Nak Tutup Akaun Astro Bukan Satu Perkara Mudah

Setelah sekian lama jadi pengguna tegar, bulan lepas dapat capai kata sepakat dengan puan isteri untuk tutup akaun Astro.

Antara sebab utama keputusan ini dibuat, tak lain tak bukan kerana ingin berjimat.

Ekonomi sedang meleset, maka banyak perbelanjaan terpaksa dikurangkan bagi memberi laluan kepada perkara-perkara yang lebih penting. Tambahan lagi, Astro bukan lagi keperluan dimana most of the time, kitorang banyak menghabiskan masa bergelak-ketawa sesama keluarga dan di siang harinya pula bekerja di pejabat.

Dan.. kalau niat dihati hendak menonton tv sekalipun, HyppTV memang tersedia ada. Pakej siap UniFi dah tolong upgrade kan ke 30Mbps. Jadi, bilamana kita dah ada dua benda yang sama fungsinya.. kenapa perlu bayar lebih. Betul tak?

astro-vs-hypptv

Dipendekkan cerita, nak tutup Astro bukan satu perkara yang mudah. Atas kertas memang prosedur buat itu buat ini nampak simple as ABC.

Tapi berdasarkan pengalaman sebenar beberapa hari yang lalu. Hmm.. Indah khabar dari rupa (copy paste dari FB status aku)..

Call Astro 15hb (03-95433838) untuk terminate account. CSE yang jawab call bagitau tunggu 25hb akaun akan ditutup secara automatic since cut off date jatuh pada tarikh tersebut.

Dalam tempoh menunggu (sementara nak sampai 25hb) wife ada beli satu movie kat Astro Best sebab ada baki terlebih bayar RM20+.

Cse yang jawab call sebelum ni tak inform apa2 berkenaan dengan transaction yang BOLEH ataupun TAK BOLEH dibuat sepanjang tempoh menunggu akaun ditamatkan.

Hari ni 26hb (sehari selepas cut off date yang CSE Astro bagitau akaun akan tutup secara automatic), balik kerja, sampai rumah ON tv.

ON dekoder Astro untuk check sama ada betul ke tak account dah tutup.

Guess what?

Semua channel Astro still jalan macam biasa. Huh.. Dah agak..

Call Astro semula untuk verify benda ni. CSE lain pulak jawab call.

Check acc kemudian dia kata, request untuk terminate account sebelum ni dah tak valid. Sebab hari tu semasa dalam tempoh menunggu, wife ada purchase 1 movie. Dia consider customer tak jadi cancel.

Then, kalau nak terminate jugak.. Kena bayar bil baru which means kena tunggu 25hb November 2016.

Tanya CSE lagi.. Kalau nak terminate sekarang jugak masa tengah call ni, kira prorate tak boleh ke?

Jawapan: Tak boleh. Kena bayar full. Dah bayar bil baru nanti, baru boleh terminate account.

p.s: Dalam hati.. Hmm.. Bangsat. Giliran aku pulak kena drama. Sebab

1) CSE yang pertama dulu tak bagitau pada customer bahawa T&C semasa tempoh menunggu tak boleh purchase apa-apa..

2) ko nak jugak customer hadap Astro lagi sebulan dan bayar full.

Ahaa.. itu baru chapter pertama.

Selang berapa hari kemudian yakni 2hb November 2016, ini pula yang berlaku..

Balik rumah bukak Astro.. Dapat message error

“We apologise for the service interuption”

astro-problem

Terus suruh wife call Astro tanya status (sebab akaun atas nama dia)

Dah call.. Ahaa.. Rupa-rupanya service dah SUSPENDED.

Tanya sebab apa.. Sorry, tak boleh nak confirmkan. Maybe sebab CSE yang terdahulu salah key in dalam sistem.

Kemudian dia tanya balik.. Nak resume ke? Boleh dapat tengok balik tv on the spot.

Jawapan aku pada wife..

No.. No.. Absolutely No.

Since akaun dah suspended.. Kitorang memang nak proceed jugak dengan cancellation.

Pong pang pong pang.. Dia pujuk. Tapi pujukan dia tak berhasil.

Wife siap bagitahu lagi dia dah bayar bil untuk bulan November in advance semata-mata untuk tunggu 25hb (katanya lepas 25hb baru boleh call untuk close akaun).

Pong pang pong pang.. Dia sambung pujuk lagi tapi masih tak jalan..

..

End up.. Dia akur kitorang nak proceed untuk close akaun dan refund duit. Kira punya kira.. Refund akan dapat dalam jumlah prorate.

Bayar dalam RM70. Refund nanti akan dapat RM50+ sebab guna berapa hari je.

Duhh.. Bukan hari tu membe ko cakap takleh kira prorate ke. Kencing dowhh. 😏

p.s: Katanya refund akan dapat lambat.

p.s.2: I dont care.. Nak cancel gak. Sebab ni dah kali ke-3 call. Call kena bayar kot..hotline. Bukan free. Lepas ni kena call lagi follow up pasal refund. Wut da fish betul. 😠

Rasa agak terkesan juga sebenarnya dengan apa yang telah berlaku. Sedangkan selama ini kitorang setia sebagai pengguna Astro.

Sejujurnya, bila dah jadi kes macam ni.. rasa nak menyumpah pun ada. Hello Astro.. Customer has made the own decision. Jadi, tak perlulah nak lengah-lengahkan lagi proses. Be profesional.

p.s: That’s why orang makin marah dengan Astro. Penguna dipermain-mainkan. Itu baru cerita nak tutup akaun, belum cerita tunggu refund lagi. Kita tunggu episod seterusnya, aku tak rasa Astro akan senang-senang bagi refund macam tu je.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 11 Comments

    Leave a Reply
    1. Baru sign contract dengan Astro awal tahun hari tu. Under package baru. kontrak 2 tahun…kalau nak terminate kena bayar rm2k…wuuuuu

      baru 6 bulan pakai, banyak channel dah dia tarik…sikit sikit….sadissss

    2. Kitorg dh setahun tutup. Masa nak cancel, terus firm cakap taknak & hntr blk decoder bagai kt astro kiosk di ikea..setel..reason utama, masa ujan,siaran fail hahah..skng aku guna android box+unifi..haha

    3. Betul, ramai yg mengeluh pasal nk tutup akaun astro ni. Mmg agak leceh. Ada yg sampai byak duit semata-mata nk tutup akaun punya pasal. Dah lah astro punya rancangan tv penuh dgn iklan tah ape2. Nasib baik saya tak pernah langgan astro pun. Baik langgan pakej njoi lg baik.

    4. Bila dapat tahu pasal artikel ni rasa macam geram pun ada.

      Asyraf nak jugak terminate Astro untuk rumah bujang sebab dah pindah kat lain area.

      Tengoklah nanti camner. Kalau ada benda tak kena. Asyraf kena tulis lah macam bro ..

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ada Apa Di Pretz n’ Beanz Cafe?

    Yes.. Derma Darah Lagi!