Wah.. mudahnya pengisian minyak kereta dengan kad prabayar Shell EasiGO American Express.
Cuma perlu swipe kad, tunggu pengesahan kemudian terus boleh refill minyak sebanyak mana yang diperlukan. Jimat masa, jimat tenaga dan tak perlu lagi beratur panjang di kaunter bayaran. Hohoho.
Kad prabayar Shell EasiGO American Express ini sememangnya direka khas bagi mempercepatkan proses pembayaran tanpa melibatkan tunai. Sesuai dengan kelebihannya itu juga, ianya turut menyediakan sistem treatpoint yang membolehkan para pengguna setia mereka untuk menebus pelbagai hadiah-hadiah menarik.
Cara-cara pendaftaran dan pengaktifan kad prabayar Shell EasiGO American Express
Mudah saja. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
- Membeli starter pack kad prabayar Shell EasiGO American Express ini melalui mana-mana stesen minyak Shell dengan harga RM15.
- Isi borang yang disertakan dengan butir-butir peribadi.
- Lampirkan salinan kad pengenalan dan hantar kepada Maybank melalui:
- Fax: 03-2070 6868
- Email: prepaidcard@maybank.com.my
- Pos: Maybank Card Centre, 7th floor, Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur
** Makluman 1 – Proses pengaktifan kad prabayar ini akan mengambil masa selama 7 hari bekerja. Setelah ianya diaktifkan, anda akan menerima satu notifikasi SMS.
Panduan mengisi minyak dengan kad prabayar Shell EasiGO American Express
Pengisian minyak di stesen-stesen minyak dengan menggunakan kad ini boleh dilakukan dengan selesa hanya dengan beberapa langkah mudah:
- Masukkan kad kedalam mesin Outdoor Payment Terminals (OPTs)
- Tunggu pengesahan.
- Sebaik sahaja diluluskan, anda terus boleh angkat pam minyak dan memulakan pengisian minyak kedalam kereta ataupun motorsikal anda.
Senang kan?
**Makluman 2 – Untuk penjimatan minyak yang maksimum, anda disarankan supaya menggunakan minyak Shell FuelSave 95 bagi setiap pengisian. Ini kerana minyak Shell FuelSave 95 ini telah dirumus khas dengan formula yang mampu memberi penjimatan optimum kepada kenderaan anda (Rujuk tips jimat minyak daripada Shell).
Fungsi tambahan kad prabayar Shell EasiGO American Express sebagai kad ATM
Selain daripada menggunakan kad ini di mesin OPTs Shell, kad ini juga boleh digunakan sebagai kad ATM. Dengan had tambah nilai maksimum sebanyak RM5,000 dan had pengeluaran sebanyak Rm1,000 bagi setiap transaksi, kad ini merupakan satu inisiatif baru untuk anda mengawal perbelanjaan mengikut kemampuan.
Apa yang perlu anda lakukan ialah dapatkan dahulu nombor pin kad prabayar Shell EasiGO American Express di cawangan-cawangan Maybank yang terpilih dan lengkapkan juga borang permohonan serta dokumen sokongan (salinan kad pengenalan).
p/s: Masih ada peluang untuk anda rebut hadiah RM450,000. Syaratnya, cuma belanja minimum RM5 guna Shell EasiGo Prepaid Card.
pinjam kad tu seminggu, leh tak?
Tunggu aku clear dulu baki dalam kad tu. hahaha
Bro, saya nasihatkan jangan keluarkan cash money dengan menggunakan kredit kad. .. biasanya ada cas tambahan yang agak mahal dikenakan, sekiranya kita menggunakan kemudahan tersebut. .
Ini bukan kredit kad bro. Prepaid kad. Kita topup/transfer duit online.. then bleh guna bila2 masa kita suka. Nak guna sebagai atm kad boleh.. tak guna pun boleh. Takde caj macam kita guna kredit kad. Cuma annual fee rm6 setahun.
Card saya yg baru hilang mcm mana ye
Guna kad debit lagi bagus kot, tak perlu top up bagai.
kad easigo shell ni pun kad debit ler… semua kad debit kena top up. kalau tak mcmana nak ada duit dalam tu. kad debit biasa seperti maybank, cimb tu dah ada duit sbb duit gaji masuk situ. duit gaji masuk tu kira top up la tu…
hehehehe
Pinjam kad , nak buh full tank sebelum lik Penang. Make sure ada kredit ye.
sekarang semua benda jadi lebih mudah….
cepat guna kad, tak kalut cari duit nak pergi bayar kat kauter.
so far pakai kad rhb debit jer.. or credit card tapi terus kasi clear.. ok ALhamdulillah hehehehe
Jgn sekali keluar duit tunai pakai kad ini… 100% kena caj…
Ini prepaid kad la.. kena topup dulu baru boleh guna/keluarkan cash
Salam , saya baru register kad ni , apabila saya nak cuba masuk kan duit dalam kad ni , dekat cdm pun tak boleh , saya pergi kaunter pun tak buleh .. saya call customer services mereka kata kad saya dah diaktifkan dan semuanya boleh masuk duit tiada masalah , tapi pihak bank cakap tak boleh nak masukkan duit dalam kad ni .. sebelum ni saya tiada account maybank . Kena register dulu ke maybank account baru boleh kad shell easigo ni boleh digunakan ?
RAMAI TG TAK TAU WUJUDNYA KAD EASIGO YG BAGUS NI…NI BKN KREDIT KAD,NI ADALAH SEPERTI DEBIT KAD,TP DIA NAMAKAN SEBAGAI EASIGO,TUJUAN DIA UTK KEGUNAAN ISI MINYAK TANPA BAWAK CASH MONEY DGN SYARAT KITA KENA TOP UP DULU DLM AKAUN NI.
DAN KEMUDAHAN SAMPINGAN SELAIN BOLEH BUAT ISI MINYAK KITA BLH BUAT PENGELUARAN DUIT DLAM AKAUN KITA DIMANA² MESIN ATM(MAYBANK) JANJI DALAM AKAUN KITA NI MESTI LA ADA DUIT.
kalau dah expired mcm mana ye?
Mcm klau card hilang