Seperti raya tahun-tahun sudah, disebabkan keluarga gua berasal dari Terengganu..jadi menu nasi dagang memang tak lari sebagai main dish.
Resipi asli mak gua ni beb. Tiap-tiap kali makan mesti sampai tak ingat dunia.
Sorang-sorang nasi membukit, lauk ikan tongkol @ ikan aya dua tiga ketul. Hinggakan isteri gua yang dulunya tak berapa nak gemar, sekarang dah jadi macam die hard fan nasi dagang mak gua.
Hebat..hebat..mak gua kalau bab memasak memang hebat. Tak ada chef yang boleh lawan.
Cuma buat masa sekarang, satu je yang ralat..diantara ketiga-tiga adik beradik gua sorang pun masih belum cedok ilmu nasi dagang ni.
Hmm..Gua ingat lah, satu hari nanti gua mesti kena rekod bila masa mak gua tengah masak nasi dagang. Mana tahu kan, satu hari nanti video tu boleh dijadikan bahan rujukan.
Nak harapkan orang lain memang tak dapat dah. Silap-silap nanti resipi turun-temurun ni hilang macam tu je seperti resipi kuih bahulu nenek saudara gua. Gua ada pergi menuntut, tapi menuntut tak habis. Lupa tulis dalam buku nota..jadi jawapannya, masih lagi belum tahu buat sebab lupa bahan-bahan yang kena masukkan. Cisssdel.
p/s: Nak pergi tengok orang korban lembu pulak.
nasi dagang ni gua kurang sikit. nasi kerabu takpe gakk..
titan recently posted..Anda takut hendak bercakap dikhayalak ramai?
Nasi kerabu leceh nak buat..mak gua jarang buat..nasi dagang selalu la..hehe
Lu org ganu ke Pis? Nasi dagang ni feveret gua. Sbb gua org ganu. Tp nasing dagang ganu je gua suka. Nasi dagang negeri lain bkn taste gua. Ni pon jap lg maw pigi umah k long gua kat keramat utk pekena nasi dagang
sohoque recently posted..Video Kiswah Kaabah Sedang Ditukar
Orang ganu boh..ic 11..kekeke..aku pun..nasi dagang ganu je best..lain kureng..hehe
Pergh.. Kena pulak gulai tongkol tu pekat2. Sedap beb.. Terliur dah aku ni.
Hazmin Hamudin recently posted..Selamat Hari Raya Aidiladha 2013
sedap bro..ratah saja ikan tongkol lagi best..haha
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.
akubiomed recently posted..Selamat Menyambut Hari Raya Adil Adha
Selamat hari raya aidil adha untuk bro juga. 🙂
Samalah kawan kurang sikit makan nasi dagang
hafiz recently posted..From nothing to something
nasi dagang sedap gak..
Sedap Makan recently posted..Telur Itik Masak Lemak Cili Api Campur Belimbing Buluh
pernah cuba nasi dagang sebelum nih , tapi tak berapa suka sangat…
papa mifz recently posted..Pengalaman di Little Big Club
ehehehe.. nasi dangang senang je broo… hehehe..
sedapnyaa..
Norfanil recently posted..Tips Menempah Bilik di Lost World Hotel
Nasi dagang memang sedap oo. dah lama tak makan,,
Bahrain recently posted..Amalan Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Murah
Ohoho bukan sahaja menu hari raya saja nasi dagang ni, hari biasa pun bedal jugak….Selamat hari raya bro hafizrahim
adikensem recently posted..Peluang Untuk Menang Duit RM 700,000.00 Fuelled by Fans Campaign
Air tangan mak memang tak ada tandingannya..hehe
Hafizul recently posted..Riang Ria Di Aidiladha
adoiii aku teringin nasi dagang, mana nak cari kat penang nih
Juan recently posted..Barefoot Friends Best Selepas Running Man
Kat penang susah ckit nak cari bro..haha
kalau dah pandai buat boleh buat beniaga..
Mak pandai buat..saya tak pandai..hehe
waaaaaaaaaaaa. nasik dagang… sedapnya.. huhuhuuhu
Mawardiyunus recently posted..Alah Pada Silau Cahaya | Bahaya Memunggang Motosikal Malam
dekat rumah mak mertua hari tu pun buat nasi dagang..versi klate..hu3
blogger lelaki recently posted..Penjaga Kunci Pintu Kaabah