in

Mudahnya Keluarkan Duit Tanpa Kad ATM


Pernah tak korang berdepan dengan situasi macam ni – Tengah syok beratur di kaunter bayaran, bila tiba giliran korang nak membayar.. Duit tak ada! Duit tak cukup! Ataupun lebih mengerikan lagi, bila periksa dompet.. kad ATM juga tak ada. Tertinggal kat rumah.

Mesti berderau darah kan? Hahaha.

Real case scenario, bila baru tadi je aku alami situasi yang sama. Dijadikan cerita, kad ATM aku selalunya memang ada dalam wallet. Tapi entah macam mana, terlupa bilamana wife tersimpan dalam handbag dia selepas tolong keluarkan duit masa nak beli barang di Jalan TAR semalam.

So, pagi ini bilamana aku nak bayar beli barang untuk masak kat rumah, baru terperasan kad tak ada. Duit dalam dompet pula masa tu tak cukup. Maka, terpaksa cancel beli beberapa barang. Hohoho.

Bila dah tak ada duit dan kad ATM pun tertinggal dirumah, semacam hangin satu badan pun ya juga. Sebab, aku memang malas nak berulang ke kedai dua tiga kali. Bagi aku, settle satu perkara dalam satu masa lebih memudahkan kerja.

Dan dek kerana otak tengah desperate cari jalan penyelesaian, at last aku teringat tentang cardless withdrawal Maybank. Yes.. That’s it! Tanpa bertangguh, aku seterusnya cari petrol station berdekatan yang menyediakan mesin ATM Maybank.

Cara keluarkan duit tanpa kad ATM

Cara untuk mengeluarkan duit tanpa menggunakan kat ATM ni mudah je. Sebelum korang beratur di ATM, korang perlu:

  1. Pertama, login web Maybank2u (disarankan guna paparan full website). Kemudian pergi ke Accounts & Banking.

  2. Pilih Transfers. Seterusnya, pilih Open Cardless Withdrawal.
  3. Masukkan butiran yang diperlukan; Yang penting adalah To Recipient’s Mobile Number (Nombor handphone penerima), Recipient’s Name (Nama penerima) – which is nombor telefon dan nama korang sendiri la. Kemudiannya, pilih antara amount yang ingin dipindahkan sama ada RM100, RM200 atau RM300. Tanda klik pada Terms & Conditions seterusnya tekan  Continue.

  4. Seperti biasa untuk setiap urusan menggunakan Maybank2u akan memerlukan TAC sebelum urusniaga boleh dilakukan. Selepas TAC dimasukkan, korang akan menerima dua SMS yang mengandungi Withdrawal Code dan Transaction ID (Txn ID). – Kedua-dua code dan ID ini amat penting kerana ia akan digunakan dalam proses pengeluaran duit di ATM. Jadi jangan hilangkan atau berikan pada orang lain.

     


  5. Next, korang dah boleh beratur di mesin ATM. Perlu diingakan, jangan potong barisan. Nanti kena belasah masuk CCTV, viral dalam Facebook. Hahaha.
  6. Setibanya giliran korang menggunakan mesin ATM, tanpa perlu memasukkan apa-apa kad, tekan saja pada butang Enter. Kemudian pilih bahasa. Seterusnya, pilih satu-satunya pilihan yang ada iaitu Pengeluaran Tanpa Kad.

  7. Masukkan ID Transaksi (Transaction ID) dan Withdrawal Code seperti yang dimintaDalam beberapa saat, sekiranya ID dan code yang dimasukkan adalah betul, duit akan dikeluarkan tanpa ada masalah. Yeay!

p.s: Bagus betul inovasi Maybank. Kalau katakan fungsi macam ini tak wujud, dah sah-sah aku kena ulang alik balik rumah. Penat dohh! Hahaha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Okay baru tahu.

    Selama ni nampak je kat Mayabank2u, tapi malas nak tanay Call Center lebih-lebih.

    Kiranya Transaction Id and Withdrawal Code tu hanya boleh digunakan pada satu-satu masa je lah ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *