Tahun 2015, had kelayakan pinjaman rumah dinaikkan. Kiranya, ini adalah satu berita gembira bagi semua orang untuk mendapatkan aset kekal yang lebih baik.
Yalah, boleh buat pinjaman yang lebih tinggi. Rumah pun boleh pilih yang lebih selesa.
Itu secara logik akal. Tapi, realitinya..
Harga rumah semakin mahal. Pilihan yang mampu milik pun masih juga terhad pada yang sama.
Itu belum dikira lagi jumlah pinjaman yang lebih banyak. Bila jumlah pinjaman banyak, maka bayaran ansuran pun akan menjadi lebih tinggi.
Pendek kata, kesimpulannya pi mai pi mai tang tu juga. Buat macam mana pun lebih kurang sama saja. Hehehe.
Nota: Nak beli rumah, kena ikut kemampuan diri. Rasa-rasa susah nak bagi komitmen pada yang mahal-mahal, beli yang murah-murah dulu pun dah kira okay dah. Nama pun aset, beli yang murah pun still bernilai juga.
p/s: “Minum tepi jika air masih panas” – perumpamaan daripada pelabur hartanah Malaysia, Azizul Azli Ahmad.

Harga murah sekarang ni semakin mahal… Nak beli sebuah rumah teres dekat kawasan bandar pun dah mahal… huhuhu..
nampaknya memang kene beli yg pinggir bandar..lama2 pembangunan akan sampai ke sana..harga mesti up time tu
Harga rumah di negeri sebelah utara pun dah mencecah nilai 500k..memang mampu tengok saja la
hohohoo..betul3..itu mmg telan ayaq liur jerlah kite..hhhuhu
memang betul tu… ermmm macam manelah kami yang baru nak “hidup” nie mampu tengok jelah
sebenarnya kerisauan ini sudah kedengaran sejak bajet diumumkan..paa yang dirisaukan keadaan ini akan membuat harga rumah akan terus meningkat…lebih2 lagi apabila GST dilaksanakan..betul rumah tak termasuk dalam GST…tapi barang2 nak buat rumah dikecualikan GST ke tidak?..hehehe
banyak rumah mampu tengok je…nak beli rasa mencekik sangat harganya 🙁 rasanya kerajaan kena pantau bab nie. pemaju nie macam biasa nak untung saja kan. yang `sakit` tu orang kebanyakan nie lah..
Selain tu …. kalau ada rumah mampu milik tu pastinya lokasinya jauh dari tempat kerja dan agak terpinggir dari bandar dan kemudahan awam….
jarak ke tempat kerja pulak jauh kan bro. kos untuk pergi kerja pulak yang meningkat
yang berpendapatan rendah, layak mohon untuk mohon rumah kos rendah, yang kaya dan berpendapatan tinggi, boleh beli rumah mahal-mahal. tapi golongan pertengahan lah yang paling susah.tersepit. nak beli yang mahal tak mampu, nak beli yang murah, tak layak.
hish..syukur malaysia masih aman
serius..
ada duit..beli je sekarang.
jangan tunggu-tunggu lagi.
setuju..lg lama lagi mahal…itu realitinya
rumah sekarang ni memang makin mahal, tapi kalau gst dilaksanakan nanti kuasa pembeli akan berkurangan untuk seketika mungkin masa ni ada hartanah yang murah sedikit.
Singgah sini yee . Memang nak beli rumah beribu2 kali fikir kan ? macam mak sdare kita . hehehehe
Ada duit, lokasi rumah menarik, saiz rumah padan dengan harga beli jer rumah.
Tak lama lagi akan sampai masa harga rumah jatuh mendadak disebabkan tak ramai yang mampu membeli rumah.
Dan rumah yang akan dilelong oleh bank juga akan banyak disebabkan pemiliknya tak mampu nak teruskan bayaran.
Ada benarnya…tp mampu atau tak kita nak tunggu time tu tiba…beli skrg atau tunggu harga rumah turun ek?
ada benarnya..tapi kita kene berhati2 juga. takut ianya propaganda dari golongan yang memonopoli hartanah. yang rugi nanti kite juga. kemungkinan tetap ada.
Ada sumber yang cakap, jangan beli lagi sekarang, sebab ekonomi tengah dijatuhkan dengan sengaja. Tunggu few years, lepas tu insyaaAllah harga rumah turun.. so sempatla kita kumpul duit nak beli rumah.. jom!
kena usahakan untuk cari yang under market, sebab ada yang boleh dapat kurang dari RM150,000.
yup. tepat skali.. nampak positif dengan had kelayakan. tp rata2 rumah yang dijual sekarang hanya mampu tengok sahaja. di negeri sembilan pon boleh dikatakan harga kebanykkan bermula sekitar 300k (untuk single storey terrace)..pheww
assalamualaikum..just to inform..sy nak jual rumah teres DS di bdr tasik Selatan..kL…kawsan melayu.rm5xxk,.call Mee 0192333996
direct owner…tq