Nah.. ini dia nasi dagang paling sedap. Resipi turun temurun keluarga mak aku.
Tiap-tiap tahun beraya, kalau tak ada menu ni atas meja, memang tak sah. Pasti termimpi-mimpi.
Nasi dagang resipi keluarga aku ni, bukan macam nasi dagang yang kebanyakan orang jual dikedai, yang guna beras perang.
Tetapi ianya dimasak menggunakan beras putih. Dimakan bersama lauk gulai ikan tongkol yang dimasak dengan rempah ratus asli dari Terengganu dan juga acar timun.
Fuh.. terbaik beb, makan sekali mesti nak lagi.
Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, ada je rakan-rakan mak ayah aku, rakan-rakan adik aku dan rakan-rakan kakak aku yang tak puas makan. Siap ada yang call untuk buat tempahan peribadi.
Hohoho. Nasi dagang.. Nasi dagang.
Bangga kejap sebab ada mak yang boleh masak nasi dagang sedap. Masakan melayu klasik tuu. Hik hik hik.
Nota: Berminat untuk buat tempahan nasi dagang Terengganu, jangan malu-malu.. jangan segan. Roger je mak aku (Kak Ani) di nombor telefon 019-6022185. Kalau call tak ada orang jawab, sila tinggalkan SMS. *Untuk kawasan sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya, Serdang & Kuala Lumpur sahaja. 😉
wahhhh siap boleh order lagi haaa
eemmm mantap gann.!
mantap betol ni ! ! meleleh air liur..
kalau boleh order, jimat masa nak memasak nanti.
Ada masa nanti nak try otder juga la..dh lama tak makan nasi dagang
teringin jugak nak makan nasi dagang yang gune beras putih sampai buat orang angau, kalah beras perang…hihi…
nasi dagang ni, bagi saya stakat boleh makan je la.. hehe
Nasi dagag memamng best..SA suka je walau SA org NS