Sejak dari hari pertama raya lagi, tempahan Nasi Dagang Bonda Ani dah mula masuk. Cuma nak tak nak je terima order tu. Almaklumlah, mood tengah raya.. mesti lah nak beraya dengan keluarga dulu kan.
Lagipun raya kali ni special sikit. Sebab semua adik beradik dan saudara mara dapat berkumpul, jadi meriahnya tu lain macam sikit. Hehehe.
Balik ke Bangi pun sama, tempahan nasi dagang untuk open house dah mula beratur. Ada yang dekat, ada yang jauh.
Tertakluk kepada permintaan, insha-Allah.. tempahan akan disiapkan sebaik mungkin. Agak teruja juga, bila kali ini ada tempahan yang datangnya daripada orang negeri Utara, sedangkan selalunya yang selalu tempah nasi dagang ni.. kebiasaannya orang pantai timur.
Hmm.. dalam hati, mungkin agaknya orang ni pernah menetap dimana-mana kawasan pantai timur kot. Takpun, dia rajin outstation. That’s why dia tau akan keenakan nasi dagang. Heee.
Apa-apa pun, mood beraya masih berbaki lagi 2 minggu lebih. Jemputan open house raya memang dah tersenarai panjang dah ni. Cuma kena pilih mana yang patut didahulukan.
Khair.. seronok dah dia. Yelah, tiap-tiap kali pergi beraya dapat duit raya. Cuma yang positifnya, bila dapat duit raya.. dia suruh daddy atau ibu simpan. Sebab dia kan kecik lagi, tak tahu nak berbelanja. Hahaha.
Nota: Untuk korang yang ingin cuba menempah Nasi Dagang Bonda Ani, jangan malu jangan segan. Call atau SMS je nombor ni, 012-3599765 atau 019-6022185. Sekali makan mesti termimpi-mimpi. Hehehe
Duk kabo awal… Aku tengah cari nop tempoh nasi dagang mi
buleh lawan nasi dagang ganu dop :p
Nasi dagang ganu la ni boh. Ori ganu. ;]
Terlihat sedap betul ni ^^
Nampaknya tuan ni gemar sekali dengan nasi dagang bonda Ani .,… Saya pun ingin coba juga lah …
apa nak sama aja itu nasi dagang bonda ani dengan nasi padang indonesia rasa nya?
Nasi dagang hanya satu lauk yang dimakan bersama acar timun. Lain berbanding nasi padang.
apa nak sama aja itu nasi dagang bonda ani dengan nasi padang indonesia rasa nya? soalnya terlihat sama dari looking dan bumbunya ??
Tak sama. Nasi dagang ada berasnya sendiri. Lauk ikan tongkol nya pun ada rempah sendiri.