Haa.. Dah pesan awal-awal dah hari tu kan, nak daftar darjah 1 memang kena tunggu bulan 3. Masa ni pendaftaran secara online dah dibuka untuk anak-anak Selangor/Putrajaya. Setiap tahun pun macam ni. Sekarang semuanya online, mudah kerja.
So korang dah daftar anak korang tak?
Pada yang belum ada anak ataupun anak belum cukup umur lagi tak jadi masalah. Tapi yang jadi masalah, bagi anak-anak yang lahir dah cukup tahun. Kalau terlepas pandang sebab terlalu sibuk dengan kerja, takut jadi lupa nak daftar anak darjah 1. Lambat-lambat nanti takut timbul masalah lain pulak kan.
Daftar sekolah darjah 1
Jadi bila dah masuk awal bulan 3. Ini yang korang kena buat ye. Login public.moe.gov.my. Dah kata awal-awal tadi daftar daftar darjah 1 dah online kan, maka itu lah website-nya.
Untuk memulakan pendaftaran, korang kena jadi pengguna dalam sistem website ni dulu. Kalau tak, nanti korang tak boleh login – Pendaftaran pengguna, tak susah. Korang cuma kena masukkan nama dan butiran peribadi (butiran mak atau ayah) kemudian submit. Terus dapat login.
Next, proceed pula dengan cara daftar darjah 1 (permohonan baru untuk anak yang baru nak daftar). Cara-cara nak daftar pun senang je. Dalam laman web tu disediakan 4 bahagian yang korang kena isi.
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Maklumat permohonan
Untuk maklumat murid, tak banyak kena isi. Segala butiran dah ada, sebab dia follow rekod jabatan pendaftaran negara. Cuma, kalau anak-anak korang pernah masuk pre-school macam Khair, boleh isi nama pre-school tersebut di ruangan bawah.
Untuk maklumat kesihatan, ruangan ini korang kena isi elok-elok.. sebabnya ada ruangan kosong yang korang kena isikan tarikh-tarikh anak korang ambil suntikan immunisasi dulu a.k.a vaksin. Kat sini buku rekod vaksin harus jadi rujukan. Kalau hilang buku rekod tu, tak tahu lah macam mana nak proceed. Hohoho. (Pengalaman aku, buku rekod masih ada. Simpan gambar dalam smartphone, so senang bila nak isi satu per satu pada ruangan tarikh tu).
Tapi semudah-mudah proses mengisi borang ni pun, ada jugak part menyampah-nya.. bilamana pernah terjadi, aku dah siap isi tarikh banyak-banyak tu. Kemudian dah tekan je butang save.. tapi tiba-tiba sistem terus auto log-out. Demmm! Kena login balik dan isi semula (3-4 kali aku terkena.. hangin satu badan).
Daftar darjah 1 kena ada maklumat penjaga juga
Next.. Siap isi ruangan maklumat kesihatan, proceed untuk maklumat penjaga pulak. Kat sini semua detail peribadi mak ayah kena isi. Tapi kalau anak tu duduk dengan penjaga, kena isi detail penjaga lah. Senang je.
Kemudian, maklumat permohonan. Kat ruangan ini korang akan masukkan sekolah pilihan untuk anak-anak korang masuk darjah 1 nanti. Mengikut tempat dan daerah masing-masing.
Dan yang terakhir.. pengesahan perakuan. Dekat ruangan ni tak ada nak kena isi apa-apa pun. Cuma kena baca perakuan yang dipaparkan, kemudian klik je “Setuju” dan “Hantar“. Dah siap proses pendaftaran secara online. Lepas dah isi korang boleh tenang-tenangkan diri. Mudah kan?
Lepas ni tinggal kena buat pengesahan kat sekolah yang dipohon dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan je lah. Bawa sekali dokumen-dokumen yang diminta seperti dibawah.
Nota penting: Kawan ada pesan.. masa nak buat pengesahan kat sekolah untuk kemasukan darjah 1 kena sediakan juga sampul surat beralamat sendiri yang dilekatkan setem RM1. Untuk kegunaan pihak sekolah. Kalau kita tak sediakan, naya last minit kena cari setem kalau dah sampai kat pejabat sekolah. Dalam web tak bagitahu tau. Hahaha.
p.s: Daftar masuk sekolah rendah kena 2 tahun sebelum. Makna kata anak umur 5 tahun dah kena daftar.
Dah semakin besar dah Khair ye..
Uncle ucapkan tahniah.. tahun depan dah nak masuk tahun 1 dah..
settle part daftar… nnti neves part hntar masuk sekolah lak…
Nak tunggu permohonan lulus ke tak pun dah neves dah. Hahaha
belum berjaya lg register…stuck part imunisasi tu…haha kena cr blk buku kt rmh mana tah aku letak…haihh
baguslah..KPM pun dah ikut peredaran terkini guna Online untuk pendaftaran.sebab parents skearang ni pun kebanyakkanya genrasi yang celik it
Sekarang ni dah mudah, semuanya hanya dihujung jarii!
mudahnya kini semua bleh layari dgn online
canggih sekarang…
Semakin canggih sistem pendidikan sekarang. Mak paknya pun kena canggih juga ye tak. Kalau tak tahu jenuh jugak kena ulang alik sekolah nak uruskan. Tutorial yang bagus. Sekarang juga saya daftar. Mintak diri dulu, terima kasih.
Macam kalau kite terlambat daftar kat sekolah ek.tapi online dah daftar.