefon dibawah jenama besar TP-Link ini sangat memuaskan hati. Ibarat Nokia 3310 di zamannya tersendiri, telefon Neffos C5 sangat lasak dihentam oleh askar aku (Khair) setiap hari – even tanpa menggunakan casing dan sudah berpuluh kali terhempas di lantai, ia masih mampu berfungsi dengan elok tanpa mengalami keretakan di skrin.

Syabas Neffos, you’ve earned my respect even though Neffos itself is a new brand in the industry.

Terkini, bersempena dengan acara IFA 2017, Neffos memperkenalkan satu lagi model telefon pintar baru mereka iaitu Neffos N1. Dimana ia hadir dengan ketebalan 7.5mm, skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh (1,920 x 1,080), dan juga dilengkapi dengan memori sebesar 4GB RAM, serta storan 64GB.

Dilengkapi dengan sokongan dwi-kamera (gabungan lensa kamera 12-megapiksel) serta pengimbas cap jari dibahagian belakang, Neffos N1 difahamkan adalah peranti terawal didalam keluarga Neffos yang menyediakan fungsi tersebut.

Selain itu, ciri-ciri seperti kamera hadapan 8-megapiksel serta pengecasan pantas juga adalah daya penarik kepada telefon pintar Neffos N1 ini disamping reka bentuknya yang lebih elegan dan eksklusif.

Nota: Sehingga saat ini masih belum diketahui bilakah Neffos Malaysia akan membawa masuk model ini untuk pasaran tempatan. Tetapi aku percaya sekiranya dijual, ia semestinya ditawarkan dengan harga yang menarik dan mampu milik.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *