in ,

Murahnya Tempah Kuala Lumpur Tour Packages Dengan Traveloka

Bercuti dalam negara je la jawabnya..

Bila tengok kawan-kawan travel sana sini, tipu la kalau kata dalam hati tak teringin nak travel jugak kan. Lebih-lebih lagi bila kawan yang travel tu pulak asyik post gambar-gambar cantik kat tempat menarik, dan kita sendiri pun terasa macam.. Wow! Cantik gila tempat ni.

Well.. sejujurnya jauh didalam sudut hati, keinginan untuk travel tu memang ada. Cuma, kadang-kala wujud faktor-faktor yang mempengaruhi kita untuk menangguhkan dulu hasrat dihati untuk travel ke tempat-tempat sebegitu.

Dan aku tak guna contoh orang lain tetapi diri aku sendiri, jujur aku kongsikan bahawa faktor kewangan merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi sama ada aku mampu untuk travel ataupun tidak.

Ya.. bagi sesetengah orang, mungkin faktor kewangan ni tak menjadi masalah untuk mereka. Lebih-lebih lagi apabila mereka mempunyai kerjaya yang masyuk-masyuk. Duit makan tak habis.

Tapi bagi golongan macam aku yang kerja setakat gaji cukup makan, segala perbelanjaan termasuk perbelanjaan harian ataupun budget bercuti perlu dikira dengan berhati-hati supaya hujung bulan tak kena catu makan maggi. Hahaha.

Bercuti dalam negara je la jawabnya..

Well.. bila bercakap mengenai percutian budget, actually sekarang ni pun dah banyak platform-platform online yang menyediakan pakej percutian yang murah. Cuma, yang menjadi isunya adalah.. adakah platform tersebut selamat digunakan? Terjamin ke duit yang kita guna untuk bayar tempahan tu?

Semudah di hujung jari, korang mungkin boleh terjumpa website yang entah dari mana-mana muncul yang menawarkan pakej percutian dengan harga yang tak masuk akal. Akan tetapi jangan lupa.. ada je orang yang bila dah book, tiba hari nak bercuti.. tettt!! Pakej percutian tersebut sebenarnya tak wujud. Demm.. ngeri weh. Burn gitu je duit. Ho ho ho.

Haa.. berbanding aku sendiri yang sangat berkira-kira kalau nak cari tempat bercuti ataupun pakej percutian murah, aku tak percaya web-web atau portal yang tak dikenali. Yang aku tahu, cuma ada beberapa portal yang aku yakin untuk menggunakannya. Dan, salah satunya yang aku tak rasa portal ini asing buat korang.. ialah Traveloka.com.

Tahu kan?

Yes.. traveloka.com, iaitu sebuah portal yang banyak menawarkan pakej-pakej percutian murah. Boleh kata traveloka.com ni adalah salah satu jenama e-commerce dalam industri travel agent yang besar gak ni.. dan of course bila dah well known, boleh dikatakan ianya juga merupakan portal yang selamat digunakan.

Melalui portal Traveloka, inshaAllah tak jadi isu korang boleh ditipu kalau beli pakej daripada portal ini secara online.

Traveloka hadir dengan fungsi baru

Well.. bila bercakap mengenai portal traveloka ni, for sure aku rasa ramai dah yang familiar dengan cara tempahan pakej-pakej percutian yang ditawarkan. Betul tak? Cumanya yang menarik sekarang ni yang aku ingin kongsikan dengan korang, dimana Traveloka bukan je menawarkan pakej percutian.

Malah mereka sebenarnya dah menambah ciri-ciri baru yang mesra pengguna dimana ia membolehkan kita semua untuk membuat tempahan percutian untuk pakej kombo flight + hotel.

Pakej kombo flight + hotel ini pulak, terbahagi kepada 4 pilihan:

  • Lowest price
  • Highest price
  • Review score
  • Highest popularity

Let say kalau kita ni jenis yang modal tak banyak, boleh memilih “lowest price“untuk pencarian flight + hotel yang murah. Tambah lagi murah, korang juga boleh tetapkan fungsi filter harga mengikut budget korang.

Percubaan aku mencari Kuala Lumpur tour packages menggunakan option “highest popularity” menunjukkan harga yang ditawarkan masih lagi murah. Not bad la.

Cara menempah pakej kombo flight + hotel melalui Traveloka

Disebabkan penawaran ciri-ciri baru ini melibatkan tempahan flight + hotel. Maka, mungkin korang tertanya-tanya kan macam mana kalau kita nak ubah masa penerbangan dan jenis bilik mengikut pilihan kita kan. Tak kan nak buta-buta accept je apa yang ditawarkan tanpa ada pengubahsuaian masa penerbangan dan sebagainya, betul tak?

Okay.. untuk menjawab persoalan tu. Mudah je. Sebab di portal Traveloka sendiri menyediakan fungsi “change flight” dan “change room” jika korang tak berkenan dengan tawaran yang diberikan. Apa-apa pun, ni haa step untuk korang follow kalau nak buat tempahan.

  1. Cari flight + hotel – di sini korang masukkan destinasi, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan percutian korang

  2. Susun pilihan kombinasi flight + hotel yang ditawarkan
  3. Dah jumpa mana yang berkenan, korang boleh ubah kombinasi masa penerbangan dan juga jenis bilik
  4. Semak ringkasan perjalanan dan hotel. Dan sekiranya semuanya okay, klik je continue to booking.
  5. Seterusnya isi butiran di borang tempahan, termasuk butiran penumpang untuk penerbangan. Please make sure semua butiran adalah betul dan tepat supaya masalah check-in penerbangan dapat dielakkan.
  6. Dan akhir sekali buat pembayaran – Setelah bayaran berjaya dibuat, e-tiket dan baucer akan dihantar ke email yang telah korang daftarkan dalam tempoh masa 60 minit.

By the way satu sebab yang aku suka dengan ciri-ciri yang baru yang ditawarkan di Traveloka ini adalah, selain mod pembayaran biasa (online payment) yang biasa kita jumpa dimana-mana portal e-commerce lain.. di Traveloka ada menawarkan option untuk buat pembayaran secara 0% instalment plan (ansuran bulanan).

*Tertakluk pada terma dan syarat, aku difahamkan bahawa option ini boleh diguna pakai sekiranya korang menggunakan kredit kad Maybank.

Bagus kan? So, secara peribadinya bagi aku.. selain dapat penjimatan yang banyak melalui tempahan pakej kombo flight + hotel, kalau korang bijak mengambil peluang yang ada untuk menggunakan option 0% instalment plan kredit kad, selain dapat mengumpul treat point.. dalam masa yang sama juga korang takdelah terbeban sangat nak bayar lump sum kan. Duit yang ada mungkin boleh guna untuk benda lain dulu. Hehehe.

Nota: Buat masa ini, pakej kombo ini hanya boleh didapati di laman web Traveloka dan aplikasi Android sahaja. Coming soon untuk iOS.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

17 Comments

Leave a Reply
  1. Cuti sekolah dah nak bermula ni. Boleh la usha2 Traveloka. Kombinasi flight+hotel tu nampaknya lebih menjimatkan. Boleh bajet siap2

  2. Samalah kita… Kena kira betul² budget perbelanjaan bulanan. Apa pun traveloka terbaik laaaa kita leh pilih low cost. Janji dapat melancong! 😍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *