McDonald’s Malaysia ni kan bagi aku memang sangat kreatif, lepas satu.. satu.. produk baru yang diinspirasikan dari negara luar dikeluarkan oleh mereka bagi menepati citarasa tempatan. Yelah, pada bulan lepas McDonald’s Malaysia membawa kembali Spicy Korean Burger, ala Burger Korea Pedas yang roti warna hitam tu. Korang ada makan tak? Tetapi sekarang.. diorang keluarkan Portuguese Chicken Burger pulak.
Well.. Kalau dilihat daripada iklan komersial Portuguese Chicken Burger McDonald’s yang baru ni, jelas sekali kelihatan burger Portuguese Chicken Burger sangat menyelerakan. Sebabnya, selain daripada kepingan daging ayam yang dihidangkan digoreng rangup, ia kemudiannya dicelupkan dengan sos piri-piri istimewa untuk menyerlahkan lagi rasa ala Portugal.
Malah bentuk burgernya yang memanjang seperti burger GCB, dihidangkan bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar, dan kesemua ini diapit oleh roti ban lembut yang ditaburkan empingan cili diatas permukaannya.. fuh nampak lagi menyelerakan.
Untuk mengelakkan korang kata aku ni jenis sembang lebih, aku tunjukkan pada korang bukti dimana aku sendiri dapat merasai sendiri burger ni ketika di majlis pelancaran Portuguese Chicken Burger, McDonald’s Kota Damansara yang telah diadakan pada 1 Julai 2019.
Dan serius weh.. jujur aku katakan, kali pertama menyuap burger ini ke mulut, gigitan pertama terus mencetuskan letusan perisa dan rempah ratusnya. Malah.. Makin lama dikunyah, makin “syok” jadinya walaupun dapat dirasakan air liur mula dirembeskan dengan lebih laju dek kerana rasa pedasnya mula mencucuk lidah.
Realitinya tak dapat dinafikan, burger ni pedas.. tak sesuai untuk budak-budak kecil. Tapi pedas kat sini bukanlah aku maksudkan pedasnya yang tak sedap. Tak.. Portuguese Chicken Burger ni bagi aku pedas dan sedap. Kena dengan selera tekak aku.
Gigit sekali nak lagi. Gigit.. gigit..dan terus menggigit hinggalah tinggal kertas pembungkus je. Habis sebiji burger. Kena pulak burger ni dihidangkan dengan air Fanta Grape McFreeze, bila terasa je pedas dimulut.. terus minum Fanta Grape McFreeze yang sejuk membeku.. Pehh.. nikmat wei. Hohoho
Untuk makluman, satu set Portuguese Chicken Burger McDonald’s ini dijual dengan harga yang bermula dari RM16.99 sahaja. Ia dihidangkan bersama pilihan Fanta Grape McFreeze atau Coke biasa. Tapi kalau korang nak beli ala-carte pun boleh je, harganya lebih murah iaitu RM13.99.
Untuk pencuci mulut pula, McDonald’s Malaysia juga membawa kembali Dinosaur McFlurry yang popular. Penuh dengan pusaran coklat yang enak dan dihiasi bijirin coklat. Memang best kombinasinya!
By the way, alang-alang aku ada sebut tentang majlis pelancaran Portuguese Chicken Burger pada 1 Julai 2019, sebenarnya dalam masa yang sama McDonald’s Malaysia turut juga memperkenalkan satu permainan “Augmented Reality” baru yang dinamakan Catching Nonando.
Dimana melalui permainan ini, korang perlu menangkap ‘ayam’ seberapa banyak yang mungkin dalam tempoh masa 60 saat untuk mengumpul mata. Dan mata yang dapat dikumpulkan melalui permainan ini membolehkan pemain untuk menerima ganjaran serta merta berupa diskaun pembelian Portuguese Chicken Burger (terdapat beberapa pilihan diskaun bergantung kepada bilangan “ayam” Nonando yang dapat ditangkap).
Untuk bermain Catching Nonando ni mudah je. Korang hanya perlu klik laman Facebook rasmi McDonald’s Malaysia.
Akan tetapi, sekiranya korang rasakan ganjaran berupa diskaun pembelian Portuguese Chicken Burger itu tak mencukupi, korang juga boleh cabar diri sendiri untuk bermain Catching Nonando dan kumpulkan mata tertinggi dalam leaderboard. Ini kerana, bagi pemain yang menduduki tempat teratas leaderboard akan berpeluang untuk memenangi sehingga 50,000 Air Asia BIG Points. 50,000 point? Weh.. banyak tu. Terus boleh tukar dapat free flight ticket. Hohoho
Majlis pelancaran ini dirancakkan dengan persembahan tarian oleh penari-penari yang menyanyi dan memakai pakaian tradisional Portugal. Tiba-tiba rasa macam bukan kat Malaysia pulak. Hee.
Nota: Portuguese Chicken Burger dijual untuk tempoh waktu yang terhad sahaja. Jadi, kalau korang taknak terlepas untuk mencubanya. Sila beli secepat mungkin. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Catching Nonando ataupun tawaran pelbagai menu menarik McDonald’s, korang boleh lawati mcdonalds.com.my.
Memang setuju,McD ni mmg bagus, mcm2 jenis burger diorg buat. Kreatif betul. Pedas ek? Nak g beli la weekend nnt
Tak sabar nak tunggu next menu #eh tapi burger portugal ni tak pedas sangat tu yang best, sedap malan
pedas ke..tu yang sedp..hehehe..nak cubalah nanti..aumm
dah try.. memang sedap
Lahir puisi dari pujangga,
Lahir karya dari pendita.
Sekalian halwa boleh dicuba,
Selera dipenuhi kesihatan dijaga.
hari-hari nampak iklan burger ni pergi balik kerja.. nampak mcm sedap..